CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kerajaan tak pernah singgung kuasa Raja Melayu – Anwar

22-4-2024 08:38 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 4193| Komen: 13

Description: SHAH ALAM – Kerajaan sentiasa mempertahankan agar tidak pernah menyinggung peranan dan kuasa Raja-raja Melayu.



SHAH ALAM – Kerajaan sentiasa mempertahankan agar tidak pernah menyinggung peranan dan kuasa Raja-raja Melayu.

Ini termasuk dalam permohonan dibuat Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk mendapat kebenaran semakan kehakiman kewujudan Titah Adendum atau titah tambahan Yang di-Pertuan Agong (YDPA) ke-16 berhubung tahanan di rumah kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan juga tidak pernah memadamkan rekod dan keputusan atau meringankan sebarang keputusan yang dibuat oleh hakim.

Katanya, pendirian adalah tuntas dengan keputusan mesti dibuat dalam mesyuarat Lembaga Pengampunan dan keputusan muktamad YDPA dalam mesyuarat lembaga itu.

“Ada teguran termasuk kes afidavit Timbalan Perdana Menteri (Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi) baru-baru ini. Saya juga turut diserang dan tidak tahu apa masalahnya.


“Saya menjawab, ini menyinggung peranan Lembaga Pengampunan dan titah wewenang YDPA. Itu jawapan bagi saya mengikut perbincangan dengan peguam negara dan juga maklumat daripada Sultan dan YDPA. Itu sebaiknya.

“Dan sejak Merdeka sehingga sekarang, belum ada tindakan kerajaan menyinggung peranan dan kuasa Raja-raja Melayu. Itu kita pertahankan. Kalau tidak faham keputusan itu adalah tidak layak menjadi pengupas dan pengulas politik yang terkemukanya. Agendanya hanya nak serang sahaja,” katanya ketika berucap pada Konvensyen 25 Tahun Keadilan di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) Shah Alam hari ini.

Beliau memberitahu, disebalik pelbagai isu yang berlaku ketika ini tidak pernah menyebabkan kerajaan Madani menjadi lemah sekalipun.

“Dalam Kabinet dalam kerajaan, kita tidak hadapi masalah itu. Di luar ada suara yang tidak semestinya mewakili suara kepimpinan.

“Setakat ini, belum ada petanda keretakan kecil sekalipun di antara Pakatan Harapan, UMNO, Barisan Nasional serta Sabah dan Sarawak. Yang ada cuma gerombolan ‘desperados’ yang cuba adu bomba. Saya bagitahu kepada mereka ‘good luck and good bye’,” katanya. 

Sumber – KOSMO! ONLINE
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dio5774 22-4-2024 11:08 AM
adoi lucunya..banyak je video dap sebelum ni hujung2 diam
Quote nusaraya 22-4-2024 04:08 PM
Terus mempertahankan sistem feudalistic dan menyembah raja-raja melayu di Malaysia adalah  pebuatan yang betol-betol bodoh dan bahlul ....

Apa yang pernah dilakukan oleh rakyat melayu di Sumatrapad tahun 1946 yang menghapuskan seluruh sultn melayu di sumatra timur  tampaknya perlu ditiru  dan dilakukan segera di Malaysia

Ingat  ... Lebih baik terlambat daripada X melakukan hal itu sama sekali ... .... Hehehe

Quote always_typo 22-4-2024 04:46 PM
wewenang agung tu, mereka tuntas..
Quote s@s@ 22-4-2024 04:55 PM
nusaraya replied at 22-4-2024 04:08 PM
Terus mempertahankan sistem feudalistic dan menyembah raja-raja melayu di Malaysia adalah  pebuatan  ...

walaupun begitu, indonesia masih lagi di belakang malaysia dlm pelbagai perkara kecuali menyambut idul fitri
Quote BoongaKertas 23-4-2024 07:35 AM
lol. k
Quote otai_g 23-4-2024 07:42 AM
Jd apa penyelesainnya pmx? Ada bnyk persoalan yg x terjawab.

Basic adalah addendum itu wujud?
Jika tidak apa cerita plk dgn affidavit Zahid?
Jika ya mengapa kerajaan seolah menyembunyikan?

Ha apa jawapan pun pmx da checkmate.
Quote Radzor 23-4-2024 08:37 AM
berkata darjah kebesaran itu ditarik balik "berasaskan kepada tindakan dan perlakuan beliau sejak akhir tahun 2013 yang mempersoalkan kewibawaan dan kuasa DYMM Sultan Selangor dan Institusi Raja dalam menyelesaikan kemelut pelantikan Menteri Besar Selangor."
Quote nusaraya 23-4-2024 10:43 AM
s@s@ replied at 22-4-2024 04:55 PM
walaupun begitu, indonesia masih lagi di belakang malaysia dlm pelbagai perkara kecuali menyambut  ...

Lebih maju dalam hal apa ...perilaku, minda, kebangsaan, sejarah ?

Itulah akibat tiap hari menjadi kurban kepalsuan dan kebohongan yng selalu dipropagandakan besar-besaran  bahwa anda itu bangsa yang terpaling haibat (mahawangsa melayu)  dengan wilayah kuasa sangat luar biasa (Alam Melayu)  dengan didukung oleh dongeng-dongeng sejarah yang X masuk akal itu ... Hehehehe




Quote honam 23-4-2024 02:12 PM
nusaraya replied at 23-4-2024 10:43 AM
Lebih maju dalam hal apa ...perilaku, minda, kebangsaan, sejarah ?

Itulah akibat tiap hari menjad ...



https://cewekbanget.grid.id/read ... indonesia-termasuk?
Quote honam 23-4-2024 02:14 PM


Jakarta: Gabenor Jakarta, Djarot Saiful Hidayat mengarahkan pihak berkuasa mempamerkan gambar individu yang ditangkap membuang sampah ke dalam sungai.

Djarot berkata, langkah itu diambil bagi menangani sikap buruk orang ramai yang suka membuang sampah hingga menjadikan sungai di bandar itu sangat kotor.

“Saya mengarahkan agensi alam sekitar meningkatkan operasi bagi mencegah pembuangan sampah ke dalam sungai.

“Sekiranya seseorang itu ditangkap membuang sampah ke dalam sungai, tangkap gambarnya dan pamer di kain rentang,” katanya yang dipetik kompas.com
Menurutnya, kain rentang itu akan diletakkan di kawasan penduduk sebagai satu bentuk hukuman sosial yang diharap menjadi satu pencegahan.


Menurutnya, pihak berkuasa sering melihat penunggang motosikal membuang beg plastik yang penuh dengan sampah ke dalam sungai.

Sungai di Jakarta antara paling tercemar di negara itu akibat sikap orang ramai yang suka membuang sampah ke dalam sungai.
Quote nusaraya 23-4-2024 03:14 PM
honam replied at 23-4-2024 02:14 PM
Jakarta: Gabenor Jakarta, Djarot Saiful Hidayat mengarahkan pihak berkuasa mempamerkan gambar indi ...



Ini di Kulim  dan ini berita sungai penu sampah di Johor .... ternyata sama saja jorok dan low classnya ... Hehehehe

https://www.astroawani.com/berit ... -skudai-exco-405567
Quote honam 23-4-2024 03:55 PM
nusaraya replied at 23-4-2024 03:14 PM
Ini di Kulim  dan ini berita sungai penu sampah di Johor .... ternyata sama saja jorok dan low c ...

muhong, tu dekat indon, tengok label botol sampah pun aku tahu dah tu dekat indon

link berita takde gambar
Quote mojarean_X 23-4-2024 11:17 PM
Lama x follow isu semasa kt malaysia....ohh dia masih lg jd PM ke

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 06:57 AM GMT+8 , Processed in 0.044576 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top