CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Bagaimana Nak Tegur Suami Malas Solat

18-12-2015 05:31 PM| Diterbitkan: CARI-SFG| Dilihat: 25080| Komen: 82

Description: Mungkin Allah kurniakan suami yang liat bersolat ini untuk memberi peluang si isteri untuk menambah pahala...


Oleh : Fyruz Hanna

Pasti ada diantara isteri yang mengeluh si suami yang liat untuk mengadap Allah. Tak diragukan bahawa hidup bersama seorang suami yang tidak mendirikan solat adalah menuju ke jalan kemungkaran. 

Ingatlah solat adalah perkara pertama yang akan dihisab oleh Allah .

Mungkin Allah kurniakan suami yang liat bersolat ini untuk memberi peluang si isteri untuk menambah pahala kebaikan. 

Anggaplah ia satu cabaran dalam kehidupan berumahtangga dan sentiasa berlapang dada untuk meneruskan mempercayai si isteri yang hbukan dengan hanya memremehkan hal-hal yang tidak perlu sahajabukan atas alasan yang tidak munasabah.

Dengan ini, anda harus sentiasa yakin dan adil kerana bukan selamanya anda berada di atas

CARI Infonet kongsikan cara yang boleh dilakukan isteri untuk mengajak suami mulakan solat.

1.Bangun solat malam meminta pertolongan Allah supaya dilembutkan hati si suami. Jangan cepat putus asa dan percaya si suami boleh berubah.

2. Mengajak ahli keluarga terdekat, saudara lelaki untuk sentiasa berkunjung dirumah dan pilihlah waktu-waktu dalam solat. Dapatkan kesepakatan antara ahli keluarga suapaya tidak memalukan si suami.

3.Menasihati dengan cara halus dan bukan memaksa si suami. Beli bahan bacaan buku kecil yang menjelaskan hukum orang yang meninggalkan solat di tempat biasa yang akan ditemui si suami.

4.Ubah waktu makan iaitu sesudah solat, jadikan ianya rutin.

5. Tolak ajakan suami
Walaupun senjata ini tidak digalakkan namun anda boleh tolak permintaannya maakn bersama, tidur bersama jika si suami masih lagi tidak menunaikan solat.
 
-CARI Infonet.
44

Bagus
29

Marah
20

Terkejut
38

Sedih
20

Lawak
23

Bosan

Friends Rank (174 people)

  • WilliLand

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mak_wa95 8-12-2015 11:14 AM
dah itu suami yg ko pilih..
redo je la...


'dosa dia ,dia yg tanggung,masuk kubur memasing.'

bukan aku kata, tapi g25 kata
Quote mdhelmi 8-12-2015 12:06 PM
first skali pastikan malaikat senang masuk rumah tu dulu
patung2 semua buang kalo xnk buang bole jadikan patung tu bola sepak dlm rumah...jgn dijaga dan dibelai

cukup sekadar setiap kali waktu cuma kata jom solat je kalo dia xnk cuma senyum je kat dia
mungkin adakan sikit usaha...20min sebelum masuk waktu tu buatkan sesuatu yg buat dia selesa, kopi panas ke, teh tarik ke...pastu bila masuk waktu try ajak
Quote prettyuglybabe 8-12-2015 12:26 PM
kalau dari sebelum kawin dah perangai liat solat, apa yang buat awak fikir lepas kawin dia akan rajin solat?
Quote bunga_lestari 8-12-2015 01:15 PM
hanya suami sendiri jer boleh ubah diri dia dr malas solat kepada yang rajin solat..

takperla tt, awk berdoa jer moga suami awk terbuka hatinya untuk berubah..

dan dalam masa sama tunjukkan contoh yang baik pada anak2.. pastikan anak2 tak ikut sikap bapaknya tu..
Quote de_ikea 8-12-2015 01:16 PM
Hmm maaf tanya. Dia pandai solat tak?
Quote bellaa 8-12-2015 01:32 PM
kadang saja tanya suami "abg ni huruf ape?" dia tenung lelame al-quran tu...hujung2 ankat bahu.

persolannya. dia reti solat x?

x terkejut pon kalo ada manusia yg x reti baca quran. apetah lagi x tahu amik wudhuk dgn proper.
sbb ada je background family yg x amik pedulik hal ibadah.

dari u pening kepala tanya pendapat org , baik u tanya dia bebetoi.

' abg reti dop solat? kalo x reti mai ayg ajarkan. ayg nak sama2 kita masuk surgaaaaaaaaaaaaa '

Quote rawahah 8-12-2015 02:40 PM
doa banyak2 je sis.. selebihnya serah pada Allah.. saya dlu liat juga solat.. tp tiap2 hari juga doa moga badan jadi ringan untuk beribadah..

dan mungkin juga doa isteri yg makbul..

Quote achicha 8-12-2015 04:06 PM
TT,

Mula mula TT tanyalaa husband baik2 dia tau solat tak? kalau die kata ingat2 lupa.. TT belikan buku belajar solat tu. Lepas tu kalau bacaan2 dalam solat yang die tak hafal tu..ajak dia menghafal sama2. Cakap nak jadi isteri dia dunia dan akhirat.. jadi nak sama2 ke syurga.

Lepas tu TT tunjukkan dengan diri TT solat awal waktu. Kalau waktu pergi jalan-jalan tu minta husband singgahkan mana mana masjid/surau cakap TT nak solat. Mungkin lama-lama terbuka hati dia nak solat.

TT kene doa banyak2 supaya Allah bukakan hati dia untuk bersolat.



Quote Genkidesuka 8-12-2015 06:58 PM
Bersabarlah ye TT.  Buatlah yg mcm kwn2 yg lain tu ckp.  Kwn2, marilah kita sama2 doakan semoga suami TT menjaga solat dan mengejar akhirat.
Quote tiramisuu 8-12-2015 07:41 PM
sape suka trima nasihat wpn btl..tgk diri sndr pn dh tau..anyway pnh terbaca cara org mudah berubah bila dia tahu bnde tu sndr..aku suggest ko bykkn dgr ceramah dlm kete/kat umah..solat awal/solat sunat..x perlu sound direct2..lagi la takkn buat
Quote Equalizer 8-12-2015 08:11 PM
mak_wa95 replied at 8-12-2015 11:14 AM
dah itu suami yg ko pilih..
redo je la...

Saya pernah nasihatkan kpd sorg kawan,
kalau nak cari laki, cari lah yg solatnya cukup 5 waktu, no less.
itu lah yg sepatutnya syarat paling minima yg diletakkan oleh sorg wanita kpd bakal suami.
kalau laki yg tak cukup solat 5 waktu, lelaki itu termasuklah dlm golgongan fasiq,
malah bukan fasiq kecil, ianya adalah fasiq yg sangat besar.
Solat bukan perkara main2; ianya adalah pembeza antara org Muslim dgn org kafir/syirik.

Saya pernah tanyakan pada kawan saya tadi,
laki macammana yg dia nak pilih utk dijadikan suami,
dia kata nak yg beriman dan boleh membimbing.
Sedangkan syarat atau kriteria yg mesti ada pada org yg beriman ialah cukup solatnya.

Saya pernah nasihatkan, kalau nak test org lelaki tu jenis pelihara solat,
try ajak dia keluar pada waktu dia period dan cari waktu yg akan berlanjutan antara 2 solat fardhu.
Misalnya kalau keluar sebelum zohor dan balik dah masuk waktu asar, atau pun keluar sebelum asar balik lepas maghrib.
Kalau laki yg jaga solatnya, mesti dia akan usahakan utk cari surau atau masjid berhenti solat.

Unfortunately kawan saya ni masih jugak pilih laki yg tak jaga solat, fasiq walau pun dari segi akhlaknya nampak mamat ni ok.
So salah siapa?
Bila bercinta, keutamaan bab agama tidak dianggap penting.
Atau pun ramai yg optimistik, bila dah kawin nanti laki akan berubah....
Kalau sebelum kawin tak boleh nak motivasi kan org laki utk jaga solat,
99% jangan harap lah org lelaki nak jaga solat lepas kawin.
Quote Equalizer 8-12-2015 08:18 PM
Sambung sikit...

Saya tanyakan pada kawan saya kenapa masih pilih lelaki yg tak pelihara solat.
Jawabnya ialah kerana payah nak cari atau jumpa lelaki yg pelihara solat.

Memang tak dapat dinafikan reality kini yg agak menyedihkan.

Tapi kan...
kalau nak cari pasangan yg ahli sukan, rajin2 lah ke gym, swimming pool, jogging trek, etc.
kalau nak cari pasangan yg kaki clubbing, pi la kat kelab2 malam.
kalau nak cari pasangan kaki karaoke, pi la pusat2 karaoke.
kalau nak cari pasangan yg beragama, cari dimana??
rajin2lah hadirkan diri di majlis agama, masjid, surau...
Quote mommymonster82 8-12-2015 09:29 PM
Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan. Surah at tahriim.. ayat 6.. cuba baca ulang2 kat depan suami..ckp kata klu abg xbuat sy takut sy pon sama masuk neraka....
Quote mak_wa95 8-12-2015 09:30 PM
Equalizer replied at 8-12-2015 08:18 PM
Sambung sikit...

Saya tanyakan pada kawan saya kenapa masih pilih lelaki yg tak pelihara solat.

betul tu,like

apa tu, yang selalu disebut,'pompuan yang baik utk lelaki yg baik'

bukan kata tt xbaik..mungkin ada yg xbetul di mana2..
so bykkan berdoa semoga suami diberi hidayah..
hidayah bkn dtg sendiri, kena usaha..

kalau suami xtau solat, jgn hina dia, ajar dia pelan2.....
ajar dgn cara mengajak bukan paksa.
tapi kalau dia dah mengaku terang2 n nak belajar,masa ni ko btl2 jadi tok guru la

Quote mommymonster82 8-12-2015 09:31 PM
Sy nasihatkn klu puan dah xboleh sabar pegilah jumpa kadi n minta pendpt..atau imam.. minta nasihat dri mereka... mcm mn nk buat..klu tidak puan kena sabar jerla n xhenti2 doa..
Quote sobsob 8-12-2015 10:26 PM
Kesiannnye kat laki ko..kesian jugak kat mak mentua yg dah meninggal..camne dah tua bangka sampai xkenal huruf ni.

Try la cari kelas mengaji/belajar solat untuk orang dewasa. Ajak la elok2..jangan marah2.. Xpela, ko anggap je la ko ni insan terpilih untuk bawak laki bertuah ko ke arah kebaikan. Kalau dapat stok laki bini x semayang kan lagi sedih. Sila doa banyak2 ye..

Tapikan aku macam xpuas hati la kalau x membebel. Ko ni bercinta lepas kawen ke ha? Sebelum kawen xpenah kuar dating?? Xkan xtau kot kalau org tu memang jenis x solat..mustahil kalau dah sakan berdating pas kawen buat2 terkejot lak perangai suami camni..
Quote kakikopi 8-12-2015 11:51 PM
betul tu kalau nak pilih suami carilah yg solat 5 waktu, kes TT ni dah terkahwin dah pun kan... tapi kan pernah trjadi dkt sahabat iols, dia ni anak imam masjid... bercinta dgn mamat manatah, masa bercinta berdating mamat tu solat je... so lepaslah kriterianya... tapi hari pertama kawen, pagi esok ajak solat subuh dah kantoi yang laki tu rupanya berlakon solat je selama ni dia siap mgaku.. so hiduplah dia dgn suami yg taknak solat, iols bengang sbb boleh pulak ye dia berlakon solat sepanjang kapel... agaknya dia masuk surau tu basuh muka basahkan lengan dgn kaki je kot... hujung2nya walaupun sahabat iols mcm redha dpt laki xsolat n tak makan nasihat diaorg bercerai jugak... iols rasa yg dpt ubah org taknak solat ni diri diaorg sendiri je, pak mertua imam pun tak boleh nak nasihatkan menantu, jadi malu alah pulak takut rumahtangga anak runtuh kot.. bukan iols suruh TT brcerai, tapi iols nak bagitahu TT yang benda paling susah atas muka bumi ni nak suruh orang beriman dgn ALLAH swt dgn rela hati diaorg.. pucuk pangkal diaorg tu yang sedar seksa kubur itu benarrrrr.... perkara pertama yg dihisab nnti adalah solat... tak solat, u direct go to hell lah jawabnya no second chance, kalau cakap bohong kerat lidah boleh masuk syurga lepas tu, xsolat mereputlah dlm neraka selama waktu tak solat tu... cer kata gitu kat hubby TT agak-agak dia seriau tak? semoga TT tabah dan hubby TT berubah jadi suami soleh dunia akhirat
Quote theotherfriend 9-12-2015 12:25 AM
Tt
Bab solat sgt sensitif. Ada yg solat tp mulut sgt gigih menyakitkan hati orang. For me, solat tu mncegah dr perbuatan mungkar. Kot solat tp hubungan dgn manusia dia ambik mudah sgt la kurang bermanfaat di situ.
As for ur husband, even though dia malas solat but tindakan dia g ambil wudu' n tersengih tu, means ada bunga2 harapan.
I speku dia x reti sembahyang sgt tapi xkan nak mengaku dpn bini. Kalau belikan buku solat tu, cari yg ada tulisan rumi, senang dia nak baca n hafal. Jgn nmpk mcm paksa sgt, jatuh ego dia nnt

Kot ada pokcik ke tok imam ke sedara mara yg tt percaya, mintaklah tolong mreka.aib suami harus dijaga, jgn pilih sebarang orang. All d best tt.
Quote aurorae 9-12-2015 10:08 AM
Betul tu, setiap waktu solat.  Ajak suami sekali, jangan jemu.  Tapi ajak sekali aje.  Kalau dia tak bergerak, biarkan.  Masuk waktu solat yg lain,  ajak lagi.  Dan paling penting, jangan jemu berdoa.  Doa seorang isteri yang benar2 ikhlas untuk suaminya, insyaallah diperkenankan.

Lelaki ada ego sendiri, tak suka dipaksa, tak suka disindir.  Lagi disindir, lagi kuat egonya.  Lagi dia tak buat.

Lihat semua komen(82)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 06:18 AM GMT+8 , Processed in 0.061399 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top