CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bini juruteknik minyak Qatar dilarikan Mat Indon kontrak!

25-6-2013 09:39 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 48706| Komen: 380

Description: Kuantan: Seorang juruteknik syarikat minyak berpangkalan di Qatar buntu memikirkan misteri kehilangan isterinya yang dipercayai dilarikan warga Indonesia, sejak Jumaat lalu.
Kuantan: Seorang juruteknik syarikat minyak berpangkalan di Qatar buntu memikirkan misteri kehilangan isterinya yang dipercayai dilarikan warga Indonesia, sejak Jumaat lalu.


Mohd Riduan Abd Razak, 34, berkata dia yakin isterinya, Nur Idayu Abd Aziz, 34, dilarikan pekerja Indonesia termasuk seorang wanita yang diupah membuat pengubahsuaian rumah mentuanya di FELDA Bukit Sagu 2, dekat sini.


“Saya dimaklumkan ibu (Rosnah Latif) yang memberitahu isteri saya dilarikan empat warga Indonesia terbabit yang turut menghilangkan diri pada hari sama.


“Saya tidak tahu apa kaitannya tetapi desas-desus ada menyatakan seorang daripada lelaki Indonesia itu menaruh hati pada isteri saya. 

Jika benar isteri saya ada bersama mereka, saya harap mereka tidak melakukan sesuatu yang buruk kerana isteri saya tidak pernah melakukan sebarang perkara tidak baik kepada mereka, malah melayan mereka seperti ahli keluarga sendiri,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Mohd Riduan berkata, sudah menjadi rutin hariannya menghubungi isteri menerusi telefon bimbit selepas habis bertugas pada jam 5 petang (waktu Qatar) atau 10 malam (waktu Malaysia) untuk memastikan keselamatannya dan tiga anak mereka walaupun tinggal bersama keluarga di tanah rancangan berkenaan.


“Bagaimanapun, saya gagal menghubunginya Jumaat lalu kerana talian telefon bimbitnya seperti ditutup dan apabila menghubungi rumah, ibu menyatakan isteri saya tidak pulang ke rumah.

“Bimbang kejadian buruk menimpa isteri, saya mengambil keputusan pulang ke Kuantan dan mengharungi perjalanan kira-kira 15 jam untuk mencari isteri yang didakwa berada di Melaka ketika ini,” katanya.

Berikutan kejadian itu, Mohd Riduan berkata, ibunya membuat laporan polis di Balai Polis Panching pada Sabtu.

Mohd Riduan berkata, pelbagai usaha dilakukan untuk mengesan kedudukan isterinya termasuk menghubungi kenalan dan saudara-mara wanita berkenaan tetapi masih belum mendapat petunjuk.

“Kerjasama pasukan polis amat kami hargai dan semoga isteri ditemui dalam keadaan selamat kerana anak sudah mula bertanya ibu mereka,” katanya.

Sementara itu, kakak ipar mangsa, Rosnaini Razak, 45, berkata Nur Idayu datang ke rumahnya di FELDA Bukit Goh pada jam 3.30 petang Jumaat untuk menghantar makanan sebelum memaklumkan mahu ke Pejabat Pos di FELDA berkenaan membuat penghantaran jubah ditempah pelanggannya.

“Tetapi, dia seperti dalam keadaan tergesa-gesa tetapi tidak mensyaki sebarang perkara buruk menimpa dirinya sehinggalah adik saya, Mohd Riduan menghubungi bertanyakan mengenai kehilangan Nur Idayu.

“Saya juga hairan kerana dia tidak mempunyai sebarang masalah dengan ahli keluarga mahupun pekerja yang sedang membuat pengubahsuaian di rumah keluarganya itu,” katanya.

Kali terakhir Nur Idayu dilihat berada di Pasar Raya Terus Maju, Bukit Goh memakai jubah dan tudung merah jambu dan menaiki Suzuki Swift putih dengan nombor pendaftaran WWT 7854.

Kepada mereka yang mempunyai maklumat berkaitan kehilangan Nur Idayu diminta hubungi 014-8393778 (Shikin) atau 012-9487664 (Mohd Riduan).


1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tamarSusu 25-6-2013 07:46 AM

kesian ermmm......
Quote mieraAdriana 25-6-2013 07:51 AM

pulak dah ... kesian suami jauh2 terpaksa balik sbab isteri hilang ... da la nk ramadhan ni ...
klau dilarikan, x kanlah isteri smpat pulak anta makanan bagai ... hurmmm ... smoga bukan "rela" dilarikan ...
Quote MissNigga 25-6-2013 07:55 AM
angkat bini orang cam angkat barang barang jer.....

iols takut bini heols yang saja lari ikut org indon tue
Quote sarizu 25-6-2013 08:03 AM
Ngeri la Indon ni
Quote mjla 25-6-2013 08:12 AM
Indon syialan...

Mencamprut bini org plak.
Quote md.jie 25-6-2013 08:13 AM
indon tak bley picaya
Quote Radzor 25-6-2013 08:16 AM
cukup2 la import org asing..
Quote tongkatwaran75 25-6-2013 08:18 AM
harap bukan kes bini tak cukup `makan'...
Quote ocho 25-6-2013 08:32 AM
bini kena mandrem dgn indo ... hmm ? ke sama2 merembess ... ???
kekar abg indon kerja buat rumah .. katanyaaaa ,..
Quote kak_sue 25-6-2013 08:32 AM
Kat Singapore foreign workers yang dari Indon hanya maids. Buroh kasar indon indon tak dpt permit. Kerajaan Singapore takut dorang jadi maling....bukan rembat harta benda je.....anak & binik orang pun dia hangkut  lol.....
Quote tongkatwaran75 25-6-2013 08:33 AM
ocho posted on 25-6-2013 08:32 AM
bini kena mandrem dgn indo ... hmm ? ke sama2 merembess ... ???
kekar abg indon kerja buat rumah .. ...

tertelan air lior banyak kali tuh...
Quote noor2 25-6-2013 08:35 AM
kena lari ke..ikut sebab suka sama suka..
Quote noor2 25-6-2013 08:36 AM
kalau budak kecik boleh la percaya kena lari...ni dahla kenal keluarga...musykil la pulak..
Quote kecimpret 25-6-2013 08:40 AM
ye laa tu dilarikannnn



Quote jofizo 25-6-2013 08:49 AM
habis... dah lunyai dah...
Quote chaintea 25-6-2013 08:52 AM
dilarikan or sama-sama lari?

isk..
Quote haryatie 25-6-2013 08:55 AM
menakutkan ...
jgn la si istri hilang kerana rela hati ikut mat indon tu..
sian kat ank2..
tp klau x rela pun...da hilang..ish x bleh nak bayangkan
ntah apa2 pulak mat indon tu buat..
ngeri nyer....
Quote jahcomel 25-6-2013 08:58 AM
iye lh sgt dilarikan...umo dh 30an kalu kt kg aku lh org kata dh tua leh bpikir dh...kalu muda2 belia kalu kna wat lari 2 betoi jgk...
Quote jonlabu 25-6-2013 09:14 AM
dilarikan ke melarikan? dah tua tak reti jaga diri? bukan anak dara sunti ke apa

Lihat semua komen(380)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 11:04 AM GMT+8 , Processed in 0.053766 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top