CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Politik & Peristiwa Lihat artikel

High Line : Taman Tergantung Di Tengah-Tengah New York (24 Gambar)

26-6-2013 05:18 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 5672| Komen: 14

Description: Di tengah-tengah kotaraya New York terdapat sebuah taman awam tergantung yang unik. High Line ialah taman awam yang dibina di atas landasan keretapi yang terbiar. Pada asalnya High Line ialah landasan ...
Di tengah-tengah kotaraya New York terdapat sebuah taman awam tergantung yang unik. High Line ialah taman awam yang dibina di atas landasan keretapi yang terbiar. Pada asalnya High Line ialah landasan keretapi yang membawa kargo dari luar masuk ke New York. Ianya dibina pada tahun 1929 bagi menjamin keselamatan penduduk bandar. Sebelum High Line dibina, keretapi kargo bergerak di atas jalan raya yang juga digunakan oleh penduduk setempat. Selepas berlaku beberapa kemalangan maut, pihak berwajid New York merasakan adalah lebih baik membina landasan keretapi baru di atas jalan raya yang sedia ada.

Sekitar 1950an penggunaan kereta sebagai pembawa kargo diambil alih oleh lori. Akibatnya landasan keretapi bertingkat ini mula terbiar dan ditumbuhi rumpai. Selama berdekad lamanya High Line terbiara dan ada beberapa cadangan supaya ianya dimusnahkan sahaja. Pada tahun 1999 terdapat gerakan baru yang merasakan ada baiknya High Line yang kini ditumbuhi pokok ran rumput diubah sahaja menjadi taman awam. Ruang terbuka untuk taman sukar ditemui di New York dan dengan merubah High Line kepada taman awam sebuah taman baru dapat dibuka.

Pada tahun 2009 fasa pertama High Line dibuka sebagai taman awam. Fasa ini adalah sepanjang 1.6 kilometer yang kini dilengkapi bangku dan trek pejalan kaki. Fasa kedua pula dibuka pada tahun 2011. Fasa ketiga dan terakhir kini dalam pembinaan dan akan mengubah High Line menjadai taman sepanjang 2.3 kilometer apabila siap kelak. Sangat cool! Struktur lama digunakan semula! Taman tergantung Babylon edisi Big Apple!








1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hatiluka 26-6-2013 02:13 PM
canggih jugak kalau buat taman macam nie...
Quote zuerinaBP 26-6-2013 02:15 PM
mmg cantik.n kreatif
xde pembaziran
Quote cikatilia 26-6-2013 02:23 PM
seriously cantik

siap baring atas rumput.. tenang2 mcm kat countryside aje..
Quote Artemesiaa 26-6-2013 02:30 PM
Menarik ideanya recycle menjadi tempat riadah
Quote nicuya 26-6-2013 02:53 PM
bile la bleh nk gi sini ni.....
Quote ikinbest 26-6-2013 03:39 PM
cantik nyer...
Quote bianglala 26-6-2013 03:43 PM
jealous pulak tengok. sebab kalau di sini, confirm dah selamat dah semua.. takdenya nak pulihara.

boleh imagine dapat mesej "jom jumpa kat High Line"... waaaahh, best.
Quote anees~nuhara 26-6-2013 04:01 PM
wow...futuristik
Quote gsfreedom1 26-6-2013 04:54 PM
Quote reeny 26-6-2013 05:39 PM
cool...cantik ..
Quote missbeyond 27-6-2013 12:57 AM
cantik. at least ada juga kehijauan di celah2 bangunan.. go go green!!
Quote khailya 27-6-2013 09:06 AM
wow mcm bestttt jer.....
tp klu kt malaysia buat mcm ni.. mau ade mcm2 kes..
kng ade yg duk ber*men sakan lak! hahaha
Quote mizkajura 27-6-2013 02:19 PM
mmg cantik n cerdik.
Quote koondoor 27-6-2013 09:19 PM
Cerdik sungguh. Guna rel keretapi buat taman.

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 11:49 PM GMT+8 , Processed in 0.055172 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top