CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Anjing Ini Berjalan 200 Batu Jauh Mencari Tuannya..

30-11-2015 03:30 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 6023| Komen: 14

Description: Siapa sangka anjing ini sanggup berjalan 200 batu semata-mata mencari wanita yang pernah merawatnya suatu ketika dahulu.
Oleh Adib ZA

Siapa sangka anjing ini sanggup berjalan 200 batu semata-mata mencari wanita yang pernah merawatnya suatu ketika dahulu. Kisah yang satu ini sememangnya menjadi viral di laman web dan menyentuh banyak jiwa di luar sana. 


Anjing yang diberi nama Shavi, dirundum malang apabila telah dilanggar di suatu kawasan selatan Rusia oleh seorang pemandu yang tidak bertanggungjawab dan kejam. Terbiar di tepi jalan kerana kedua kakinya bukan sahaja cedera, malah patah akibat kemalangan itu. 

Namun, Shavi bernasib baik kerana masih ada manusia berhati suci dan sanggup mengambilnya. Mereka mengiklankan secara atas talian untuk sesiapa yang sanggup menjaga dan merawat anjing itu. Dalam berjuta-juta pengguna yang membacanya, hanya seorang yang menjawab iklan itu iaitu Nina Baranovskaya, 26. 



Nina menjaga anjing ini sehinggalah kakinya pulih seperti sedia kala, mengajar arahan tertentu dan mengalihkan trauma yang dialami oleh Shavi. Sampai suatu masa, Nina terpaksa berpindah atas faktor komitmen terhadap keluarga dan anjing itu ditinggalkan bersama rakannya. 

Namun, hanya dalam beberapa hari sahaja, Shavi telah menghilangkan diri dan sehingga 2 minggu lamanya ia tidak muncul-muncul. Ini menyebabkan Nina berasa sangat bimbang tentang keselamatan anjing 'angkat'nya itu.

Sehingga suatu hari, ketika berada di atas jalan raya, Nina didatangi anjing dan dia berasa sangat terkejut kerana anjing itu merupakan Shavi yang berjalan 200 batu untuk mencarinya! Perjalanan Shavi si anjing itu sangat membuka mata masyarakat tentang makna kasih sayang dan menafikan pepatah 'bagai kacang lupakan kulit.' 


Bayangkan jika seekor haiwan sangat setia dan tidak pernah melupakan budi seseorang kepadanya, inikan pula manusia. Kisah bagaimana anak-anak melawan dan berlaku biadap kepada ibu bapa misalnya, sudah cukup melukakan hati. 

Ada yang sanggup lari dari rumah demi kekasih dan melupakan orang tua seperti mereka tiada apa-apa erti. Kisah Shavi yang berjalan 200 batu ini juga membuktikan, apa jua halangan dapat ditempuhi jika ada kemahuan yang kuat dan mendalam.

Meneladani kisah daripada haiwan, tiada salahnya, bukan? - CARI Infonet

(Sumber foto: Carian google)

15

Bagus
12

Marah
28

Terkejut
12

Sedih
20

Lawak
9

Bosan

Friends Rank (96 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote buragazz 30-11-2015 03:34 PM
Biasa la yg lupakan tuan ni biasanya kacang jer...
Quote imransulaiman 30-11-2015 04:28 PM
Kisah macam ni seronok dibaca
Quote clarizsa 30-11-2015 05:13 PM
sooo???????????
Quote khailya 30-11-2015 05:23 PM
wow terharu....!!
Quote Artemesiaa 30-11-2015 05:56 PM
Wow jauhnya dia berjalan boleh buat pilem ni
Quote plasterhati 30-11-2015 10:12 PM
Jauhnya..blh buat filem ni..mesti mcm2 yg anjing ni kena tempuh nk smpai tu
Quote Skuau 1-12-2015 01:33 AM
Bangla pon setia kpd tuannya-Zahid.lol::
Quote delcol87 1-12-2015 10:36 AM
boleh ke citer liku liku prjlanan yg di tmpuhi sepanjang prjlanan beliau.. mcm nak thu je..
Quote ::gee:: 1-12-2015 11:00 AM
kesiannya anjing tu sanggup jalan 200 meter untuk mencari tuannya yang pernah merawatnya
Quote Madel 1-12-2015 11:29 AM
Ini kali ke 3 aku baca cerita anjing yg sgt setia ..

Dulu ada budak2 Msia yg merantau naik basikal pun ada pengalaman yg sama mcm gini kan..
Quote nicuya 1-12-2015 12:52 PM
how i wish to have one.. tp malangnye...
Quote BebeQ 1-12-2015 01:41 PM
kesiannya dia. mesti penat sangat2.
Quote CrowneGlory 1-12-2015 02:32 PM
Terus teringin nak tgk hachiko...tp xperla x memasal aku menangis utk kesekian kalinya...
Quote getarsukma 1-12-2015 02:50 PM
200miles... lebih kurang KL ke Butterworth... wow..

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 12:27 AM GMT+8 , Processed in 0.302073 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top