CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Jangan Biarkan Penyakit Ini Menghantui Lelaki

7-10-2015 01:05 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 3479| Komen: 0

Description: Lelaki semakin meningkat usia, banyak pula penyakit yang datang jika kesihatan tidak dijaga dengan baik.
Oleh Adib Za

Lelaki semakin meningkat usia, banyak pula penyakit yang datang jika kesihatan tidak dijaga dengan baik.

Oleh itu, sebagai lelaki anda haruslah menjaga kesihatan  supaya waktu tua nanti tidak dihantui dengan penyakit-penyakit ini. 


Jom lihat apakah penyakit yang sering menyerang lelaki pada usia tua mereka, berdasarkan yang dipaparkan oleh portal Women Online Magazine:


1. Ketagihan 

Golongan lelaki dikatakan golongan yang paling ramai melalui rasa ketagih berbanding wanita. Malah, ada sebahagian doktor mengatakan bahawa ketagihan merupakan satu penyakit. Ada juga mengatakan ketagihan merupakan masalah kelakuan dan personaliti seseorang.


2. Kolesterol 


Masalah kolesterol tinggi boleh menjadi turun temurun di dalam keluarga dan ia digelar familial hypercholesterolaemis (FH). Antara penyakit yang boleh terhasil akibat terlebih kolesterol adalah masalah tiroid, buah pinggang, diabetis, obesiti dan sakit jantung.


3. Sindrom Malu/Malas Kencing

Avoidant paruresis atau lebih dikenali sebagai sindrom pundi kencing pemalu atau retensi kencing psikogenik merupakan satu gangguan kerisauan sosial yang melibatkan ketidakupayaan kencing di hadapan orang lain. Sindrom merupakan penyakit lelaki yang kini boleh bermula dari apa saja peringkat umur tidak kira kanak-kanak lelaki atau lelaki dewasa.

Jika masalah ini berlarutan, ia menyukarkan golongan ini untuk bercuti, malah menolak untuk berkongsi tandas.

(Sumber foto: express)



4. Ketulan Kanser Testikel

Meskipun kanser ini kedengaran luar biasa namun menjumpai ketulan pada testikel bukan luar biasa. Keadaan ini membuatkan ramai keliru tetapi tidak pula memandang serius akan keadaan ini. Antara keadaan yang menunjukkan terdapatnya masalah pada testikel dan scrotum adalah ‘kehilangan’ satu testikel haruslah segera bertemu dengan doktor.


5. Berdengkur Kuat

Hampir 15 juta pendengkur di Amerika saja dan ini tidak termasuk seluruh dunia.Kebanyakannya adalah lelaki pertengahan umur. Masalah dengkur boleh disebabkan oleh masalah berat badan, merokok dan pengambilan minuman keras. Pembedahan sengau boleh membantu tetapi ia tidaklah menyembuhkan dengkuran tetapi membantu meningkatkan pernafasan hidung.

(Sumber foto: balancechicago)



6. Jangkitan fungus.

Lebih dikenali sebagai tinea pedis merupakan satu jangkitan fungus yang disebabkan oleh parasit pada kulit. Sebanyak 90% kulit yang dijangkiti fungus biasanya dirujuk sebagai kurap. Jika tidak dirawat, jangkitan ini boleh merebak sehingga ke keseluruhan kaki dan tapak tangan. - CARI Infonet

(Sumber: WOM)

8

Bagus
8

Marah
7

Terkejut
12

Sedih
2

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (41 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 12:06 PM GMT+8 , Processed in 0.321651 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top