CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Peka Sikit Boleh Tak Ketika Di Stesen Minyak? Jangan Sampai Menyusahkan Orang..

20-10-2015 04:36 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 14665| Komen: 92

Description: Ketika api terbakar, orang ramai kebiasaanya akan serta-merta terfikir menggunakan air untuk memadam api, akan tetapi ada sesetengah kebakaran adalah tidak boleh guna air untuk memadam.


Oleh : TS LOO


Walaupun terdapat papan penyata di semua stesen minyak yang memberi peringatan kepada semua pemandu adalah diwajibkan mematikan enjin dan dilarang menggunakan telefon bimbit bagi mengelakan sebarang kemalangan yang tidak diingini berlaku. 



Tetapi pastinya ada juga sebilangan orang yang tidak mengikut peraturan, bukan sahaja tidak mematikan enjin kereta, malah ada pula yang menggunakan telefon bimbit samada di dalam kereta atau pun di luar kereta iaitu sektar kawasan stesen minyak petrol, akibatnya adalah seperti apa yang terjadi dalam video berikut.





FAKTA PENTING PAPARAN VIDEO TERBABIT : 
1) Kereta Ciptaan Perancis berjenama Citroen
2) Tidak mematikan enjin ketika isi minyak petrol
3) Budak berbaju merah masuk kereta ketika itu
4) Pemandu ambil banyak kertas tisu untuk lap muka
5) Ketika budak menutup pintu di tempat duduk belakang sebelah kiri, bahagian isi minyak petrol pada kereta terbakar.
6) Budak dan perempuan yang berada dalam kereta segera keluar melarikan diri dari kereta
7) Ada orang ambil baldi yang penuh dengan air untuk memadam api ( Ini adalah tindakan yang salah )
8) Tuan punya kereta di belakang segera memandu keluar keretanya
9) Kakitangan stesen tersebut pantas memadam api dengan menggunakan tangki pemadam api yang terletak di tempat isi minyak petrol
10) Api berjaya dipadamkan.


Perhatian ! Ketika api terbakar, orang ramai biasanya akan serta-merta terfikir menggunakan air untuk memadam api, akan tetapi ada sesetengah kebakaran adalah tidak boleh gunakan air untuk memadam. 


Sekiranya kadar ketumpatan bahan cecair mudah bakar itu lebih kecil daripada air (antaranya minyak petrol), jadi tidak patut menggunakan air, kerana bahan cecair mudah bakar itu akan terapung atas permukaan air dan terus membakar.


sumber foto : internet



Apabila paparan video tersebut dikongsikan dalam laman Facebook, ada orang mendakwa " orang yang berada di dalam kereta sedang main telefon bimbitnya" , namun disebabkan keadaan dalam kereta tidak dapat dilihat dengan jelas melalui paparan video tersebut, maka tidak dapat mengesahkan sejauh mana kesahihan dakwaan tersebut. 


Mungkin sebelum ini anda pernah mengisi petrol tanpa matikan enjin, atau pun mungkin selama ini anda sering menggunakan telefon bimbit ketika di stesen minyak dan tidak berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini, namun demikian ini tidak bermakna perbuatan anda adalah selamat dan diizinkan. 


Bagi meminimumkan peratusan bahaya ke tahap yang paling rendah, mohon jasa baik semua pemandu yang bertanggungjawab demi keselamatan diri dan orang lain, adalah diwajibkan mematikan enjin dan dilarang sama sekali menggunakan telefon bimbit.

sumber foto : internet


PERKARA YANG DILARANG LAKUKAN KETIKA DI STESEN MINYAK PETROL : 
1) Tidak mematikan enjin ketika isi minyak petrol
2) Kerta tidak boleh salah isi minyak petrol
3) Mneggunakan telefon bimbit ketika berada di stesen minyak petrol
4) Merokok di kawasan stesen minyak petrol.




26

Bagus
34

Marah
23

Terkejut
26

Sedih
17

Lawak
26

Bosan

Friends Rank (152 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jaa139 20-10-2015 04:48 PM
semalam ade sorang laki tu selamber aje isap rokok sambil tunggu giliran nak isi petrol...rasa nak langgar aje kereta die...
Quote zizadin 20-10-2015 04:49 PM
Biasa la orang kita..

dah kena baru nak menyesal
Quote kasibiman 20-10-2015 04:51 PM
pulau ppl. nothing new.


and the pulau ness of it all.


bapak dia lari kan?

anak lari keluar sendiri.

Org lain tolong padam api.

BAPAK dia lari.


haramjadah punya bapak.
Quote mattzzx 20-10-2015 04:53 PM
dah banyak kes kes kebakaran di stesyen minyak  berlaku diatas kelalain manusia....
Quote ultra78 20-10-2015 04:57 PM
Entah mana videonya tak keluar pun
Quote Maideen. 20-10-2015 05:05 PM
Ini lah tanda akhir zaman......
Quote Themilo 20-10-2015 05:11 PM
segala kerosakan akibat kebakaran perlu ditanggung oleh pencetus kebakaran. blame it on him.
Quote -electrifying- 20-10-2015 05:35 PM
amek bnda tu remeh memey ar
Quote Emperor95 20-10-2015 05:42 PM
Patut bagi meletop sahaja.
Quote noor2 20-10-2015 05:44 PM
Apa maksud no.2....kereta tidak boleh salah isi minyak petrol?
Quote red_cattleya 20-10-2015 05:46 PM
sentiasa ada yg berdegil
Quote renko 20-10-2015 05:53 PM
noor2 replied at 20-10-2015 05:44 PM
Apa maksud no.2....kereta tidak boleh salah isi minyak petrol?

mksdnye jgn la kereta petrol
pergi isi diesel


Quote noor2 20-10-2015 05:55 PM
renko replied at 20-10-2015 05:53 PM
mksdnye jgn la kereta petrol
pergi isi diesel

Oo..ok tq...ingat kut tertukar 95 ke 97 ker....
Quote renko 20-10-2015 05:57 PM
lg 1 yg menyakitkan hati
umat yg terkemut2 isi minyak
terhegeh2 g membayar
tu jam la bru nk crk wallet, crk kad, crk duet bagai
pastu time isi minyak boleh lak g toilet la
g membeli belah la kt dlm tu
ape jadah wei
ngat org len yg menunggu kt blkng tu ape
tunggul kayu ke
Quote mommymonster82 20-10-2015 05:58 PM
Boleh tak nak komplen jugak pasal kes lain kt stesenminyak ni..tgh peak hour cam blik raya ke stesen minyak kan full..boleh tak cepat2 skit  isi minyak n gerak..klu ada family yg nk gi toilet tu korg geraklah parking jauh skit..ini tak..pulun gak ler tunggu kt situ..kereta dah beratur2 kt blkg nk isi minyak...bila org hon suh ke depan marah org pulak
Quote akulaki 20-10-2015 05:58 PM
byk org buat bende ni. kalau tak mati enjin tu rasanya ok lagi, tapi bile tgk org duk isap rokok & begayut fon sambil isi minyak, takut gak den
Quote ecahaha 20-10-2015 06:00 PM
kt petron area rumah aku selalu nmpk org dtg isi minyak bukak tingkap tangan turun naik hisap rokok..
Quote renko 20-10-2015 06:06 PM
noor2 replied at 20-10-2015 05:55 PM
Oo..ok tq...ingat kut tertukar 95 ke 97 ker....

yg mcm tu xde hal
pnh ternmpk ade satu org ni naik kancil g isi diesel
pastu g tegur dea baru dea pasan katanye
pastu mengamuk2 salahkan pam minyak tu
padahal sendiri yg isi
tah pape

Quote renko 20-10-2015 06:08 PM
mommymonster82 replied at 20-10-2015 05:58 PM
Boleh tak nak komplen jugak pasal kes lain kt stesenminyak ni..tgh peak hour cam blik raya ke stesen ...

setuju sgt2
mcm gayat je terhegeh2 je sume
isi la dlu bru g toilet ke
or tgh isi tu turun la g toilet
pastu da siap berambus la paking kt tepi2 tu ke
ni x gigih duduk kt situ lame2
btl2 sakai

Lihat semua komen(92)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 12:44 PM GMT+8 , Processed in 0.276462 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top