CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

12 Pantang Larang Orang Melayu Tentang Makanan

1-9-2015 05:45 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 14872| Komen: 33

Description: Orang Melayu sememangnya terkenal dengan adab dan pantang larang. Dalam setiap perbuatan.......

Oleh : Dean BZ


Orang Melayu sememangnya terkenal dengan adab dan pantang larang. Dalam setiap perbuatan pasti ada adab dan pantang larang seperti adab ketika bercakap, adab dengan ibu bapa dan bermacam lagi. Namun, untuk kali ini kita lihat dulu apakah adab dan pantang larang ketika makan. 

Berikut adalah beberapa pantang larang yang berkaitan dengan makan:
1. Makan mencangkung payah dapat rezeki.
2. Makan dalam belanga dapat anak rupa hodoh.
3. Makan beras mentah dapat penyakit kuning.

4. Makan telur tembelang dapat penyakit barah.
5. Makan kepala ayam nanti mengantuk semasa bersanding.
6. Makan sisa anak nanti anak menjadi degil.
7. Makan dalam pinggan sumbing dapat anak bibir sumbing.
8. Makan tidak basuh pinggan nanti lambat dapat menantu.
9. Makan pisang kembar nanti dapat anak kembar.
10. Makan pinggan bertindih nanti beristeri dua.
11. Makan sambil berjalan akan dapat penyakit perut.
12. Makan buah berangan songsang, nanti lambat dapat jodoh.
13. Makan nasi di senduk nanti payah dapat rezeki.
14. Tidur selepas makan nanti perut jadi buncit.

Ini pula beberapa adab dan tatatertib seperti dipetik dari tymasak.my :


1. Tidak menolak makanan atau minuman yang di sediakan oleh tuan rumah ketika berkunjung ke rumahnya. Walaupun masih kenyang, jamahlah sedikit bagi mengelak tuan rumah berkecil hati.

2. Setelah makanan dihidang, pastikan orang yang lebih tua duduk terlebih dahulu dan diikuti oleh orang muda. Anak gadis pula dikehendaki menyenduk nasi ke dalam pinggan orang yang lebih tua.

3. Biarkan orang yang lebih tua mengambil makanan terlebih dahulu kerana tidak sopan membiarkan mereka makan sisa orang muda. Sesetengah orang membuat peraturan supaya orang muda makan berasingan daripada orang yang lebih tua atau orang tua makan terlebih dahulu. Namun, amalan ini tidak sesuai untuk tanam kemesraaan dan semangat kekeluargaan dikalangan anak-anak.


4. Ketika makan seeloknya ambil makanan yang berhampiran dengan kita. Jangan menjangkau makanan yang sukar dicapai atau minta bantuan orang lain yang berdekatan jika kita hendak makanan itu.

5. Ketika menghulur atau menyambut makanan sebaiknya gunakan tangan kanan, tetapi jika tangan kanan kotor, bolehlah gunakan tangan kiri. Seeloknya siku atau pergelangan tangan ditampung sedikit dengan tangan yang sebelah lagi.

6. Semasa mengambil kuah atau nasi, gunakan tangan kiri supaya sudu atau senduk tidak kotor.



7. Pastikan sudu, piring atau mangkuk tidak berlaga dan berbunyi ketika menyenduk. Ini dianggap kurang sopan dan kasar jika berlaku pergeseran antara sudu, piring atau mangkuk sehingga berbunyi.

8. Jangan bercakap-cakap ketika makan, lebih-lebih lagi jika mulut penuh dengan makanan. Jika perlu bercakap, pastikan tidak menimbulkan perkara yang kurang menyenangkan sehingga boleh mengganggu selera orang lain.

9. Jangan makan berbunyi atau kunyah makanan dengan kuat, ia akan menggangu keselesaan orang lain.



10. Ketika orang lain sedang makan janganlah menghembus hingus, berkahak atau berludah.

11. Kemas meja makan setelah semua orang selesai makan. Tidak sopan mengemas ketika orang lain masih menikmati hidangan, jika dilakukan seolah-olah menyindirnya supaya berhenti makan.

12. Jangan berkunjung ke rumah orang pada waktu makan atau ketika maghrib. Ia akan mengganggu tuan rumah yang mungkin masak makanan cukup untuk keluarganya sahaja. Waktu maghrib pula adalah waktu solat paling singkat dan kedatangan tetamu akan  menyebabkan tuan rumah serba salah untuk meninggalkan tetamu keseorangan. Seeloknya datang selepas waktu Solat Isyak.

Pantang larang ini wujud bukan sahaja sebagai pengajaran, malah bertujuan untuk menjaga tatasusila supaya kita tidak melakukan perkara yang tidak sopan. Pantang larang yang baik ini diharap dapat dikekalkan hingga ke generasi yang akan datang. Biar beradab, jangan biadab! - CARI Infonet.

5

Bagus
2

Marah
1

Terkejut
3

Sedih
5

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (21 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hanamunir 7-8-2015 07:48 PM
memang terasa hati kalau datang umah tapi tak nak jamah makanan yang kita prepare penat2..
rasa la sikit..
sikit pun tak pe..
Quote samperit 8-8-2015 10:51 PM
hanamunir replied at 7-8-2015 02:48 AM
memang terasa hati kalau datang umah tapi tak nak jamah makanan yang kita prepare penat2..
rasa la  ...

selalunya bila sedara mara dtg deorg akn ckp nk dtg time breakfast ke, lunch ke, dinner ke..so snang skit nak prepare
Quote friedfishsoup 26-8-2015 11:50 PM
Quote krustykrab 27-8-2015 02:20 PM
lagi terasa hati kalau masak penat2 tetiba ada mulut longkang komen masakn tak sedap tgh2 makan tu...rasa nak halau je kuar dari rumah
Quote Kak-Leen 31-8-2015 09:03 AM
Pantang larang ni semua akak didik kat anak2.. So bila mkn kat luar dan meja sebelah mkn berbunyi atau berbunyi berdenting berdentang, mesti anakanak2 bisik kat akak
Quote mayaBB 1-9-2015 11:46 PM
Adab ke adat??
Quote ayahlang 2-9-2015 08:27 AM
Makan berpindah dari satu tempat ke tempat lain nanti kahwin banyak kali.
Quote JohnPuteh 2-9-2015 11:43 AM
ayahlang: Makan berpindah dari satu tempat ke tempat lain nanti kahwin banyak kali.


nih kena tanya dgn laba...
Quote sepulnuar 2-9-2015 03:03 PM
jangan kentut ketika makan.
Quote starbee 2-9-2015 03:12 PM
makan jangan bercakap... ko nak kene sound???
Quote siape_aku 10-3-2016 09:44 AM
mane de org makan telur tembelang!!!!!!
Quote kelip2_07 11-3-2016 01:34 PM
makcik aku hobi dia dtg umah org time lunch..pastu bl org sibuk2 sediakan mknan kt dia..dia kata xpe2 xyah ssh2 sambil2 dia pggl ank2 ngan laki dia mkn..klu dtg sorang xpe jgk..nie dtg satu family..aku dh lama perati time dia dtg msti time lunch
Quote safieyah1984 17-3-2016 05:58 PM
kelip2_07 replied at 11-3-2016 01:34 PM
makcik aku hobi dia dtg umah org time lunch..pastu bl org sibuk2 sediakan mknan kt dia..dia kata xpe ...

hahaha aduhaii kelakarnya, ala layankan jelah perangai ur aunty tu, nk wat mcm mana tetamu kan rezeki, my aunty plak kalo datang biasa waktu tengah malam, sbb dia busy keje jual barang elken so kalo dtg awal2 suh masak, masa duk kondo dulu sampai org bawah compain lah kat group condo sbb dengar bunyi i tumbuk bawang pkai lesung semata2 my aunty nak makan meehon goreng hahahaha.. mmg malas tapi kesian plak org dtg umah kita lapar kan so layan kan jelah

Quote ipes2 18-3-2016 03:52 AM
Disunatkan borak borak ringan masa makan.
Kitorang selalu masuk lauk bawak kedepan makan depan TV.. masyaAllah hilang peluang untuk berinteraksi.
Tetapi makan mkan depan TV pon bleh jugak chit chat Alhamdulillah.
Also tu je lah time nak tgk Euronews, SkyNews
Quote kelip2_07 18-3-2016 11:15 AM
safieyah1984 replied at 17-3-2016 05:58 PM
hahaha aduhaii kelakarnya, ala layankan jelah perangai ur aunty tu, nk wat mcm mana tetamu kan rez ...

sorang xpe..tp dia dtg rmai mslhnye..
Quote fire_place 18-3-2016 02:48 PM
krustykrab replied at 27-8-2015 02:20 PM
lagi terasa hati kalau masak penat2 tetiba ada mulut longkang komen masakn tak sedap tgh2 makan tu.. ...

Mmg lah..ada sekali tu org makan asam pedas aku masak laju Je.dia sorg ckp xleh tanding lagi asam pedas teluk sengat..berdarah gak telinga nak samakan aku ngn tukang masak yg mmg sdp.dh org bg makan,banyak cite plak.bandingkn epal ngn Oren mmg lah.
Quote safieyah1984 18-3-2016 04:01 PM
kelip2_07 replied at 18-3-2016 11:15 AM
sorang xpe..tp dia dtg rmai mslhnye..

mcm aunty i dtg satu family gak haha.. kalo datang mesti nak makan, iolss x kisah lah beri org makan ni kira sedekah gak kan hehehe..

Quote lucaris_content 18-3-2016 08:08 PM


Let’s join “LUCARIS Sip with Style” in Malaysia, the journey of Excellent Wine & Dine experience, with a chance to win a prize from LUCARIS at LUCARIS FACEBOOK : https://www.facebook.com/LucarisCrystal

Just following 3 easy steps :

STEP 1: Like us in Facebook and Follow us on Instagram
STEP 2 : Share your campaign post on your FB Wall. Please set your post as Public.
STEP 3 : Comment the post with your Wine&Dine Wishlist (Restaurant, Hotel Restaurant, and/or Wine Bar) under this post

The winners will stand a chance to win "Hong Kong Hip collection premium gift set" valued at THB2,800 /set if your recommend is chosen to be the one of our journey and, yeah, you might got a chance to join dinner with us!

The more you recommend! the more chance you got to win!

Warning : Please be informed that your recommended place must serve wine and located in Malaysia. The campaign will be close on 18th March 2016. The winner will be announced on 25th March 2016

‪#‎Lucaris‬ ‪#‎LucarisMalaysia‬ ‪#‎Lucariscrystal‬ ‪#‎Foodporn‬ ‪#‎Foodlover‬‪#‎restaurant‬ ‪#‎wineglass‬ ‪#‎wineglasses‬ ‪#‎crystalwineglass‬‪#‎sipwithstyle‬ ‪#‎wine‬ ‪#‎Malaysia‬ ‪#‎finedining‬
Quote alieyrina 22-3-2016 11:59 PM
Aku memg pantang org mkn bunyi chiap chiap tuu..rasa nak tempeleng jah..mcm pengotor rasa...

Lihat semua komen(33)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 04:16 PM GMT+8 , Processed in 0.066819 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top