CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Lihat artikel

TOKAK

24-6-2013 10:48 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 4253| Komen: 12

Description: PERKATAAN Tokak mungkin agak asing bagi masyarakat Melayu tetapi bukan asing bagi kalangan anak jati Melayu Kedah.


PERKATAAN
Tokak mungkin agak asing bagi masyarakat Melayu tetapi bukan asing bagi kalangan anak jati Melayu Kedah.

Diinspirasikan dari perkataan itu, Datuk Marina Mahammad seterusnya menghasilkan skrip filem Tokak yang bermaksud gigitan.

Setelah terperap hampir dua tahun, filem Tokak akhirnya menemui penonton semenjak 20 Jun lalu.

Ia berkisar tentang  pengurus hotel, Iskandar yang menjumpai kotak misteri ketika berjoging di tepi pantai. Apabila Iskandar membuka kotak misteri itu, satu roh jahat meresapi tubuhnya. Itu adalah jelmaan puaka dari Sungai Raya, terlepas daripada sumpahan dan memasuki tubuh Iskandar.

Bagi memulihkan wajah Iskandar seperti asalnya, dia disyaratkan untuk membunuh dan menghirup darah enam wanita yang melakukan kemaksiatan dalam tempoh satu malam, bermula dari azan Maghrib sehinggalah azan Subuh.

Insiden itu menyebabkan kejadian pelik berlaku di hotel yang diuruskan oleh Iskandar. Pengunjung hotel diganggu makhluk halus. Makhluk itu menokak wanita yang melakukan maksiat termasuk tunang Iskandar. Ada antaranya yang meninggal dunia akibat ditokak makhluk halus itu.

Kemunculan Ustaz Haikal untuk mencegah perbuatan itu berjaya menyelamatkan tunang Iskandar daripada menjadi mangsa tokak yang terakhir. Akhirnya, Iskandar dapat diselamatkan dan kotak misteri itu dicampakkan ke laut oleh Ustaz Haikal.

Diarahkan oleh Sabree Fadzil, filem sulung terbitan daripada MAR Energetic Industries Sdn Bhd ini menggandingkan muka lama dan baru seperti Airis Yasmin, Diana Johor, Faiz Raja Lawak, Julia Ziegler, Abon, Kazar, Lana Nordin dan Sabree sendiri.

Menjalani penggambaran sekitar Kemensah, Hulu Klang dan Port Dickson pada Mac 2011, filem yang menelan belanja RM1.5 juta ini membawa mesej mengenai betapa pentingnya mencegah kemungkaran, lebih-lebih lagi maksiat.

Tidak sekadar menyelitkan elemen seram semata-mata, Sabree juga tidak lupa menyelitkan babak komedi yang ada kalanya amat mencuit hati.

Ia seterusnya dapat meredakan ketakutan penonton dalam mengikuti jelmaan tersebut memburu mangsa-mangsanya.

Bagi mengetahui apakah yang akan terjadi kepada ke semua mangsa itu dan apa kesalahan yang dilakukan mereka sebelum menjadi mangsa, jangan lupa saksikan Tokak di pawagam berdekatan anda.

5

Bagus
6

Marah
14

Terkejut
1

Sedih
4

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (34 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote MissNigga 23-6-2013 03:17 AM
kalo leh beat pee mak... baru leh layan mobie nie
otherwise... bubyeee...
Quote cmf_GAIA 23-6-2013 11:50 AM
MissNigga posted on 23-6-2013 03:17 AM
kalo leh beat pee mak... baru leh layan mobie nie
otherwise... bubyeee...

payah tu....komser lokal rata2nya fail je.....satu2nya yg on on par dgn Pee Mak hanyalah Hantu Kak Limah...siap ada cameo Nang Nak lagi dlm Hantu Kak Limah tu
Quote MissNigga 23-6-2013 04:17 PM
cmf_GAIA posted on 23-6-2013 11:50 AM
payah tu....komser lokal rata2nya fail je.....satu2nya yg on on par dgn Pee Mak hanyalah Hantu Kak ...

abe gaia... cita hantu mak limah tu on par ngan pee mak ker? bagi iols... pee mak tu way way better then hantu kak limah taw
Quote cmf_GAIA 23-6-2013 04:19 PM
MissNigga posted on 23-6-2013 04:17 PM
abe gaia... cita hantu mak limah tu on par ngan pee mak ker? bagi iols... pee mak tu way way bette ...

Hahaaa.....takleh nak kata apa lah kalo mcm tu dah tengok ke blom Kak Limah ni?
Quote MissNigga 23-6-2013 04:41 PM
cmf_GAIA posted on 23-6-2013 04:19 PM
Hahaaa.....takleh nak kata apa lah kalo mcm tu  dah tengok ke blom Kak Limah ni?

dah tgk dah...kan ditayang kat TB tyme raya last year...
family iols punya ler gelak sakan nonton mobie tue...
iols sekadar menengok jer... tapi langsung tak eksaited pun ...  
Quote cmf_GAIA 23-6-2013 04:43 PM
MissNigga posted on 23-6-2013 04:41 PM
dah tgk dah...kan ditayang kat TB tyme raya last year...
family iols punya ler gelak sakan nonton ...

Yu sangat berbeza dengan femili yu....kenapakah?
Quote MissNigga 23-6-2013 04:48 PM
cmf_GAIA posted on 23-6-2013 04:43 PM
Yu sangat berbeza dengan femili yu....kenapakah?

apa yu yu yu... ingat  iols ni ikan yu ker apa?....

nak taw sebabnya kenapa.... sebab... sebabbb ... sebabbbbbbbb......





























sebab iols ni special and limited edittion gitewwwww...... larikkkkkkkkkkkk
Quote chaoyunjie 24-6-2013 09:18 AM
mamat Faiz tu...peserta dalam Bintang Mencari Bintang...
x sangka dh terjun ke bidang perfileman lak
Quote takeshi_anwar 24-6-2013 09:48 AM
citer murahan...
Quote Cyempaka 24-6-2013 02:46 PM
alahai barisan pelakon..
Quote ctaz 24-6-2013 03:18 PM
kalau aku rajin...
aku download jer....

har....
Quote nia_bella 25-6-2013 02:08 PM
igt edward cullen ke nk isap darah org? hahahaha

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

16-4-2024 05:42 PM GMT+8 , Processed in 0.309075 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top