CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Rompak jiran: Buruh binaan dipenjara, disebat

18-7-2013 10:48 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 3131| Komen: 5

Description: KOTA BHARU - Padah merompak bersenjatakan parang ke atas seorang wanita yang menetap satu taman denganya, seorang buruh binaan dihukum penjara enam tahun dan dikenakan empat sebatan oleh Mahkamah Sesy
KOTA BHARU - Padah merompak bersenjatakan parang ke atas seorang wanita yang menetap satu taman denganya, seorang buruh binaan dihukum penjara enam tahun dan dikenakan empat sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini.

Nor Alesham Zakaria, 34, dari Taman Seri, Pengakalan Chepa mengaku merompak rantai tangan bernilai RM5,000 milik Wan Zuleha Wan Ab Kadir, 58, antara jam 3 dan 3.15 pagi, 18 Januari tahun lalu.

Dalam kejadian itu, mangsa terjaga dari tidurnya ternampak seorang lelaki iaitu tertuduh memakai topi keledar bertutup muka berada di dalam biliknya.

Sejurus menyedari mangsa terjaga, tertuduh terus menerkam dan mengacu parang ke lehernya.

Tertuduh juga mengarahkan supaya mangsa mendiamkan diri dan meminta gelang yang dipakai.

Akibat enggan menyerahkannya, tertuduh kemudian mencekik leher mangsa dan memotong gelang itu dengan parang.

Tertuduh juga meminta wang tetapi mangsa memberitahuinya dia tiada mempunyai wang sebelum dia kemudian lari melalui pintu belakang.

Sementara itu, semasa prosiding,  tertuduh melalui peguam bela, Subairi Salleh memohon hukuman ringan berikutan dia sudah insaf dengan kesalahannya itu.

“Tertuduh masih bujang dan hanya berpendapatan sekitar RM600 sebulan.

"Tertuduh anak kedua dari enam adik-beradik dan masih diperlukan keluarga,” katanya.

Timbalan Pendakwa Raya negeri, Intan Nur Hilwani Mat Riffin bagaimanapun memohon hukuman setimpal dengan kesalahan yang dilakukan.

10

Bagus
14

Marah
8

Terkejut
13

Sedih
6

Lawak
9

Bosan

Friends Rank (60 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote izamahmed 18-7-2013 07:59 AM

Rompak jiran: Buruh binaan dipenjara, disebat
Quote kakikuDibibirmu 18-7-2013 08:05 AM
Kelantan darul rompak
Quote izamahmed 18-7-2013 08:07 AM
6 tahun raya di penjara
Quote dreamy_forest 18-7-2013 08:08 AM
served him right....
Quote izamahmed 18-7-2013 08:11 AM
teringat aku kes dulu, lelaki bunuh anak angkat tunang cuma penjara 5 tahun~

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 03:00 PM GMT+8 , Processed in 0.238557 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top