CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Hot Topic Lihat artikel

Dua anak hilang selepas keluar beli lampin !

28-6-2013 09:29 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 28424| Komen: 206

Description: Kuala Lumpur: Dua kanak-kanak berusia 10 dan lapan tahun dilaporkan hilang selepas keluar membeli lampin adik bongsunya di sebuah kedai serbaneka di Jalan Ipoh, 13 Jun lalu. Kehilangan Nordiana S ...
Kuala Lumpur: Dua kanak-kanak berusia 10 dan lapan tahun dilaporkan hilang selepas keluar membeli lampin adik bongsunya di sebuah kedai serbaneka di Jalan Ipoh, 13 Jun lalu.


  Kehilangan Nordiana Shafiza Abdullah, 10 dan Muhammad Shafiz Denial Abdullah, 8, dikesan pada jam 2 petang selepas diminta bapanya untuk membeli lampin.

Normaliza Mustafa, 33, ketika hadir ke Balai Berita Harian Metro, di sini, semalam, berkata, dia datang ke Kuala Lumpur untuk beberapa hari bersama suami dan lima anaknya atas urusan kerja suami.   

“Pada hari kejadian, saya berada di kawasan bandar dan meninggalkan anak-anak bersama suami di hotel.    “Suami hanya dapat memberitahu saya mengenai kehilangan anak sembilan jam kemudian kerana saya tidak mempunyai telefon bimbit,” katanya.   

Menurutnya, suami merancang untuk pulang ke Johor keesokan harinya sebelum kedua-dua anak mereka hilang.

  “Saya tak (tidak) sangka Diana dan Shafiz menghilangkan diri kerana mereka (anak) diajar untuk tidak mempercayai orang asing dan terus pulang ke rumah selepas membeli barang di kedai,” katanya yang sudah melaporkan kehilangan kedua-dua anaknya di Balai Polis Jalan Ipoh.

Sehubungan itu, Normaliza merayu kepada orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai Diana dan Shafiz menghubungi polis atau pegawai penyiasat Inspektor Shahrul Nizam di talian 012-3002795.



Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote haryatie 28-6-2013 08:02 AM
suami dia biul ker..suruh ank besar tu g kedai beli lampin
pemalas tahap gaban nyer bapak..
sakit hati aku ngan spesis bapak mcam ni..
Quote Rynaf 28-6-2013 08:03 AM
careless...dh tau skrg ni mcm2 kes yg melibatkan budak2, duk lg suruh budak2 tu kuar sendiri tanpa ada org besar..tambah2 kat area yg bkn tempat asal.... Last edited by Rynaf on 28-6-2013 08:04 AM

Quote MissNigga 28-6-2013 08:03 AM
adoiii....
sedangkan kat Johor pun, dak yang pegi ke kedai utk beli maggi pun hilang dan dibunuh.... ni kan pulak kat KL nihhhhhhhhh....
Quote izamahmed 28-6-2013 08:04 AM
bapak ni nak kene ni
Quote encikotot 28-6-2013 08:04 AM
moga2 budak2 tu slamat..
Quote izamahmed 28-6-2013 08:07 AM
saya pernah jumpa budak kat shopping complex,
saya bawa dia cari mak, sambil otw nak g kaunter info.
budak tu suka kat saya la pulak.
tak mau lepas tangan saya.

10 minit pastu selesai dpt jumpa mak bapak dia.
mak dia ok, tapi bapak dia tak cakap ape pun.

tak kisahlah. hepi dapat bantu org~
Quote fifie_olin 28-6-2013 08:08 AM
otak letak kt paler lutut ke....adehhhhh.....
Quote pehbedah 28-6-2013 08:15 AM
lagi kes makpak tak kisah keselamat anak..x paham lah aku...suka2 bagi anak2 umur cam tu gi mana2..tak sayang anak kaa...aku berharap 2 beradik ni sesat dan sedang diselamatkan oleh org yg baik2...
Quote mamasaffiya 28-6-2013 08:16 AM
hopefully anak2 tu selamat
mungkin tersesat ..

apa punya bapak lah PEMALAS! BENGAP!
ko tak tau ke ni KL??
Quote tahilalatmanis 28-6-2013 08:19 AM
Normaliza Mustafa, 33, ketika hadir ke Balai Berita Harian Metro, di sini, semalam, berkata, dia datang ke Kuala Lumpur untuk beberapa hari bersama suami dan lima anaknya atas urusan kerja suami.   

“Pada hari kejadian, saya berada di kawasan bandar dan meninggalkan anak-anak bersama suami di hotel.    “Suami hanya dapat memberitahu saya mengenai kehilangan anak sembilan jam kemudian kerana saya tidak mempunyai telefon bimbit,” katanya.


gi KL sbb suami ada tugas tapi isteri yg sibuk gi jenjalan pat KL sorang diri selama 9 jam? suami ada kat hotel bersama2 dgn anak2 yg lima org tu ke? bdk2 tu sesat sbb tersalah hotel tk? Aiishhh... apsal lah suruh bdk2 gi beli lampin, tempat yg dorang tk biasa.... bapak dia lah pi turun jap beli biar bdk2 tu jaga adik2 yg lain pat bilik hotel..... yg mak dia pulak, dh tahu nk jenjalan lama kenapa tk pastikan lampin dan susu semua cukup?


Quote pehbedah 28-6-2013 08:19 AM
izamahmed posted on 28-6-2013 08:07 AM
saya pernah jumpa budak kat shopping complex,
saya bawa dia cari mak, sambil otw nak g kaunter info ...

penah jadik kat aku jugak...aku tak tau budak kenit tu datang dari arah mana...elok je dia pegang peha aku..dia ingat aku mak dia kott...dipendekkan cerita rupanya mak budak tu tak perasan anak dia dah jauh jalan sorang2.. sebab sibuk pilih baju...
Quote sweet_popcorn 28-6-2013 08:21 AM
famili ni dari  johor ke??..knp si ayah boleh suruh anak2 dia keluar beli lampin?? kan tempat asing tu..moga2 selamat budak2 ni..
Quote epysha 28-6-2013 08:21 AM
mcmna la keadaan budak2 tu...
Quote redz85 28-6-2013 08:23 AM
speechless... laki bini tak cerdik

Quote airiscomei 28-6-2013 08:24 AM
bapaknya stay kay otel?....mak gi jenjalan?...
anak suh pegi beli lampin?
bagosssss....bagosssss
tak alert betul mak bapak ni....
Quote erishuji 28-6-2013 08:26 AM
maybe budak2 ni sesat. xtau jalan balik ke hotel.tp janganla ade sape2 offer diorng ride then kidnap diorg. mudah- mudahan mereka selamat
Quote MissMamamia75 28-6-2013 08:29 AM
giler apa bapak dia nih....dia ingat KL ni mcm kampung pisang je kot...yg mak pulak pi mana sampai 9 jam...xingat anak  & laki ke..

bior bapak dia dikenakan hukuman ni :-
"Di bawah Akta Kanak-kanak 2001, meninggalkan kanak-kanak tanpa pengawasan orang dewasa adalah satu kesalahan dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara dua tahun atau denda RM5,000 atau kedua-duanya sekali. "
Quote redz85 28-6-2013 08:35 AM
MissMamamia75 posted on 28-6-2013 08:29 AM
giler apa bapak dia nih....dia ingat KL ni mcm kampung pisang je kot...yg mak pulak pi mana sampai 9 ...

kesian pulak bini dia nanti kena jaga anak anak tu sensorang...
Quote MissMamamia75 28-6-2013 08:40 AM
redz85 posted on 28-6-2013 08:35 AM
kesian pulak bini dia nanti kena jaga anak anak tu sensorang...

kalu xbuat gitu...diorang ni xberingat...ambik mudah smua perkara...

kesian sungguh nasib budak2 tu...% utk jumpa...sgt tipis
dlm sejarah negara kita ni...kalu 10 budak hilang...yg dpt ditemui semula..maybe 3 org je..

mudah2an anak2 ini selamat & dilindungi olh Allah...
moga ada insan yg baik hati kat KL tu yg jumpa budak2 ni & return diorg pd family tercinta..


Lihat semua komen(206)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 12:34 PM GMT+8 , Processed in 0.124382 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top