CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Petua Cegah Kedut Di Dahi, Mata Dan Wajah

3-9-2015 03:02 PM| Diterbitkan: CARI-IIN| Dilihat: 12458| Komen: 4

Description: Petanda usia semakin meningkat atau kulit muka ...
Oleh Izzah Abbasy

Berkedut??? Oh tidak!! Adakah ia petanda usia semakin meningkat atau kulit muka telah menemukan dengan penuaan?

Kedut di muka mahupun dahi ia merupakan perkara biasa yang terjadi walaupun anda masih muda. Tetapi ia sebenarnya membuatkan wajah anda tua pada usia sebenar. Bagaimana anda ingin mengatasi kulit muka dan dahi agar ia tidak berkedut?

Amalkan petua ini.


1. Minyak zaitun 



  
   

Minyak zaitun mampu hilangkan kedut wajah hasil daripada nutrisi yang boleh merangsang kulit untuk pertambahan kolagen secara semula jadi. Elok disapu ketika sebelum tidur setiap malam sebelum tidur. Kesannya kulit wajah anda pasti berbeza dan lebih sihat.


2. Makan sayur dan buah   

   
Lebihkan pengambilan sayur dan buah-buahan segar untuk dapat kulit yang cantik dan lebih lembap. Tetapi anda juga perlu seimbangkan harian dengan selitkan sedikit sukan bagi mengeluarkan peluh. Tidak perlu berlari, janji keluar peluh untuk singkir racun dalam tubuh badan.

3. Lidah buaya       


Lidah buaya kaya dengan antioksida yang diperlukan kulit. Campur dengan putih telur dan jadikan masker dua hari sekali untuk mengurangi kedut di dahi. Bilas sehingga bersih selepas 15 minit. Anda boleh amalkan memakai masker 2 kali sehari, pagi dan malam untuk hasil yang lebih cepat dan segar.


4. Lemon    

  
Buah yang kaya vitamin C seperti buah lemon dan limau nipis atau pelbagai buah yang jenis masam boleh dijadikan masker untuk hilangkan kedutan pada wajah. Potong dan picit buah lemon di dahi dan lakukan sehari sekali.


Tidak perlu mengeluarkan belanja yang tinggi. Jika anda rajin amalkan, pasti ia membuahkan hasil yang anda sendiri seakan tidak percaya. Satu lagi petua harian, jangan biasakan mengangkat kening agar tidak timbul kerutan di dahi. - CARI Infonet
              

Sumber info : mingguanwanita

15

Bagus
9

Marah
8

Terkejut
6

Sedih
12

Lawak
20

Bosan

Friends Rank (70 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ira79 4-9-2015 03:48 PM
ade org ke nak tepek lidah buaya + telur 2 kali sehari... lemon sekali sehari? boleh istiqomah ke... takat wat 1-2 kali tak kuasa dahh... tips yg tak praktikal
Quote metafora 4-9-2015 08:28 PM
akan cuba nombor 2 tu.
Quote stania83 6-9-2015 07:56 PM
for now aku cuba minyak argan, minyak kelapa, utk buang mekap mata sekaligus cegah kedutan.
Quote loween 9-9-2015 05:15 AM
Pedih la kulit bila letak lemon.. letak minyak zaitun plak naik pimples...

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 09:29 PM GMT+8 , Processed in 0.059883 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top