CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dakwaan Jambatan Runtuh Di Jalan Kuching Adalah Palsu !

3-9-2015 02:34 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 23124| Komen: 100

Description: Berita yang mendakwa jambatan di Jalan Kuching berhampiran Kompleks Sogo runtuh dan menyebabkan kesesakan terusk yang cepat tersebar di media sosial rupa-rupanya berita palsu.


OLEH : TS LOO

sumber : http://www.freemalaysiatoday.com/



Berita yang mendakwa jambatan di Jalan Kuching berhampiran Kompleks Sogo runtuh dan menyebabkan kesesakan terusk yang cepat tersebar di media sosial rupa-rupanya berita palsu.

Sebaliknya, kesesakan sepanjang tiga kilometer adalah disebabkan berlakunya kemalangan yang melibatkan empat kenderaan di Jalan Kuching menghala ke Kepong pagi tadi.

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 7 pagi itu melibatkan tiga buah kereta, sebuah van dan sebuah motosikal.

Tidak ada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu meskipun van yang terlibat dalam insiden berkenaan terbakar.


Jurucakap polis ketika dihubungi FMT menafikan kejadian berpunca daripada jambatan yang dikatakan runtuh.


“Kita banyak menerima panggilan pagi ini mengatakan punca kemalangan itu berlaku disebabkan jambatan runtuh. Sebenarnya ia hanyalah satu kemalangan akibat pelanggaran,” 


Tambah jurucakap itu lagi, pihaknya terpaksa menjawab banyak panggilan daripada pengguna jalan raya yang terlibat dalam kesesakaan berkenaan gara-gara maklumat palsu yang diterima mereka menerusi aplikasi Whatsapp dan sebagainya.


Mangsa yang cedera dalam kejadian itu di hantar ke Hospital Kuala Lumpur bagi mendapatkan rawatan. - CARI Infonet 
15

Bagus
16

Marah
17

Terkejut
22

Sedih
14

Lawak
8

Bosan

Friends Rank (92 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote atuninaawin 3-9-2015 11:00 AM
Ada accident..keta dgn van...
Quote harkktuih 3-9-2015 11:03 AM
ler..gigih memasing kata ada flyover runtuh kat sogo..
Quote albedah 3-9-2015 11:03 AM
oh eksiden... Kak Bed ingat jembatan runtuh... Alhamdulillah takde runtuh2... tapi cemana eksiden itu keadaannya...?
Quote AbukRokok 3-9-2015 11:06 AM
mesti sebab aura Bersih kelmarin masih ada disitu
Quote maharani_gebu 3-9-2015 11:07 AM
ntahnyer... dpat info dr group wasap kata jambatan runtuh depan sogo... naik hangus otak dok pk celah mana plak de flyover depan sogo.....
Quote MeghanK 3-9-2015 11:07 AM
eksiden kat sogo lah..mana nya jembatan runtuh..gosip mak jemah sangat
Quote MeghanK 3-9-2015 11:08 AM
maharani_gebu replied at 3-9-2015 11:07 AM
ntahnyer... dpat info dr group wasap kata jambatan runtuh depan sogo... naik hangus otak dok pk cela ...

flyover pejalan kaki tu kot
Quote CrowneGlory 3-9-2015 11:08 AM
Jembatan Antik sgt sebutan dia
Quote albedah 3-9-2015 11:09 AM
harkktuih replied at 3-9-2015 11:03 AM
ler..gigih memasing kata ada flyover runtuh kat sogo..

Ini aje yang Kak Bed dapat.

Quote chinta89 3-9-2015 11:10 AM
memandai je.. sian sogo diseru2.
Quote famri7 3-9-2015 11:12 AM
amboi naik kereta kebal ka nk pergi sogo sampai runtuh flyover pelbagai...darul fitnah sngt sis.
Quote harkktuih 3-9-2015 11:12 AM
albedah replied at 3-9-2015 11:09 AM
Ini aje yang Kak Bed dapat.

iols dapat 3 gambo kat wassap..
Quote albedah 3-9-2015 11:15 AM
harkktuih replied at 3-9-2015 11:12 AM
iols dapat 3 gambo kat wassap..

hah.. tepek la mai sini... baru le BERITA TEPAT. itu pun kalu gambar benar... sebab tu kita tertanya2 kaaaan sebab tak berada ditempat kejadian....



Yang tahu maklumat sebenar tu.... arrrrr berapa kereta berlibat anak2 sekelian...? Ada kematian ke...? Pukul berapa berlaku tu dik Non?


Quote Eura 3-9-2015 11:15 AM
Eksiden jer...mana de jambatan runtuh...




Quote maharani_gebu 3-9-2015 11:16 AM
MeghanK replied at 3-9-2015 11:08 AM
flyover pejalan kaki tu kot

adess.... punyalh desperado memasing nk viral isu sampai depan sogo pun tetiba bule ader flyover... patutlh time bersih ari tu nampak sendat depan sogo... dua tingkat rupanya jln dpan tu....

Quote Themilo 3-9-2015 11:17 AM
ummah melayu syumul & fitnah whatsapp berpisah tiada sis..
Quote jofizo 3-9-2015 11:18 AM
jln kuching..... sng sebut sogo je sbb dkt situ
Quote maharani_gebu 3-9-2015 11:18 AM
Edited by maharani_gebu at 3-9-2015 11:21 AM
MeghanK replied at 3-9-2015 11:08 AM
flyover pejalan kaki tu kot

DELETED - DABEL POST
Quote rospinki 3-9-2015 11:19 AM
marila kita sama2 nanyyi lagu "jambatan sudah roboh iya iya eee ¶♫ ♪ ¶ ♪♫ ¶ ¶ ♫ ♪"

Lihat semua komen(100)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 12:46 AM GMT+8 , Processed in 0.099407 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top