CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Anak artis tidak terkecuali, akan dilayan seperti orang biasa – Fahmi

23-4-2024 11:18 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 14056| Komen: 36

Description: KUALA LUMPUR – Anak kepada penggiat seni tanah air lebih-lebih lagi yang berusia 13 tahun ke bawah tidak digalakkan untuk mempunyai akaun media sosial sendiri.


KUALA LUMPUR – Anak kepada penggiat seni tanah air lebih-lebih lagi yang berusia 13 tahun ke bawah tidak digalakkan untuk mempunyai akaun media sosial sendiri.

Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, walaupun hidup dalam keadaan serba mewah dan terkenal, anak artis juga tidak terlepas daripada penguatkuasaan media sosial dan akan dilayan sama seperti orang lain.

“Mana-mana platform tidak membenarkan sesiapa di bawah usia berikut (13 tahun ke bawah) untuk mendaftar akaun.

“Itu sudah melanggar garis panduan komuniti bagi platform media sosial.

“Sekiranya ada mana-mana pihak ingin mengadakan perbincangan, saya alu-alu kan,” katanya kepada wartawan Kosmo! ketika ditemui di sidang akhbar Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman antara Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) di Hotel Royale Chulan Kuala Lumpur, hari ini.


Terdahulu, media melaporkan, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) mengingatkan ibu bapa untuk memastikan anak-anak berusia bawah 13 tahun tidak memiliki akaun media sosial.

“MCMC mendapati kanak-kanak pada umur tersebut tidak sesuai menggunakan mana-mana sosial media.

“Sekiranya ada (anak-anak bawah 13 tahun memiliki akaun media sosial), ibu bapa tolong maklum kepada saya dan MCMC. Kita akan shut down (tutup) akaun tersebut,” katanya.

Beliau yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata, kebanyakan syarat platform media sosial juga tidak membenarkan golongan berkenaan memiliki akaun media sosial.

Mengulas lanjut, Kementerian Komunikasi sedang meneliti secara keseluruhan dan pada pertengahan Mei akan adakan mesyuarat jawatankuasa untuk mencadang rang undang-undang keselamatan dalam talian. 

Sumber – KOSMO! ONLINE.

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote B40tastePosh 23-4-2024 11:20 PM
Teringat kakak ipar bangang bangku aku dulu-dulu buat akaun facebook untuk anak anak dia walupun budak tu baru diteran semalam.
Quote slyfynx 24-4-2024 12:08 AM
Hahaha, buat IG konon2 untuk simpan gmbr anak.
Sebenarnye tmpt ko nk tayang anak hari2 mengharapkan banyak engagement, and pastu dpt la buat review produk untuk kanak2.
So dapat duit. Kan kan kan kan kan
Quote monsterwife 24-4-2024 03:33 AM
Habislah pasangan urban awalahdondang
Quote sayurmayur88 24-4-2024 07:25 AM
hahahaha, iolls pelik why ibubapa zaman now sebok nak create akaun socmed anak2 . beria sgt
Quote shamsadis 24-4-2024 08:12 AM
buktikan
Quote damsel_fiji 24-4-2024 09:01 AM
tak yah sibuk pasal anak retis..jaga anak sendiri sudah..mmg rata2 ibubapa skrg ni gila kot..baby kecik pun ko dah sumbat dgn phone, tablet bagai..dah besar sikit ko layankan jah bersosmed..tiktok bagai
Quote MadameOnion 24-4-2024 09:04 AM
ye ke? entahla..esok2 ada je pengecualian tu...tengok la
Quote blue_blur 24-4-2024 09:31 AM
takat bagitau, baik takyah jadi menteri... sembang kedai kopi pun boleh...

payah, menteri takda kuasa/ilmu nak wujudkan undang2 khusus... ngo2 lain pun sama, bab kecoh2 agenda tertentu gebang kuat..

benda nampak kecik tapi penting bina sahsiah budak2 bawah umur ni, dari tercemar rosak dek socmed..
Quote bottombikini 24-4-2024 09:58 AM
alah kau ni sembang je lah sunio
hujung2...wayanggg
Quote asudau 24-4-2024 10:32 AM
sumber pendapatan sesetengah retis dan influencers tu...mengamuk la depa kalau akaun instagram anak-anak depa dinyahaktifkan...

kalau rakyat marhaen tak pe..setakat follower 400 je jah...
Quote miss_white 24-4-2024 10:44 AM
baik ko ban tiktok  tu lg rosak kn budak2
Quote epullipan 24-4-2024 10:59 AM
setuju sangat hahaha..setakat baca 'yassin" pon nak heboh satu malaya
Quote amyfaha 24-4-2024 12:53 PM
Yelah tu kau. Dia ni kaki jilat. Nyampah. Benda dia bust pn tak tahu
Quote Firenzza 24-4-2024 12:58 PM
MadameOnion replied at 24-4-2024 09:04 AM
ye ke? entahla..esok2 ada je pengecualian tu...tengok la

Sbb tu dia ckp....sapa2 nk bincang dia sudi dengar. Ujong2 mcm rega minyak....menang hari ni......knp x turun rega?  Sbb nuart jd piem
Quote kakikuDibibirmu 24-4-2024 12:58 PM
Terkecuali tak apa, tak sengaja, dimaafkan di sisi syarak, selagi ada "ter" memang tak apa
Quote batmana 24-4-2024 01:25 PM
lagi elok daftar domain nama anak ajala,

www.namaankkorang.com

barula class sket
Quote noell 24-4-2024 01:27 PM
B40tastePosh replied at 23-4-2024 11:20 PM
Teringat kakak ipar bangang bangku aku dulu-dulu buat akaun facebook untuk anak anak dia walupun bud ...

kak ipaq hg bogis jgk ka camna??
Quote ninajaybee 24-4-2024 01:41 PM
Benci menyampah meluat jenis anggap retis2 ni kasta tinggi dan bukan biasa2. Lainlah kalau artis jenis berkualiti tinggi ie educated dan benar2 berbakat dan caharacter pun terpuji.
Quote Noraniza_Iblis 24-4-2024 01:43 PM
abess laa ecah nekta....

Lihat semua komen(36)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 01:48 PM GMT+8 , Processed in 0.094128 second(s), 63 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top