CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Drama Gerak Khas Makin Tak Relevan?

6-7-2015 10:37 AM| Diterbitkan: CMFreporter2| Dilihat: 13328| Komen: 50

Description: Masih kekal sebagai drama bersiri yang ditayangkan setiap minggu, drama terbitan Datuk Yusuf Haslam ini nampaknya tidak lagi menjadi sanjungan seperti suatu masa dahulu.
Oleh Adib Za

Siapa yang tidak mengenali drama yang mengangkat profesion polis ini, Gerak Khas yang pernah melalui zaman kemuncaknya sekitar tahun 2000 dahulu.


Masih kekal sebagai drama bersiri yang ditayangkan setiap minggu, drama terbitan Datuk Yusuf Haslam ini nampaknya tidak lagi menjadi sanjungan seperti suatu masa dahulu.

Jika dahulu barisan pelakon seperti Abby Abady, Datuk AC Mizal dan Norman Hakim serta rating drama ini membolehkan ia sehingga memenangi Anugerah Bintang Popular, namun kini ia dikritik sebagai drama yang tidak relevan dan sesuai dengan zaman semasa. 

Malah, baru-baru ini terdapat komen daripada seorang netizen yang menjadi viral, mengkritik drama tersebut.

Antara lainnya, komen daripada netizen yang bernama Fazrin Jamal itu ialah, lirik lagu tema yang tidak relevan, mekap di kalangan pelakon yang tidak berkesan, gambaran yang salah terhadap anggota polis dan sebagainya.


(Sumber foto: Mstar Online)


Susulan itu, ketika diminta memberi komen berkenaan kritikan pedas tersebut, Datuk Yusuf Haslam memberi maklum balas yang positif dan baik.

"Saya tidak marah jika orang beri komen Gerak Khas tidak bagus atau tidak relevan lagi kerana saya terbuka dengan sebarang pandangan.

"Malah jika komen tersebut logik, saya mengambil serius untuk memperbaiki kelemahan-kelemahan yang ada. Setakat kritikan yang kecil, tidak ada apa-apa masalah.

"Itu menunjukkan mereka menonton Gerak Khas dan kerana dari situlah mereka memberi komen," ujarnya menerusi portal Mstar Online.

(Sumber foto: Mstar Online)


Bagaimanapun, Yusuf berharap penonton tidak membandingkan dramanya itu dengan produksi luar negara. 

"Perlu diingat kita diikat dengan peraturan di mana pembikinan Gerak Khas berdasarkan integriti.

"Malah skrip Gerak Khas perlu mendapatkan kelulusan daripada PDRM sebelum penggambaran dimulakan. Tidak dinafikan, saya juga ada memaparkan mengenai beberapa sikap buruk segelintir polis dalam siri itu," ujarnya lagi menerusi portal berkenaan. 

Walau apapun, harus diingat, Gerak Khas telah melakar sejarahnya yang tersendiri dan memberi kesan kepada ramai penonton terutama pada zaman puncak drama ini dahulu. Jangan habis madu sepah dibuang, ya. - CARI Infonet

1

Bagus
6

Marah
12

Terkejut
10

Sedih
4

Lawak
16

Bosan

Friends Rank (49 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote doubleA 3-7-2015 03:03 PM
roda2 kuala lumpur kisah polis trafik skop production punya jugak ke?

iols suka tengok cite tu dgn gerak khas, sbb ada elemen kekeluargaan kt situ.

dulu la masa kecik2 dulu, now lama dah tak tengok.
Quote ipes2 3-7-2015 03:26 PM
best ke citer gerak khas ni?
tak pernah dapat tgk
ada lam uyoutube tak?
...but then, I tak ada experience dgn KL life hu hu
Quote makton 3-7-2015 03:29 PM
dalam dah x tgk cite ni.. roda2 kl pun x tgk..

iols layan csi je
Quote fatehana 3-7-2015 03:30 PM
dah lama x tgk citer GGK
mmg akhirannya cliche tp masih ada pengajaran disitu yg blh diambil
rs stop tgk lps dlm citer tu terselit dgn kisah cinta bersegi2 pastu cemburu bagai
tu yg rs cam mls nk tgk lg
Quote awanjingga 3-7-2015 03:34 PM
betul juga kata Fazrin..aku pun rasa GK ni best masa Insp Mazlan & Aleeza

lpas tu aku dh xtgk dah..
Quote putehkundor 3-7-2015 03:34 PM
mak teh rembes dgn DYH ni masa muda2 dulu....
hensem sgt...selalu jadi playboy...
yg paling ingat film malati puteh bergandingan dgn tantiana amzah

drama gerak khas ni boring lah...
dialog sesama kolig pun skema jah...tak hidup langsung.
Quote gekkou 3-7-2015 03:36 PM
wujud lagi gerak khas ni rupanya
dulu2 layan jg
bapak aku yang polis pn cakap GK ni ntah pape jln citernya
Quote qqOfficial 3-7-2015 03:48 PM
gerak khas ni best masa gandingan AC dgn arbakyahh pastu gandingan normy hakimah and arbakyahh..

pastu ada sekejap season tu haliza misbun enterframe ...watak dia sangat menjadi ...jadi polis yg kerekk... dan kiranya garang and tegas... last2 watak haliza tu ditamatkan kononnya memberikan sikap dan nilai buruk kpd penonton....  haruslahhhh semua positiff sajorr anggota polis ni dlm gerak khas...
Quote imransulaiman 3-7-2015 04:40 PM
CSI pun kekadang boleh diramal jalan cerita... So?
Quote fealefea 3-7-2015 05:07 PM
bagi i masih releven. ada je isu semasa yg diketengahkan cuma lemah dan polis pon campurtgn dalam produksi. so taleh la terlebih fandai
Quote shoyuna 3-7-2015 05:12 PM
Dah lama tak tgk GK. Masa Insp Mazlan ngan Aleeza jek aku tgk..
Quote doubleA 3-7-2015 05:13 PM
Tapi fazrin tu sape sebenarnya?
Quote nurul_akmar 3-7-2015 05:26 PM
dulu time ac ada, aku tgk la.. tu pon skip2. la ni, tv pon aku x tgk.
Quote one_aiman 3-7-2015 08:22 PM
Betol kata yusof haslam..xyah la nak bandingkan gerak khas ngan csi..cite2 omputih guna teknologi terkini..bajet pon banyak..nak banding ngan industri malaysia..apa punya perbandingan ntah..orang malaysia ni suka sangat bandingkan negara sendiri ngan negara luar..eh marah pulak ai...
Quote trexxxxxi 3-7-2015 08:26 PM
last follow zaman isp aliza tu..
pastu tertengok jap masa salina saibi ada.. suka tengok dia, cantik je..

now takde makna da nak follow.. baik aku layan citer polis korea or csi
Quote chaintea 3-7-2015 08:28 PM
Jgn hentikn drama ini tok usop
Ini drama feveret ayah saya n tok wan saya n pak uda saya juga
Quote kenarihitam 3-7-2015 09:21 PM
Dh lama x tgk gerak khas.
Quote degil81 3-7-2015 10:29 PM
chaintea replied at 3-7-2015 08:28 PM
Jgn hentikn drama ini tok usop
Ini drama feveret ayah saya n tok wan saya n pak uda saya juga

betul betul betul.... kesian pakcik makcik yg kat kampung tu... diorg mmg suka tengok
gerak gerak gerak khas ni .. arwah parents aku suka tengok.. klu time cerita ni main
jgn harap ko bleh tuka chanel lain
Quote berusjamban 3-7-2015 10:35 PM
Walaupun pprt je suke tgk citr ni tp aku pun suke gak... lama dah x tgk sbb aku merantau...xde rtm kt tmpt aku

Lihat semua komen(50)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 10:20 AM GMT+8 , Processed in 0.069236 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top