CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Penambah Selera Mana Yang Paling Anda Suka?

4-2-2016 03:23 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 12230| Komen: 17

Description: Kata orang, tak lengkap jika makan nasi tanpa sambal atau penambah selera lain seperti budu.

Oleh : Dean BZ


Kata orang, tak lengkap jika makan nasi tanpa sambal atau penambah selera lain seperti budu.


Lain tempat lain citarasa, jadi dalam banyak-banyak penambah selera di bawah, yang mana paling anda suka. Disini juga penulis kongsikan cara mudah nak buat sambal dan penambah selera ini. 


Budu


Bahan2 :

Cili padi

Bawang merah

Asam limau


Cara2 :

Campurkn budu dengan cili, bawang merah..

Pecahkan cili dengan jari

Perahkan asam limau



Cencaluk


Bahan2 :

Cili padi

Bwang merah dimayang

Asam limau kasturi @ limau nipis


Cara2 :

Masukkan cencaluk dalam bekas

Campurkan hirisan cili padi & bawang

Perahkan asam limau



Sambal belacan kulit limau

Yang ni paling senang.

Blend kering je cili padi, Cili merah besar,sedilit gula, garam & belacan yang telah dibakar

Perahkan asam limau nipis @ kasturi

potongkan kulit limau kasturi

Campurkan dalam sambal belacan

Wangi you...



Sambal Kicap Cili Potong


Bahan2 :

Cili padi dipotong

Bawang merah dimayang

Kicap manis

Asam limau kasturi @ limau nipis


Cara2 ;

Campurkan kicap dengan bahan2

Perahkan asam limau.



Sambal Tempoyak


Bahan2 :

Cili padi

Garam kasar

Tempoyak


Cara2 :

Tumbuk cili padi dengan garam kasar.

Kemudian camprukan dengan tempoyak.



Air Asam Lada Picit


Bahan2 :
Cili padi
Sedikit belacan yang telah dibakar
Sedikit Asam jawa
Gula
Garam
Sedikit Air masak

Cara2 :
Masukkan semua bahan dalam mangkuk.
Masukkan sedikit air masak.
Picit dan pecahkan cili dan bahan2 dengan hujung jari


Sambal Gesek


Bahan2:

Cili padi

Garam kasar

Ikan bilis

Limau kasturi @ limau nipis


Cara2 :

Tumbuk cili padi dengan garam kasar..dah agak hancur cili tu, masukkan pula ikan bilis,yang dah siap basuh..

Tumbuk kasar..

Perahkan asam limau..



Sambal kuinin


Bahan2 :

Cili padi

Lada merah besar

Sedikit belacan yang sudah dibakar

Garam

Buah kuinin masak

Sedikit gula


Cara2 :

Tumbuk cili padi, lada merah besar

campurkan belacan, garam dan gula,

Kemudian bila cili sudah hancur masukkan buah kuinin masak



Sambal ikan bilis petai + tempoyak


Bahan2

2 cawan ikan bilis

1 cawan petai

1/2 cawan tempoyak

2 labu bawang besar dimayang

20 biji cili api*

4 ulas bawang putih* ( bahan bertanda * ditumbuk hancur)

Sedikit garam dan gula


Cara2 :

Goreng ikan bilis dan petai sehingga garing dan ketepikan.

Tumis cili dan bwg putih yg telah ditumbuk.

Masukkn tempoyak.

Kemudian rasakan garam dan gulanya.

Masukkn ikan bilis dan petai yang telah digoreng tadi.

Akhir sekali masukkan bawang



Ikan pekasam

Bahan2 :

Ikan pekasam

Bawang merah dimayang

Cili padi dipotong2

Asam limau


Cara2:

Ikan pekasam goreng

Masukkan cili dan bawang

Perahkan asam limau..


Sambal belacan.

Yang ni paling senang.

Blend kering je cili padi, Cili merah besar,sedilit gula, garam & belacan yang telah dibakar

Perahkn asam limau nipis @ kasturi



Semua diatas nampak sedap hingga kecur liur dibuatnya. Jadi, mana satu yang paling anda gemari? - CARI Infonet.





Sumber - Resepi Orang Kampung

12

Bagus
7

Marah
6

Terkejut
18

Sedih
12

Lawak
9

Bosan

Friends Rank (64 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Tihafi 4-2-2016 04:04 PM
menetes air liur. Sambal kicap, tempoyak ngan petai tempoyak,pekasam. memang memecah selera betul.
Org perak takleh tinggei ngan poyak dia tu. hehehehe
Quote krustykrab 4-2-2016 04:45 PM
cissss..dah la tgh posa ni

melelh ayag liuq tgk
Quote Mary_jane 4-2-2016 05:12 PM
Air asam paling match dengan ikan bakar. Selalu dinner cicah sambal belacan je, kalau dah malas sangat buat cili potong je. Sambal kicap bawang putih ala indo pun sedap.
Quote ch3ngkoy 4-2-2016 06:07 PM
sambal gesek...herghh..nak lagi sedap goreng sikit dgn minyak..
Quote turboturtle 4-2-2016 07:17 PM
Sambal gesek tu negeri mana punya .
Quote Ipo 4-2-2016 07:28 PM

saya suka semua yang di atas

nak tambah satu lagi...Sambal Hitam dari Pahang
Gambar-Sambal-Hitam-Pahang.jpg

Belimbing buluh
ikan bilis
cili padi
garam gula
Quote 4everMore 4-2-2016 08:17 PM
Sambal yg mmg sentiasa ade dlm fridge ialah sambal tomato ala penyet tu sbb suami suka n belacan tak kuat sgt. Lg satu sambal bilis tumis cili padi style buat kering..klu ade petai,letak sekali.
Ade lg satu sambal sy bljr drpd org sabah,sambal tumis cili padi udang kering..sedap jugak.
Quote 4everMore 4-2-2016 08:30 PM
Ipo replied at 4-2-2016 07:28 PM
saya suka semua yang di atas

nak tambah satu lagi...Sambal Hitam dari Pahang

Sis,ade resepi kwn sy ajar letak kicap..boleh ke?belimbing tu sy da rebus kering ngn garam saje. Mmg hitam..n melekat plak garam tu dgn belimbing ni.
Quote Ipo 4-2-2016 10:45 PM
4everMore replied at 4-2-2016 07:30 PM
Sis,ade resepi kwn sy ajar letak kicap..boleh ke?belimbing tu sy da rebus kering ngn garam saje. M ...

tak tahu pulak kalau bubuh kicap..
selalunya belimbing buluh direbus sampai jadi hitam...bubuh sikit je air..dan garam..
dah jadi hitam tu baru angkat dan goreng dulu ikan bilis tu..
baru tumbuk sekali dengan belimbing buluh rebus dan cili padi, garam dan gula sikit..tak ada bubuh kicap..
kicap tu untuk bagi hitam kot..atau rasa..
Quote 4everMore 5-2-2016 06:56 AM
Ipo replied at 4-2-2016 10:45 PM
tak tahu pulak kalau bubuh kicap..
selalunya belimbing buluh direbus sampai jadi hitam...bubuh si ...

Sy ni tak suka kicap sgt sbb tu klu letak dlm sambal ni mcm kacau rs sambal ni je.
Ok tq sis!
Quote imransulaiman 11-2-2016 07:43 PM
Sambal kuinin dengan ikan goreng sedap hingga menjilat pinggan

Teringat awek Tapah
Quote Daisyna 12-2-2016 10:53 AM
budu ttp menjadi pujaan
Quote miskay 17-2-2016 01:02 PM
paling win sambal belacan dgn sambal tempoyak la
Quote nuhanis 13-3-2016 11:34 AM
Sambal kuini sedap gilos. Dia rasa pedas2 manis...makan pulak dengan ikan goreng panas2..pergh...
Quote EncikRhoma 14-3-2016 01:42 PM
motip aku baca sambal gesek jadi sambal ngeseks
banyak2 sambal, sambal kuinin la rasanya yg sedap. Cicah pulak dengan ulam-ulaman. Tapi susah la nak cari kat kl ni
Quote MistrezHermanaz 14-3-2016 03:10 PM
sambal kuinin buat teringat kt masakan mak..kt kl susahnye nk dpt buah kuinin..ingat lagi lepas pantang anak kedua,mak bg bekal buah kuinin tp x bg iols mkn nnt bentan katanya..so tgk je la hubby meratah buah2 tersebut
Quote Rainrein 13-4-2016 08:08 PM
Sedapnye semua. Tapi x penah makan lagi sambal kuinin ngan sambal hitam.

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 04:54 PM GMT+8 , Processed in 0.187040 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top