CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Abah Dihina, Jadi Bahan Jenaka Netizen - Anak Bashah Bersuara

5-2-2016 09:50 AM| Diterbitkan: CARI-IIN| Dilihat: 24320| Komen: 226

Description: Azira Hafiza Ahmad Bashah memuat naik status berbaur kecewa apabila bapanya dicerca
Oleh Izzah Abbasy

Baru sahaja dua hari Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah dilantik Menteri Besar Kedah, namun telah banyak cercaan dan hinaan yang dibuat di media sosial terhadapnya.

Anak kepada Menteri Besar Kedah, Azira Hafiza Ahmad Bashah memuat naik status berbaur kecewa pada Khamis apabila bapanya dicerca sebagai ‘kaki tidur’ dan ‘hanya punya SRP’ susulan perlantikan Ahmad Bashah sebagai Menteri Besar Kedah yang baharu bagi menggantikan Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir.

Azira turut bersedih apabila kelulusan bapanya menjadi satu penghinaan dan bahan jenaka netizen.


“Ya. Abah sekolah tak tinggi. Tak ada Master, tak ada PHD, apatah lagi diploma, bukan kelulusan luar negara, apatah lagi ahli motivasi/professional trainer. Haha. Sebab abah yang kena ambil alih tugas seorang ayah untuk keluarga dia. Jaga kakak, dan adik-beradik lain lepas ayah abah meninggal. Kerja jual telur ayam, jual durian, kelindan lori, you name it. Tapi kalau tengok adik-beradik abah Alhamdulillah semua berkelulusan tinggi dan ada yang dari luar negara.

Malah Azira turut mempersoalkan penghinaan yang diberikan netizen terhadap bapanya yang dianggapnya keterlaluan kerana ramai tidak tahu mengenai pengorbanan bapanya.

“Siapa yang tengok dan tahu susah payah dia dan jentera yang lain lepas Kedah kalah dalam sejarah dulu. Bila nak dekat GE13 anak-anak tak payah cakap, berapa hari yang kami dapat jumpa sembang dengan abah. Nak jumpa pun tak menyempat.

“Kalau abah ada salah dan silap dengan Mukhriz, and vice versa saya tak berapa risau sebab mereka boleh sama-sama minta maaf. Cuma keyboard warriors yang maksum dan confirm masuk syurga dah ready nak berjumpa dekat padang masyar nanti? Sesiapa yang sungguh tak berkenan dekat abah, saya sarankan berdoalah pada Allah. Sesungguhnya doa “rakyat teraniaya” tiada hijab.”

"InsyaAllah, saya wakil dari ahli keluarga meminta maaf dan memaafkan anda semua yang memaki, mencaci memfitnah sebab anda semua tak kenal abah. Takpa lah, abah dah takda mak ayah untuk dapat dakapan syahhhdu seorang ibu/bapa pemberi semangat dan ditenangkan macam dia. Tapi abah ada kami. Saya juga doakan isteri/suami/anak/ahli keluarga keyboard warriors sihat hendaknya serta dirahmati Allah dunia akhirat, dapat belajar oversea dan tidak dipanah petir." - CARI Infonet

Kredit Foto : FreeMalaysiaToday



8

Bagus
2

Marah
2

Terkejut
4

Sedih
5

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (26 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bluehedgehog 4-2-2016 02:37 PM
so, cant take it?
then be a normal folk la...dont be mb...puih
Quote kenarikelabu 4-2-2016 02:37 PM
Anak bini Ahmad Maslan relax je....takde pun bising2.
Quote mariamaria 4-2-2016 02:38 PM
adatla tu...tak nak kena kecam jgn jadi ahli politik
Quote tentera_laut 4-2-2016 02:39 PM
kenarikelabu replied at 4-2-2016 02:37 PM
Anak bini Ahmad Maslan relax je....takde pun bising2.

dia dah biasa.. so dah lali
Quote MeghanK 4-2-2016 02:40 PM
dik, cakap kat abah hang, kalau takmau kena kutuk..resign je duk rumah jaga anak cucu
Quote saladin780 4-2-2016 02:41 PM
hek eleh..feeling blessed la sangat

Quote honeybee1802 4-2-2016 02:42 PM
kenarikelabu replied at 4-2-2016 02:37 PM
Anak bini Ahmad Maslan relax je....takde pun bising2.

Hahaha....ni peel mcm anak pak jahid jekkk....kalo nko tak ngadu kat media sosial takde saper kisah pin rsnya...
Quote mikasa 4-2-2016 02:42 PM
anak najib relax je...



anak pulak lebih2...
bukan aku ternampakviral  bapak dia tido lagi ker
Quote batmana 4-2-2016 02:42 PM
orang tk kisah la, dia spr ka, pmr ka, upsr ka apa.

atau dia kaki tido ke kaki bola ke kaki bangku ke apa.

tapi org kisah, apa sebab muhriz tu tkdpt sokongan dari dia, smpai muhriz kene letak jawatan?

apa muhriz luluskan projek bauksit ka?, smpai alam tercemar?

apa muhriz ada skandal dgn pmpn mongolia ka?, smpai letup berkecai bagai?

apa muhriz ada dpt derma dari kerabat arab 2.6 billion ka?.


ni yg org kisah, ternyata anak si basha ni jenis duduk dlm tempurung, pi claim org hina bapanya plak, padahal dia sendiri tak paham isu. bahlul sungguh..
Quote sarahmirza 4-2-2016 02:43 PM
Kecoh. Publisiti murahan. Macam dia seorang anak menteri yang dicerca.

Quote FARRAZOOL 4-2-2016 02:43 PM
Macam good good jerk
Quote fifie_olin 4-2-2016 02:44 PM
raih simpati
Quote EJALTI 4-2-2016 02:45 PM
Lagik sorang anak politician mencapub ala2 tersiksa jiwa raga...

Weeiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii ada ramai lagi ayah rakyat marhein yang bertungkus lumus carik makan sampai ada berjimat cermat tahap gaban nak bagi makan anak2....
Quote ChildrenOfBodom 4-2-2016 02:45 PM
lumrah dunia poliitaik yg keji, kotor, hina dan jijik...
cashlah utk bapak hg, sapa suruh nk jd politicians dengan mmpunyai SRP..
Quote Cyempaka 4-2-2016 02:46 PM
bencinya aku anak2 menteri jenis melebih2 ni..pak hang baru naik jd mb ja kot, xpayah nak merempan lebih2 mohon perhatian sangat.. xtahan kalu suruh pak hang letak jawatan...rakyat pun bkn mau sgt kat dia
Quote merahrose 4-2-2016 02:47 PM
.dh bapak ko nk sgt jd MB hadap la cacian masyarakat...xda 1 pjian pn aku dgr psal bapak ko.
Quote Bedah.Cun 4-2-2016 02:48 PM
Hello yang, ade pepatah from film Tamil tajuk Thirupati cakap, "Najis (politics) memang tak berbau busuk kepada babi". So, kalau kau bukan pemakan najis then tak payah lar cium bau politics. Tak payah nak play victims sangat lar, menyampah I dengan stok2 play victim penagih simpati neh. Kau cuma membuktikan conception British terhadap elit2 Melayu baru neh termasuk dengan pencacai2 diorang sebagai bodo, pemalas dan tau nak hidup senang jer. I agree jer sebab benda nie memang applies pun kat ngkau, while Melayu2 commoners biase tak termasuk dalam conception British yang disayangi tue
Quote Vermicelli 4-2-2016 02:49 PM
Selama mana bapak  ko mengetuai gerombolan to oust MM....ko tidur kah?

Quote immi 4-2-2016 02:49 PM
Hailaaaaa....dh abahnya dpt jd MB tu diam2 je la...ucapkan Alhamdulillaaah byk2 hari2 tiap2 minggu

Lihat semua komen(226)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 01:41 PM GMT+8 , Processed in 0.250896 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top