CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Rahsia Sebenar Ulam-Ulaman Melayu

1-9-2015 12:57 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 12957| Komen: 0

Description: Ada juga sesetengah ulam perlu direbus terlebih dahulu, baru sedap dimakan seperti ulam pucuk ubi. Biasanya ulam dijamu bersama sambal belacan, budu atau cencaluk untuk dimakan bersama nasi.


Oleh : TS LOO

sumber foto : https://farahfaizal9290.files.wordpress.com/


Dahulu, ulam mungkin hanya terkenal di kalangan masyarakat Melayu di kampung-kampung. Tetapi, kini hidangan ulam-ulaman semakin digemari warga kota termasuk masyarakat bukan Melayu, malah turut menjadi antara hidangan wajib di hotel-hotel terkemuka.



Ulam adalah sayuran atau tumbuhan yang dimakan mentah atau sekadar dicelur iaitu direndam sekejap di dalam air panas. 


Ada juga sesetengah ulam perlu direbus terlebih dahulu, baru sedap dimakan seperti ulam pucuk ubi. Biasanya ulam dijamu bersama sambal belacan, budu atau cencaluk untuk dimakan bersama nasi.



sumber foto : http://farm6.staticflickr.com/


Ulam dikatakan mempunyai banyak khasiat sebab ia dimakan secara mentah atau tidak dimasak terlalu lama. 


Justeru, kandungan galian seperti mineral dan vitamin utama iaitu kalsium, fosforus, zat besi, natrium, kalium yang terdapat dalam ulam tidak dimusnahkan oleh haba.


Selain itu, ulam juga dikatakan membekalkan serat yang amat diperlukan oleh sistem penghadaman manusia. Serat memainkan peranan sebagai pengisi pada bahan buangan dan memudahkan perkumuhan.


Antaranya, ulam pegaga yang telah diiktiraf oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai herba menjana kecerdasan berfikir di kalangan kanak-kanak serta dikatakan dapat membantu peredaran darah dan meningkatkan kesihatan kulit.


Jom kita mengenali lebuh dekat mengenai beberapa jenis ulam-ulaman yang popular di negara kita dan khasiat yang terkandung di dalamnya. 


sumber foto : https://photos.travelblog.org/

Jering

  • Ulam yang mempunyai bau yang kuat seperti petai tetapi mempunyai khasiat perubatan yang tinggi.
  • Kaya dengan protein, karbohidrat, lemak, serat, kalsium, fosforus, besi, dan vitamin A, B, C.
  • Ia dipercayai dapat membantu memberi rangsangan untuk memudahkan proses membuang air kecil.


sumber foto : http://2.bp.blogspot.com/-

Daun selom
  • Berkhasiat untuk mengubati demam panas dan mengawal penyakit tekanan darah tinggi.
  • Memberi kesan sebagai ejen antireumatik dan membantu menurunkan paras gula dan kolesterol pesakit diabetes.



sumber foto : http://www.mywisewife.com/

Cekur
  • Mengandungi provitamin akarotena terutama pada daun yang baru dipetik.
  • Mengandungi vitamin B, C, protein dan mineral yang tersenarai di bawah keluarga halia tetapi kurang popular
  • Mengubati batuk, sakit tekak dan meredakan demam serta mempunyai bahan antibakteria, antikulat dan antikeradangan.




sumber foto : http://farm5.static.flickr.com/

Ulam raja

  • Mengandungi protein, lemak dan karbohidrat serta kaya dengan kalsium dan vitamin A.
  • Bertindak sebagai pembersih darah, menguatkan tulang serta merangsang selera makan kerana rasa dan baunya yang unik.





sumber foto : http://2.bp.blogspot.com/

Pucuk gajus
  • Daun gajus muda berwarna merah atau merah perang dan rasanya yang kelat dan masam.
  • Membantu mengubati masalah cirit-birit, mual dan muntah.
  • Daun tua yang dilumatkan boleh dijadikan ubat untuk kulit melecur atau penyakit kulit lain.





sumber foto : http://www.duniakami.com/

Daun kaduk
  • Mempunyai rupa seperti daun sirih tetapi daunnya lebih lembut dan pedas sedikit apabila dimakan secara dimasak atau mentah.
  • Ulam ini mempunyai khasiat untuk membantu menguatkan tulang, melegakan batuk, selesema dan sengal sendi.




sumber foto : http://1.bp.blogspot.com/

Petai
  • Ulam dari jenis kekacang paling popular
  • Mengandungi protien, lemak, karbohidrat, kalsium, fosforus, zat besi, vitamin A, B1, B2 dan C
  • Mampu merawat penyakit jantung, kencing manis, mencuci buah pinggang





sumber foto: https://happyhomemaker88.files.wordpress.com/

Pegaga
  • Sejenis tumbuhan suka menjalar.
  • Mempunyai kesan antioksida yang mampu memberikan kesihatan dan kecantikan buat wanita.
  • Kajian WHO mendapati pegaga mampu menjana kecergasan fikiran, melancarkan peredaran darah dan meningkatkan kesihatan kulit.


Disebabkan khasiat yang terselindung, ulam-ulaman diminati ramai biarpun rasanya pahit dan baunya busuk.

Sebolehnya, jadikanlah ulam sebagai makanan wajib dalam hidangan kerana selain ia mampu membuka selera, turut 'dijamu' khasiatnya yang tinggi tidak kira dari segi pemakanan mahupun perubatan.

Untuk itu, para petani perlu memainkan peranan menanam pokok-pokok ulam secara komersial bukan hanya mengharapkan ia tumbuh melata di hutan atau kebun mereka.



30

Bagus
25

Marah
20

Terkejut
34

Sedih
30

Lawak
28

Bosan

Friends Rank (167 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 11:10 AM GMT+8 , Processed in 0.050663 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top