CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mesin ATM Jepun Sediakan Bahasa Melayu

1-12-2015 10:48 AM| Diterbitkan: CARI-IIN| Dilihat: 6786| Komen: 23

Description: Pengenalan lapan lagi bahasa ini adalah langkah Jepun untuk memudahkan proses pengeluaran wang oleh pelancong yang melawat negara mereka
Oleh Izzah Abbasy

Umum mengetahui, kebanyakan negara masih belum menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa yang akan digunakan selain bahasa ibunda mereka.

Baru-baru ini Jepun telah mula menggunakan bahasa Melayu di mesin ATM mereka. Sebelum ini mesin ATM di Jepun hanya menyokong bahasa Jepun, Korea, China dan Inggeris.

Pengenalan lapan lagi bahasa ini adalah langkah Jepun untuk memudahkan proses pengeluaran wang oleh pelancong yang melawat negara mereka.

Mereka menyedari pelancong lebih gemar menggunakan wang tunai dari kad kredit.

Apabila mesin ATM menyokong bahasa asing, mereka akan lebih mudah mengeluarkan wang seterusnya menjana ekonomi melalui pembelian barangan dari peniaga tempatan.

Mesin ATM Seven Banks adalah yang pertama akan menawarkan perkhidmatan pelbagai bahasa ini. Selain bahasa Melayu, bahasa Indonesia, Thai, Perancis, German, Portugis dan Vietnam turut disokong. - CARI Infonet













Info : MYNEWSHUB.CC


14

Bagus
6

Marah
9

Terkejut
8

Sedih
18

Lawak
22

Bosan

Friends Rank (77 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Knowlee 30-11-2015 09:27 PM
Good job! Tak pernah lagi pergi ke Jepun.
Quote khoi01 30-11-2015 09:29 PM
info yang menarik.
Ini membuktikan diantara tempat utama tempat pelancongan paling popular di kalangan orang malaysia adalah jepun.
Quote kemaruk 30-11-2015 09:42 PM
Knowlee replied at 30-11-2015 09:27 PM
Good job! Tak pernah lagi pergi ke Jepun.

norlia.. masih ingat bangkem tak??

dulu kita sama2 jadi atlet
Quote pearl.silver 30-11-2015 10:23 PM
Kt mlysia pun x guna bhs melayu bila guna atm..
Quote lionsleepin 30-11-2015 10:31 PM
Japan. I love. ;)
Quote taikpekatt 30-11-2015 11:32 PM
Wahhh hebat2. Aku suka jepun. Tp kos sara hdup kt sana mahal sgt la.
Quote xpdckelate 30-11-2015 11:52 PM
bahasa indon pon tak ketinggalan,hebak2
Quote Skuau 1-12-2015 12:30 AM
Adakah ATM Jepun sudah ketinggalan zaman @ tahap 'kampungan' sahaja? Di negara Malaysia,'disini lahirnya' Bahasa Melayu,ramai rakyatnya sudah memilih Bahasa Inggeris kerana menggunakan Bahasa Melayu dianggap 'sudah ketinggalan'.
Quote hanakikan 1-12-2015 04:56 AM
Tak pernah teruja pun nak ke jepun atau south korea..padahal 2 negara tu lah ramai malaysian suka melancong. Maybe sebab aku anti sushi kot
Quote peYno 1-12-2015 05:39 AM
hanakikan replied at 1-12-2015 04:56 AM
Tak pernah teruja pun nak ke jepun atau south korea..padahal 2 negara tu lah ramai malaysian suka me ...

nak tgk negara yg bangsa bertamadun... pi la jepun or korea
Quote mbhcsf 1-12-2015 07:04 AM
sudah tiba masanya sedangkan Hang Tuah pun dah sampai , kan?

so elok benarlah kiranya.
Quote bluehedgehog 1-12-2015 08:08 AM
maksudnya selama ni bahasa vietnam dan siam da lma wujud di atm jipun sebelum BM la? bangga la sgt
Quote bluehedgehog 1-12-2015 08:09 AM
peYno replied at 1-12-2015 05:39 AM
nak tgk negara yg bangsa bertamadun... pi la jepun or korea

masa madey, dasar pandang ke timur: jepun, korea selatan
masa bijan, dasar pandang ke timur: korea utara
Quote ultra78 1-12-2015 08:10 AM
Gagababa

Quote Limao 1-12-2015 08:48 AM
Aku punye CIMB kad tak leh withdraw pon dekat atm Lawson ngan 7e.
Sib baek bank jepon dekat Stesen Kyoto dapat.
Alhamdulillah boleh nyoping ngan nyogo
Quote dragger 1-12-2015 08:51 AM
7 bank tu 7 eleven punya ke?

tengok logo dia sama mcm 7e
Quote Bedah.Cun 1-12-2015 09:04 AM
hanakikan replied at 30-11-2015 08:56 AM
Tak pernah teruja pun nak ke jepun atau south korea..padahal 2 negara tu lah ramai malaysian suka me ...

Cenonotnye kecik sangats, yang. I ponh tak minat, I rase macam arnab jer
Quote bluezink 1-12-2015 10:18 AM
ohh  ak tahu.sapa penah keje kat sini....musti tahu asal muasal kedai serbaneka nie.sebelom ia...dikenali sebagai 7-Eleven ia dikenali sebagai Tote'm Store
Quote kenarikelabu 1-12-2015 11:43 AM
Ni saja buat Indon marah nih. Sbb ada Malay, tapi takde Bahasa Indonesia

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 01:44 PM GMT+8 , Processed in 0.265390 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top