CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Musibah Alam Angkara Manusia!

2-10-2015 06:00 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 6849| Komen: 4

Description: Manusia dan alam ibarat aur dengan tebing. Jika kita menjaga alam sekitar, maka alam juga akan menjaga kita. Tetapi, manusia tetap tidak dapat lari daripada sifat tamak sehingga sering mengabaikan per ...


Oleh : TS LOO

sumber foto : http://3.bp.blogspot.com/


Manusia dan alam ibarat aur dengan tebing. Jika kita menjaga alam sekitar, maka alam juga akan menjaga kita. Tetapi, manusia tetap tidak dapat lari daripada sifat tamak sehingga sering mengabaikan peraturan alam. 

Pada dasarnya, kita sepatutnya sentiasa beringat dengan apa yang berlaku di sekeliling kita dan menjaga bumi dengan penuh keprihatinan atau lambat laun alam akan mengancam kita. Inilah yang terjadi sejak kebelakangan ini. Bencana datang dalam pelbagai bentuk, antaranya mengubah corak iklim seluruh dunia yang mengancam kehidupan manusia, harta benda dan tanah pertanian bagi menghasilkan makanan. 



sumber foto : sumber foto : http://www.projekdialog.com/


Lihat apa yang berlaku di Filipina pada tahun 2013 dan tahun 2014 dilanda taufan, manakala Malaysia pula dilanda banjir luar biasa. Mungkin inilah cara alam memberi amaran kepada kita. Penerokaan hutan secara besar-besaran tanpa kawalan untuk pertanian di seluruh dunia menyebabkan tanah tercemar. Hutan gondol Penggondolan hutan pula mengurangkan keupayaan sistem bumi untuk mengawal selia kepekatan gas Rumah Hijau di atmosfera. Keadaan menjadi lebih buruk dengan penggunaan bahan bakar fosil yang keterlaluan untuk memastikan sektor perindustrian terus hidup di barat dan timur.


sumber foto : http://antarapos.com/


Akhirnya, kepekatan karbon dioksida meningkat daripada 250 ppm (bahagian setiap juta) ketika era pra industri kepada 440 ppm ketika ini. Hasilnya, ia meningkatkan suhu kira-kira dua darjah Celsius di seluruh dunia. Cuba teka apa yang terjadi kepada iklim atau cuaca? Jawapan yang paling jelas adalah pemanasan global yang mana sesetengah tempat dilanda cuaca terlampau seperti salji luar biasa, serangan taufan dan banjir besar. Kita perlu melakukan sesuatu untuk menghentikan fenomena ini daripada berterusan. Kita perlu bertindak pantas dengan mengambil kira kesan ekonomi jika perkara ini dibiarkan berpanjangan. 


sumber foto : http://1.bp.blogspot.com/


Jelas sekali ramai dalam kalangan rakyat Malaysia gagal mengambil iktibar daripada bencana alam ini. Misalnya, sampah domestik dan plastik dibiarkan di sana sini, mereka yang tidak bertanggungjawab membuangnya di tepi jalan, sungai dan bersepah-sepah tanpa memikirkan orang lain. Hasilnya, longkang di kawasan bandar sering tersumbat yang tidak boleh terbayang dek akal dan banjir kilat ketika musim monsun pada Disember lalu. 


Kemudian, pihak yang sama asyik menuding jari menyalahkan pihak berkuasa kerana tidak sensitif dengan penderitaan mereka akibat banjir. Untuk pengetahuan semua, mereka ini sudah lupa malapetaka ini terjadi akibat perbuatan mereka sendiri. Sudah tiba masanya untuk kita bertanggungjawab atas perbuatan kita dan melakukan sesuatu dengan pantas. 


Bagi mengurangkan hakisan tanah disebabkan air, kita perlu mengurangkan kesan impak air yang disebabkan hujan lebat atau pertambahan isipadu air mendadak pada tanah serta meningkatkan keupayaan tanah untuk menahan hakisan. 


Kaedah mitigasi boleh dilakukan menerusi tiga kaedah: agronomi, mekanikal, dan tanah. Apa juga kaedah yang kita gunakan, semuanya berkongsi prinsip sama; iaitu untuk melindungi permukaan tanah menghadapi gangguan fizikal tenaga air dan untuk meningkatkan daya tahan tanah. 


Kaedah agronomi termasuk menanam pokok dan pokok renek bagi menutup permukaan tanah yang terdedah. Tanah yang terdedah atau tidak dilindungi perlu dikurangkan. 


Ingat bumi hanya ada satu sahaja, mungkin masa kini pihak saintis dari NASA sedang usaha mencari tempat perlindungan baru buat penghuni bumi di planet lain, namun ianya masih dalam peringkat awal. 


justeru sama-sama kita sayangi bumi kita, jangan sesekali buat dia marah lagi.- CARI Infonet






17

Bagus
6

Marah
16

Terkejut
9

Sedih
7

Lawak
16

Bosan

Friends Rank (71 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Artemesiaa 4-10-2015 10:39 AM
Ada benarnya kenyataan itu
Quote din_atos 4-10-2015 08:57 PM
Skrg ni pencemaran udara. Jerebu...
Quote antidote 5-10-2015 11:24 AM
semua angkara manusia....
Quote Chesire_Epilog 5-10-2015 01:10 PM
Memang angkara manusia yg rakus dan tamak

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 02:50 AM GMT+8 , Processed in 0.052066 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top