CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mata guru wanita lebam ditumbuk cikgu lelaki di kantin sekolah

22-4-2024 08:17 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 6399| Komen: 29

Description: KEMAMAN – Seorang guru wanita berusia 32 tahun sebuah sekolah rendah di daerah ini lebam mata kiri selepas dipercayai ditumbuk oleh seorang guru lelaki di kawasan kantin sekolah itu hari ini.


KEMAMAN – Seorang guru wanita berusia 32 tahun sebuah sekolah rendah di daerah ini lebam mata kiri selepas dipercayai ditumbuk oleh seorang guru lelaki di kawasan kantin sekolah itu hari ini.

Ketua Polis Daerah Kemaman Superintendan Hanyan Ramlan berkata, sebelum kejadian, mangsa yang merupakan guru Bahasa Inggeris dan suspek berusia 49 tahun dipercayai bertengkar.

“Insiden dikatakan berlaku di kantin sekolah sebelum mangsa telah disepak dan ditumbuk suspek menyebabkan matanya lembam. Motif yang menyebabkan pertengkaran mereka masih dalam siasatan,” katanya di sini hari ini.

Hanyan berkata, suspek menghilangkan diri selepas insiden itu, maka gerakan mengesannya sedang giat dilakukan dan kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 506 akta sama. 

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote krustykrab 22-4-2024 08:20 AM
Mesti kes mengorat cikgu bi tp kena reject mentah2
Quote Thunderclouds 22-4-2024 10:21 AM
Cepatnya pelaku menghilangkn diri.
Mcm la dia warga asing mudah nk ghaib² pas wat jenayah.
Quote otai_g 22-4-2024 10:37 AM
Biar polis do their work. ada mcm2 kemungkinan bleh berlaku?

Mulut cikgu English hangsuang atau
Cikgu laki kaki baran/kaki pukul?

Quote ifanonline 22-4-2024 10:39 AM
cikgu curang?
Quote bulan_gerhana 22-4-2024 10:43 AM
iols target cikgu BI ni mulut hangsuang... org muda jenis ckp main lepas je kot..

yg cikgu lelaki tu umo 49.. maybe dah paneh tinge dgn chegu pompuan tu membebel kot..

or kita tunggu ape cite yee
Quote she 22-4-2024 11:32 AM
Bertemu buku dan ruas kot

Naseb cikgu BI tu tak repot kat somi dia
Idok jadi macam kes kat Klate tu
Tikam kawan sekerja bini
Quote sayurmayur88 22-4-2024 11:38 AM
iolls nak tulis jugak ni mengenai toksik/politik di temapt keje. tak kesahlah, skolah ke, opis ke mana2 lah..
biasanya kes2 macam ni jadi sebb ada pihak yg provoke, ada org akan react dgn maki hamun, ada yg akan react dgn naik tgn..
sebaiknya, tahan je hati klu kena provoke, klu nak react pon maki jer balik..jgn sesekali naik tgn , sbb yg naik tgn akan kena tindakan..
Quote menjad 22-4-2024 11:39 AM
Tak sayang pencen ker cikgu oiiii. Umo da 49. Konfem dah 25 tahun dalam perkhidmatan. Sangkut kes parahhhhh lah
Quote venom1 22-4-2024 12:27 PM
Mulut tu kena jaga. body shaming, perli, bunyi suara macam speaker mmg mengundang kepada kelebaman mata. kena ikat mulut tu baru diam.
Quote B40tastePosh 22-4-2024 12:48 PM
Nak ngorat cikgu lelaki la tu...tak dapat lepastu kutuk2 belakang.
Quote rikashi 22-4-2024 12:56 PM
sayurmayur88 replied at 22-4-2024 11:38 AM
iolls nak tulis jugak ni mengenai toksik/politik di temapt keje. tak kesahlah, skolah ke, opis ke ma ...

Setuju..mmg kena sabar. Tukang provoke mmg ramai
Quote TomyamPuteh 22-4-2024 01:32 PM
Aku tebak cikgu pompuan tu jenis jahat mulut. Suka bwk cita dkt pentadbir. Bila si penumbuk dh dpt tau sapa si pelakunya, dpt la habuan.
Quote shernazz 22-4-2024 02:21 PM
Aduhai.
Gambo polis ni.pung.mata dia MCM kena.tumbuk jugak
Hahah
Quote Dovahkiin 22-4-2024 05:30 PM
Kalau ikut pengalaman, cikgu bi pompuan bnyk mulut puaka, potpet2 mcm burit ayam. Perasan diva. Antar anak pegi olahraga, cikgu pompuan jerit2 kat cikgu lain, tanya anak cikgu apa tu. Cikgu BI.
Quote mawarika 22-4-2024 08:10 PM
Mmg pun ada pompuan yg jenis mulut mcm bontot ayam.. pot pet pot pet.. lagi yg anak dara tua. Ckp tak bertapis. Nak gurau dgn suami org pun tak agak2 .. ada tu siap offer jadi bini kedua.. tp katanya gurau je. Eh tahi..
Quote Itzy 23-4-2024 12:12 AM
Kahkahkah malaysia ni memang lemah iman, kena kutuk sikit je terus naik tangan hahahah, ganas tak bertempat lol
Quote imransulaiman 23-4-2024 04:59 AM
Takde update dari mana-mana sumber ke apa punca sebenar? FB? X? IG? Malas nak tebak-tebakan..
Quote None68 23-4-2024 05:18 AM
Biasa lelaki mana ambik pot sangatkan, klu sampai kena bedok tu mmg sesuatu sgt cikgu pompuan tu..
Quote shamsadis 23-4-2024 07:59 AM



Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 06:28 PM GMT+8 , Processed in 0.164458 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top