CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Isu Stoking Kalimah Allah, Netizen Setuju Pandangan Lelaki Cina Ini - “Lebih Teruk Lagi Pemimpin Bukan Islam Bersuara Untuk Orang Bukan Islam"

21-3-2024 09:48 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 16459| Komen: 32

Description: Seorang lelaki berbangsa Cina yang ulas isu stoking kalimah Allah telah berjaya menarik perhatian ramai.


Seorang lelaki berbangsa Cina yang ulas isu stoking kalimah Allah telah berjaya menarik perhatian ramai.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik oleh @Adrian Lim Chee En di laman Facebooknya, dia berpendapat tidak menjadi masalah jika sesebuah kaum tidak memahami amalan agama lain.

Loading FB Post...

Baginya, perbezaan pegangan serta kepercayaan yang diamalkan sejak lahir lagi menjadikan seseorang tidak dapat memahami budaya bangsa lain dengan lebih mendalam.


“Orang Islam tidak faham mengapa orang Hindu India meletakkan titik merah di dahi mereka, orang Islam tak faham mengapa orang Cina bakar kertas, orang Islam tak faham mengapa orang Kristian gantung salib kat rantai.

“Orang Islam tidak faham mengapa. Tetapi orang Islam tidak mempersoalkan atau menghinanya. Mereka menerimanya sebagai sebahagian daripada amalan agama lain.

“Jadi, sama. Individu bukan Islam tidak perlu faham mengapa kalimah Allah atau Nabi Muhammad yang dicetak pada stoking adalah sensitif. Tidak mengapa jika orang bukan Islam tidak faham mengapa ia sensitif,” ujarnya.

Pun begitu, setiap kaum haruslah menerima serta menghormati antara satu sama lain tanpa membuat sebarang provokasi yang boleh menjejaskan ketenteraman serta perpaduan di negara ini.



“Anda hanya perlu menerima dan menghormatinya, kerana bagaimana orang Islam menerima bahawa orang Hindu India meletakkan merah di dahi, Tao Cina membakar kertas dan orang Kristian menggantung salib bukanlah sesuatu yang boleh dihina,” tegasnya.

Sementara itu, Adrian Lim Chee En tidak bersetuju dengan tindakan pemimpin bukan Islam yang meminta orang ramai untuk bertenang mengenai isu stoking kalimah Allah.



“Lebih teruk lagi pemimpin bukan Islam kononnya bersuara untuk orang bukan Islam dan menyuruh orang Islam berehat. Yang ini saya tidak boleh.

“Ia seperti sebuah syarikat Muslim yang mencetak wajah Buddha atau Yesus di atas permaidani, dan kemudian pemimpin Islam memberitahu penganut Buddha Kristian untuk berehat. Anda nampak betapa oxymoronic itu?” luahnya lagi.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan pandangan lelaki tersebut dimana setiap bangsa perlu hormat menghormati antara satu sama lain.


Terdahulu, tindakan kedai serbaneka terkenal di Malaysia menjual stoking tertulis kalimah Allah telah mengundang rasa kemarahan ramai terutamanya dalam kalangan umat Islam.

Sumber: Facebook @Adrian Lim Chee En/OhMedia


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote miss_white 21-3-2024 09:54 PM
Ada juga cina yg cerdik.ni mesti cina sekolah kebangsaan
Quote tumpanglalu74 21-3-2024 10:00 PM
Calon piyem..
Quote sharlenetexas 21-3-2024 10:48 PM
Di mana pejuang kalimah Allah dari semenanjung dan borneo?


Quote Nokiaman 21-3-2024 10:56 PM
miss_white replied at 21-3-2024 01:54 PM
Ada juga cina yg cerdik.ni mesti cina sekolah kebangsaan

SK Abah kau gamaknya.......SK lagi racun kat kepala otak cikgu cikgu tu semua
Ni budak International school la weii....
Quote Zack8hunter 21-3-2024 11:03 PM
sape dah lama follow Andrian Lim ni tahu la saoe dia ni sbnrnya
Quote Suchi 22-3-2024 12:05 AM
Zack8hunter replied at 21-3-2024 11:03 PM
sape dah lama follow Andrian Lim ni tahu la saoe dia ni sbnrnya

Jadi dia siapa?
Sorang lg yg selalu buat perbandingan GST ngn SST tu sapa plak ye cina ke melayu tu? Kat fb tu kadang nama je cina tp sebenarnya melayu.

Quote FOTHER-MUCKER 22-3-2024 03:49 AM
Tak ada lebai berdoa supaya dia menerima hidayah?
Quote aina_shaira 22-3-2024 04:09 AM
Zack8hunter replied at 21-3-2024 11:03 PM
sape dah lama follow Andrian Lim ni tahu la saoe dia ni sbnrnya

Sape dia ni, perlu di follow ke
Quote shamsadis 22-3-2024 08:03 AM
betul lah tu dia kata, yang patut dikecam ialah mereka yang terlibat dalam isu stokin, bukan mengecam orang yang kecam....ehhh aku pening dah
Quote BoongaKertas 22-3-2024 08:19 AM
bernas statement mamat ni. simple. yg plg iols bengang is statement wakponorogo. hahaha! statement nak slmt semata2.
Quote ayukpingu 22-3-2024 08:36 AM
Zack8hunter replied at 21-3-2024 03:03 PM
sape dah lama follow Andrian Lim ni tahu la saoe dia ni sbnrnya

budak DAP yang terpesong
Quote epullipan 22-3-2024 08:41 AM
menteri2 munafik diam je..nak jaga periuk nasi..bersuara kang kena tendang nanti..sementara ada masa kaut selagi boleh
Quote Weller 22-3-2024 09:32 AM
“Lebih teruk lagi pemimpin bukan Islam kononnya bersuara untuk orang bukan Islam dan menyuruh orang Islam berehat. Yang ini saya tidak boleh.


Worse is non-Muslim leaders kononnya speaking up for non-Muslims and telling Muslims to chill. This one I cannot.



guna Google translate? huhuhu
Quote cm_vungtau 22-3-2024 09:55 AM
Bijak la banding dengan group alumni uni aku yang dipenuhi cina2 bodo. Jaki sangat dengan bumiputera.
Quote Decaffeinated 22-3-2024 09:58 AM
Weller replied at 22-3-2024 09:32 AM
guna Google translate? huhuhu

Mujur dia tak kata suruh sejuk.
Quote supernaturalee 22-3-2024 10:13 AM
menurut kamus google, oxymoronic bermaksud:

a combination of contradictory or incongruous words (such as cruel kindness) broadly : something (such as a concept) that is made up of contradictory or incongruous elements. oxymoronic. ˌäk-si-mə-ˈrä-nik.
Quote Modngengade 23-3-2024 12:58 PM
FOTHER-MUCKER: Tak ada lebai berdoa supaya di ...
Akak doakan agar Mother Fucker mendapat hidayah
Quote Modngengade 23-3-2024 01:02 PM
miss_white replied at 21-3-2024 09:54 PM
Ada juga cina yg cerdik.ni mesti cina sekolah kebangsaan

Cina yg bodo biasanya sekolah srjk sis
Quote dua_chzy 23-3-2024 01:24 PM
I'm with you all the way bro.

Isu stoking ni memang bodoh. Tak faham aku apa ada dalam fikiran sapa yang buat stoking tu. Dasar syaitan psikopath.  

Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 04:11 PM GMT+8 , Processed in 0.061001 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top