CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Bahan Mudah Untuk Hilangkan Gigitan Nyamuk Anak!

5-4-2016 05:03 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 4336| Komen: 1

Description: Lebih wajar menggunakan rawatan semula jadi yang bukan sahaja lebih berkesan dan selamat untuk semua peringkat usia termasuk anak kecil malah kebanyakan bahan-bahan tersebut ada di dalam dapur rumah a ...

Oleh : TS LOO


Bagi bayi dan kanak-kanak, banyak kesan buruk yang mungkin membawa maut boleh dialami akibat gigitan nyamuk seperti nyamuk aedes yang amat bahaya.

Jika anak mempunyai jenis kulit yang sensitif, gigitan nyamuk boleh memberi kesan buruk seperti kegatalan, bengkak dan ruam merah yang berpanjangan apatah lagi jika si kecil terus menggaru kesan gigitan itu.

Berikutan penggunaan ubat moden untuk menghilangkan kesan gigitan nyamuk kadang kala boleh menyebabkan kesan negatif kepada si kecil jika dia jenis kulit yang agak sensitif. 

Justeru itu, adalah lebih wajar menggunakan rawatan semula jadi yang bukan sahaja lebih berkesan dan selamat untuk semua peringkat usia termasuk anak kecil malah kebanyakan bahan-bahan tersebut ada di dalam dapur rumah anda.



1. Bawang Putih
Letakkan sedikit bawang putih segar pada kawasan gigitan nyamuk, biarkan beberapa minit sehingga rasa gatal hilang, kemudian basuh kawasan itu dengan air.



2. Ubat Gigi

Pepermint dalam ubat gigi menyejukkan kulit. Sapu sedikit ubat gigi pada kawasan gigitan dan biarkan sehingga ia kering, kemudian baru basuh dengan air.


3. Cuka
Cuka terbaik untuk digunakan adalah cuka sider epal. Rendam bebola kapas dalam cuka dan letakkan pada kawasan gigitan nyamuk. Selepas beberapa minit anda akan berasa lega.


4. Lemon
Perah sedikit jus lemon atau limau nipis terus ke kawasan gigitan. Cara ini dapat mengelakkan anda berasa gatal dan menyengat. Anda juga boleh sapu kulit lemon pada kawasan sengatan. Hasilnya tetap sama.


5. Madu
Sapu sedikit madu pada kawasan digigit nyamuk. Madu mengelakkan jangkitan dan mengurangkan sensasi kegatalan dan sengatan.


6. Aloe Vera
Pokok aloe vera memppunyai banyak kegunaan perubatan, dan ia sangat berkesan untuk mengurangkan simptom kesan gigitan serangga. Letakkan sedikit gel aloe vera atau daun aloe vera pada kesan gigitan. Ia bukan sahaja mengurangkan rasa gatal, tetapi ia turut mempercepatkan proses penyembuhan kulit.

Apa salahnya mencuba kerana semua bahan yang tersebut di atas adalah murah harganya, mudah diperolehi dan selamat diguna pakai untuk kulit si manja.- CARI Infonet




sumber info: http://www.tipsbermanfaat.com/
13

Bagus
11

Marah
10

Terkejut
7

Sedih
13

Lawak
7

Bosan

Friends Rank (61 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kuzaime 5-4-2016 05:32 PM
try sapu minyak angin pun ok..biasa buat..

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 05:50 PM GMT+8 , Processed in 0.255815 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top