CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Bercinta Dengan Kawan Rapat, Baik ke Buruk?

19-1-2016 12:53 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 10286| Komen: 25

Description: Mungkin anda sudah mempunyai kawan rapat yang dikatakan akan membuatkan anda mabuk dalam alam percintaan, namun kerana risau setelah menjadi kekasih, akan kehilanagn seorang kawan rapat sehingga berad ...

Oleh : TS LOO





Apa perasaan bercinta dengan kawan rapat? Ini merupakan keraguan kebanyakkan orang yang terpendam di isi hati. 


Mungkin anda sudah mempunyai kawan rapat yang dikatakan akan membuatkan anda mabuk dalam alam percintaan, namun kerana risau setelah menjadi kekasih, akan kehilanagn seorang kawan rapat sehingga berada dalam situasi serba salah. 


Berikut adalah 7 perkara yang akan berlaku jika bercinta dengan kawan rapat, mungkin anda akan sedar bahawa dapat menemui kekasih yang berhubungan seperti kawan rapat adalah sesuatu perihal yang sungguh bertuah. 



1) Anda lebih memahami antara satu sama lain berbanding orang lain
Anda tidak perlu memikirkan sangat kegemaran dan apa yang tidak disukai pasangan anda. kerana kamu berdua memang kawan rapat. Persefahaman antara kamu berdua memang mendalam berbanding kekasih lain. 

Apa yang dia suka makan, topik apa yang dia benci, rupa bentuk kawannya atau apakah kesukaran pekerjaannya, semua perkara tersebut perlukan masa untuk diketahui buat kekasih lain tapi bagi kamu berdua langsung tidak menjadi masalah. 



2) Anda berdua akan mempunyai lebih masa untuk bersama.
Lazimnya tidak puas keluar bersama kawan rapat? Perkara tersebut tidak akan menjadi masalah lagi kalau bersama kawan baik yang kini sudah menjadi kekasih. Kamu berdua boleh mempunyai lebih banyak masa bersama. 


3) Anda tidak perlu risau lagi wajah sebenar diketahui 
Kebanyakkan orang akan menyembunyi sifat sebenar dirinya, semata-mata ingin memaparkan imej yang terbaik di depan kekasihnya. Biasanya rasa risau pasangan tidak dapat menerima sifat sebenar diri sendiri. Tetapi bersama dengan kawan rapat, anda langsung tidak perlu risau masalah ini, sebab kamu berdua pada asalnya sudah mempunyai persefahaman yang secukupnya.



4) Lebih Memudahkan Ketika Menjamu Selera Bersama Si Dia 
Anda berdua semestinya akan mempunyai topik perbualan yang tiada penghabisan dan rahsia yang hanya anda berdua saja yang tahu. 


Kamu berdua tidak akan seperti sesetengah kekasih rasa kurang selesa ketika menjamu selera. Kamu berdua boleh berbual apa saja hal yang menyeronokan dan topik yang mengasyikan.


5) Perterlingkahan lagi mudah berlaku daripada apa yang anda fikirkan
Walaupun kamu berdua merupakan kekasih dan juga sahabat, nilai hidup dan pemikiran memang akrab, tapi ianya tidak bermakna kamu berdua tidak akan berlaku perselisihan faham atau bergaduh kerana perkara seumpama ini amat biasa bagi mana-mana pasangan kekasih. Kadang-kala bertelagah membolehkan kamu berdua dapat menyuarakan isi hati yang lama terpendam dan juga mengambil peluang berkomunikasi sebaik mungkin. 




Walau bagaimanapun, taat setialah pada hubungan mesra yang telah terjalin bersama kekasih, pilihlah orang yang anda betul-betul ada perasaan cinta. sayangilah si dia dengan sepenuh hati. - CARI Infonet
32

Bagus
6

Marah
15

Terkejut
25

Sedih
23

Lawak
24

Bosan

Friends Rank (125 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote blackwidowbae 19-1-2016 02:22 PM
Kalau dah jodoh makcik terima dengan redho
Quote antidote 19-1-2016 03:05 PM
kalau boleh undur masa, mmg taknak bercinta dgn kawan rapat..
tapi kalau dah jodoh terima aje..
cuma rindu kawan yg dulu.. yg bukan bf aku tu..yg kawan aku tu!
Quote cHimo 19-1-2016 05:55 PM
Sy tak berani...
Quote devilito2 20-1-2016 04:06 PM
ok jugak... dah kenal banyak...
Quote miszclassique 20-1-2016 11:36 PM
For me, better say no bercinta dengan kawan rapat niii. memang lah seronok sbb dah kenal semua tapi bila dah bercinta ni keadaan akan jadi lain sebenarnya lagi2 kalau hubungan tak menjadi
Quote nitrotech 21-1-2016 01:04 PM
Kalau dah jodoh x kemanaa.bak kata org.jodoh kita ade depan mata je.kite je yg x nampakk
Quote Hsn3 21-1-2016 07:55 PM
Ada baik Buruknye. Pikir2kan la dulu
Quote eileen80 22-1-2016 11:10 AM
bercinta dgn kawan rapat?
kebaikan:
1. dah knl perangai.
2. serasi
3. tau minat & kesukaan
4. xsusah nak develop rs syg

keburukan:
1. bile b'laku perpisahan, hbgan sbg kawan rapat jgk akan t'putus.
2.  bg kesan kpd hbgan dgn kwn2 laen.

* hubungan yg bermula sbg kawan rapat boleh berakhir dgn percintaan. tp hubungan yg bermula dengan percintaan, andai berlaku perpisahan.. pasangan tersebut agak sukar utk kawan rapat.

@ipes2
sy tinggalkan jejak nie.
Quote le.el 22-1-2016 10:12 PM
Best jerr bercinta dgn kwn rapat. At least memasing dh kenal perangai masing masing tak payah nk fake2 sangat.
Tp ada jugak buruknya. Kesimpulannya pikiaq la bebaik.

Teringt pulak kenangan bercinta dgn kwn rapat iolls sendiri.alhamdulillah berkekalan
Quote sue_0684 23-1-2016 09:55 PM
risiko.kalau x menjadi.mmg x best dah nk kwn balik.awkward
Quote ipes2 27-1-2016 12:14 AM
eileen80 replied at 22-1-2016 11:10 AM
bercinta dgn kawan rapat?
kebaikan:
1. dah knl perangai.

Seronok agaknya bercinta dengan kawan, pernah jugak dulu; tak menjadi.. tapi kekal sebagai kawan kejap; then drifted apart.
Overall, saya rasa banyak jugak keindahannya.

E punya experience macam mana ya?
jugak, pendapat E.

maklumlah, E kan masih berpeluang untuk bercinta.. beruntungnya dia..
Quote eileen80 27-1-2016 08:48 AM
ipes2 posted on 27-1-2016 12:14 AM
Seronok agaknya bercinta dengan kawan, pernah jugak dulu; tak menjadi.. tapi kekal sebagai kawan k ...

sy xpnh b'cinta dgn kawan rapat lah, ipes.
sume bf sy mmg rapat dgn sy utk tujuan jd bf.
t'lalu byk sampai dah xcerita dah experiences tu.

skrg xmo ingat2 lg.
move on. tumpukan kpd ape yg ade skrg.
rupenye best jgk bile xt'ikat dgn sape2.
kite bebas wat ape2 keputusan yg kite rs elok.
Quote ipes2 28-1-2016 12:24 AM
eileen80 replied at 27-1-2016 08:48 AM
sy xpnh b'cinta dgn kawan rapat lah, ipes.
sume bf sy mmg rapat dgn sy utk tujuan jd bf.
t'lalu  ...

saya tau, tapi kekaang terikat pon bagus jugak

eh tak skodeng ex BF ke?
depa sure lembut hati kat E sebab ye lah ex GF
Quote Mary_jane 30-1-2016 01:36 AM
Tak best sebab kawan laki yang lain jeles sokmo.
Quote azimodin 3-2-2016 11:51 AM
Sebenarnya agak bahaya kalau terputus. Meouls pernah bercinta dgn BFF years after he dated one of my GFF. Sekrang ni 3-3 jadi awkward bila jumpa. Masa heouls meluakan perasaan, I ingat itu la saat yg I tunggu2.. sbb I mmg dah lama giler suka kat dia. X sampai sebulan, meouls rasa ktorg still tersekat di friendzone.. akhirnya masing bawak haluan sendiri.

I & my husband pon kawan jugak cuma bezanya ktorg xjadi kawan baik..terus jump jadi couple. Kebetulan masa zaman study pon dia dah terbiasa melihat perangai "senget" iouls, jadi dia sgt memahami sama seperti BFF gitu.
Quote FARRAZOOL 3-2-2016 03:04 PM
bergantung pada individu tu sendiri
Quote caca_eric 11-2-2016 01:20 PM
kawan baik - dia tak heran .. tak pernah pujuk klau saya merajuk..
sbb dia tau sy akn baik sendiri
silent treatmnt x prnh berjya
Quote free_username 11-2-2016 03:50 PM
berdasarkan pengalaman, i think its better .... tahu baik buruk dan dpt terima kelemahan kita... bila makin lama berkawan sama2 boleh sabar dgn kelemahan...sama2 boleh bahagia dengan kelebihan masing2
Quote mokcikKSKB 11-2-2016 10:29 PM
Xpernah bercinta ngan kawan rapat.kwn rapat dulu syok kat aku tp aku geli..so aku menjauh.last2 jd x rapat sampai bertahun.aku kawen dia pon makin jauh..lps tu 2013 dia meninggal dunia dlm keadaan masih bujang.rasa terkilan sbb menjauh dr dia..smg Dia ditempatkan di kalangan mukmin.

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 03:44 PM GMT+8 , Processed in 0.061589 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top