Anda kasih tak akan kucing? Kucing sebenarnya dijadikan Allah SWT untuk bermanja-manja dengan manusia. Kucing merupakan binatang kesayangan Nabi Muhammad SAW. Tahukah anda apakah nama kucing Rasullullah? Telah diceritakan dalam suatu kisah, Nabi Muhammad SAW memiliki seekor kucing yang diberi nama Mueeza. Suatu ketika, dikala Nabi Muhammad SAW hendak mengambil jubahnya, di temuinya Mueeza sedang terlelap tidur dengan santai diatas jubahnya. Kerana tidak mahu mengganggu haiwan kesayangannya itu, Nabi Muhammad SAW pun memotong belahan lengan yang ditiduri Mueeza dari jubahnya Ketika Nabi kembali ke rumah, Muezza terbangun dan tunduk sujud kepada tuannya. Sebagai balasan, Rasululllah SAW menyatakan kasih sayangnya dengan mengusap lembut ke badan kucing baginda itu sebanyak 3 kali. Dalam peristiwa lain, setiap kali Nabi menerima tetamu di rumahnya, Nabi selalu menggendong Mueeza dan diriba di atas pahanya. Salah satu sifat Mueeza yang disukai Nabi ialah ia selalu mengiau ketika mendengar azan, dan seolah-olah suaranya terdengar seperti mengikuti lantunan suara azan. Kepada para sahabat, Baginda selalu berpesan supaya menyayangi kucing peliharaan, seperti menyayangi keluarga sendiri. Siksaan Neraka Bagi Orang Yang Menyiksa Kucing Hukuman bagi mereka yang menyakiti haiwan manja ini sangatlah berat, dalam sebuah hadis sahih Al Bukhari, dikisahkan tentang seorang wanita yang tidak pernah memberi makan kucingnya, dan tidak pula melepaskan kucingnya untuk mencari makan sendiri. Nabi Muhammad SAW pun menjelaskan bahawa hukuman bagi wanita ini adalah siksaan neraka. Tidak hanya Rasulullah, isteri Baginda juga yakni Aisyah binti Abu Bakar Ash Siddiq pun amat menyukai kucing dan merasa amat kehilangan dikala kucingnya meninggalkannya. Seorang sahabat yang juga ahli hadis, Abdurrahman bin Sakhr Al Azdi diberi jolokan Abu Hurairah (bapa kucing jantan), kerana kegemarannya dalam merawat dan memelihara banyak kucing jantan di rumahnya. Sekalipun kita tidak gemarkan kucing, apa salahnya andai kita memberi makan kucing-kucing terbiar dengan niat untuk mendapat pahala. Jom sayangi kucing!
|
Hetero Chromia : Baka Belaan Nabi
Kuching hetero chromia dari baka Turkish Angora adalah dianggap sebagai warisan negara. Kerajaan Turki sejak 1817 secara aktif membiakkan kuching Angora hetero chromia di Zoo Ankara bagi memastikan ianya tidak pupus. Kuching hetero chromia yang matanya bewarna hijau dan emas adalah yang paling beharga. Ini adalah kerana menurut kepercayaan tradisi Turki , milik Nabi bernama Muezza adalah seekor Turkish Angora yang mempunya mata sebegini.
Kuching tersebut yang mempunyai mata dengan 2 warna berbeza selalunya boleh dijumpai pada baka kucing Turkish Van, Turkish Angora, Sphynx, Persian, Oriental Shorthair dan Japanese Bobtail. Ianya juga berlaku pada kuching bewarna putih dari baka di atas. Sungguhpun begitu kucing hetero chromia bewarna lain juga wujud tetapi ia jarang berlaku.
bluezink posted on 20-6-2013 12:33 PM
ak mencari2 info di tenet..cam mana ka?..rupa bentok kuching yg dikatakan kuching nabi neh...begini ...
bluezink posted on 20-6-2013 12:33 PM
ak mencari2 info di tenet..cam mana ka?..rupa bentok kuching yg dikatakan kuching nabi neh...begini ...
bluezink posted on 21-6-2013 11:00 AM
dikatakn...Perempuan Tak Suka Kuching, Bukan Perempuan Penyayang?mesti takut meowwww ni. meh nak ...
ADVERTISEMENT
Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet
28-3-2024 07:23 PM GMT+8 , Processed in 0.062645 second(s), 47 queries .
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.