CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

[Sista] 3 Cara Periksa Payudara Elak Kanser

7-9-2015 04:38 PM| Diterbitkan: CARI-IIN| Dilihat: 5550| Komen: 2

Description: Gerun bila memikirkan kanser payudara ini ...
Oleh Izzah Abbasy

Rata-rata wanita pasti gerun bila memikirkan kanser ini. Lagi-lagi ia melibatkan payudara. Jika anda merasai kelainan atau perbezaan di sekitar payudara, cepat-cepat buat pemeriksaan sendiri mahupun berjumpa dengan pakar.

Terdapat pelbagai kempen telah dilaksanakan bagi memberi kesedaran kepada para wanita ini. Bagaimana ingin mengenalpasti kanser ini menyerang? Biasakah anda merasai perubahan pada payudara apabila ia membengkak atau ‘tertekan’? Dan apakah kesan jika memakai coli yang terlalu ketat?

Pemeriksaan payudara ini perlu dilakukan sekurang-kurangnya sebulan sekali. Pemeriksaan terbaik dilakukan dalam tempoh tujuh ke sepuluh hari sebelum haid akan datang. Jika anda tidak datang haid, periksa pada hari pertama setiap bulan.

Cara-cara memeriksa payudara ;


        
1) Semasa mandi
      
Angkat sebelah tangan. Dengan menggunakan satu jari, gerakkan secara mendatar perlahan-lahan ke serata tempat bagi setiap payudara. Gunakan tangan kanan untuk memeriksa payu dara sebelah kiri dan tangan kiri untuk memeriksa payudara kanan. Periksa sama ada terdapat gumpalan atau ketulan keras di payudara anda.
      
2) Berdiri di hadapan cermin
      
Dengan mengangkat kedua-dua tangan ke atas kepala, pusing perlahan-lahan dari sisi kanan ke sisi kiri.Cekak pinggang anda, tekan turun perlahan-lahan ke bawah untuk menegangkan otot dada dan menolak payudara anda ke hadapan. Perhatikan jika terdapat sebarang perubahan seperti saiz, bentuk dan kontur setiap payudara.

Lihat sama ada terdapat kedutan, lekukan atau puting tersorot ke dalam. Secara perlahan-lahan picit puting anda dan lihat jika ada cecair yang keluar. Periksa sama ada cairan tersebut jernih atau disertai darah.

3) Ketika berbaring

Letakkan bantal di bawah bahu kanan dan tangan kanan diletakkan di belakang kepala untuk memeriksa payudara sebelah kanan. Tekan jari anda mendatar dan bergerak perlahan-lahan dalam bentuk bulatan kecil, bermula dari bahagian pangkal payudara.

Selepas satu pusingan, bergerak 1 inci (2.5cm) ke arah puting. Lakukan putaran untuk memeriksa setiap bahagian payudara termasuk puting. Ulangi kaedah yang sama pada payu dara sebelah kiri dan rasakan jika terdapat sebarang ketulan pada bawah atau sepanjang atas tulang selangka anda.

Semoga tip ini membantu anda untuk melakukan pemeriksaan dengan lebih kerap. Jangan malu jika mempunyai masalah berkaitan payudara. Lakukan dengan segera sebelum terlambat. - CARI Infonet



Sumber info :Majalah Rapi

8

Bagus
11

Marah
4

Terkejut
14

Sedih
5

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (46 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 11:55 AM GMT+8 , Processed in 0.047476 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top