CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Siasat jika Faisal Halim mangsa hooliganisme – Sultan Selangor

6-5-2024 08:05 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 9834| Komen: 8

Description: PETALING JAYA – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj mahu siasatan kejadian yang menimpa pemain bola sepak Selangor FC, Faisal Halim turut merangkumi kemungkinan jika ada melibatkan k ...


PETALING JAYA – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj mahu siasatan kejadian yang menimpa pemain bola sepak Selangor FC, Faisal Halim turut merangkumi kemungkinan jika ada melibatkan kegiatan kumpulan yang berniat jahat atau keingkaran awam seperti samseng bola sepak atau hooliganisme.

Istana Alam Shah menerusi kenyataannya memaklumkan, baginda memandang serius terhadap kejadian membabitkan Faisal yang juga pemain kebangsaan.

“Baginda amat kecewa dan menganggap kejadian seumpama ini sebagai melampau kerana melibatkan nyawa ahli-ahli sukan.

“Baginda khuatir jika insiden seperti ini jika tidak dibanteras segera, ia akan terus melarat sehingga boleh mengundang perkara lebih buruk pada masa akan datang.

“Baginda mendoakan agar Faisal Halim kembali sihat seperti sediakala dan dapat meneruskan khidmat sebagai pemain untuk pasukan Selangor FC,” menurut kenyataan tersebut yang dimuat naik pada Facebook Selangor Royal Office, hari ini.


Dalam pada itu, Istana Alam Shah memaklumkan, Sultan Sharafuddin menzahirkan rasa pihatin dan bimbang susulan kejadian terbaharu berunsur keganasan membabitkan Faisal.

“Baginda selaku Penaung Selangor FC dan Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah sebagai Pengerusi Selangor FC, mengecam sekeras-kerasnya serangan tidak bermoral ini dan mahu pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyiasat kejadian ini ke akar umbi serta mencari punca sehingga pelakunya dapat ditangkap dengan segera.

“Baginda turut menggesa mana-mana pihak yang mempunyai maklumat untuk tampil memberi kerjasama dengan pihak polis,” kata kenyataan tersebut.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan, Faisal menjadi mangsa simbah asid dipercayai berlaku di sebuah pusat beli-belah sekitar Petaling Jaya, di sini.

Kejadian itu turut disahkan oleh Selangor FC dan Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan. 

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KamikuP 6-5-2024 01:03 PM
Apa nama pusat belio belah kat PJ tu?
Quote beatgirlX 6-5-2024 01:06 PM
Ada yg mention Tropicama Mall
Quote Dwdrum 6-5-2024 01:08 PM
Perangai hodoh british juga yang ikut and bawa... Punctuality tidak pernah ikut
Quote monsterwife 6-5-2024 05:17 PM
Dwdrum replied at 6-5-2024 01:08 PM
Perangai hodoh british juga yang ikut and bawa... Punctuality tidak pernah ikut

Sape sis?
Quote kepompong 6-5-2024 07:39 PM
Edited by kepompong at 7-5-2024 08:36 AM
monsterwife replied at 6-5-2024 05:17 PM
Sape sis?


(i tolong jawapkan)
Si penyimbah asid tu lar ... & org yg pukul akhyar rashid,   kan ikut budaya org england... The Hooligan  Boys (hooliganisme) tu larrr.... eh tapi kat england tu takde la tahap simbah acid & pukul ngan cota , perbuatan simbah acid & curi pukul pakai cota kat tempat awam tu pulak budaya gangsterism

*tapi budaya bagos2 (punctuality) takmoh ikut pulak
Quote monsterwife 6-5-2024 10:26 PM
kepompong replied at 6-5-2024 07:39 PM
(i tolong jawapkan)
penyimbah asid tu.... kan ikut budaya org england...
The Hooligan  Boys (hoo ...

Thank you yang
Nah munge
Quote Dwdrum 7-5-2024 07:59 AM
kepompong replied at 6-5-2024 03:39 AM
(i tolong jawapkan)
penyimbah asid tu.... kan ikut budaya org england...
The Hooligan  Boys (hoo ...

Simbah asic ini culture ummah south asia... Soccer hooligans la sis...my sister and BIL ini perangai ala hooligan ketika belajar di UK sekali aku dengan my adik kena dragged watch soccer package kena wears jersey etc LOL...

Thanks
Quote kepompong 7-5-2024 08:30 AM
Dwdrum replied at 7-5-2024 07:59 AM
Simbah asic ini culture ummah south asia... Soccer hooligans la sis...my sister and BIL ini perang ...

sorry . i salah tulis.  i nak ckp penyimbah acid ni ikut perangai the hooligan boys . not the act of simbah acid tu lah...... tapi buat kecoh disebabkan bola , tu dari (england) hooligan boys

jap i edit

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-5-2024 11:40 AM GMT+8 , Processed in 0.041951 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top