CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Sukan Lihat artikel

Katrina Ann Ingin Mempertahankan Pingat Emas Negara

25-5-2015 03:53 PM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 1400| Komen: 0

Description: Ratu renang berirama negara, Katrina Ann Abdul Hadi yakin bahawa pengalamannya bertanding akan membantu skuad negara di temasya Sukan SEA sekaligus mempertahankan pingat emasnya. Kemenangan di Palemb ...

Ratu renang berirama negara, Katrina Ann Abdul Hadi yakin bahawa pengalamannya bertanding akan membantu skuad negara di temasya Sukan SEA sekaligus mempertahankan pingat emasnya.


Kemenangan di Palembang memberi Katrina keyakinan tinggi supaya terus menyerlah di pentas antarabangsa bersama rakan sengaranya di Singapura.

"Saya akan mengambil masa untuk berkongsi pengalaman saya serta bantu bakat muda lain mengenai cara untuk membuat persediaan menjelang kejohanan besar," katanya

Katrina juga mengakui bahawa pasukan negara lain juga mampu beri cabaran yang sengit dalam perjalanan untuk membawa pulang pingat emas.

"Singapura dan Indonesia antara pasukan yang paling konsisten tetapi kami akan bersungguh-sungguh dan mengharapkan yang terbaik." ujarnya.

Katrina juga menyasar sekurang-kurangnya satu pingat emas dalam 3 acara sukan yang akan ditanding.

Secara keseluruhan, Malaysia dalam perjalanan untuk menang 13 pingat emas dalam acara sukan akuatik yang terdiri daripada 8 acara terjun juga.


sumber:www.stadiumastro.com


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 01:39 AM GMT+8 , Processed in 0.028974 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top