CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Misteri & Sejarah Lihat artikel

Misteri Hantu Krew Pesawat 401

18-7-2013 01:20 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 13847| Komen: 35

Description: Malam 29 Disember 1972, penerbangan pesawat 401 Eastern Airlines berlepas dari Lapangan Terbang New York menuju Miami, membawa 163 penumpang bersama 13 orang krew. Pesawat jenis jet Tri-Star (Lockheed ...


Malam 29 Disember 1972, penerbangan pesawat 401 Eastern Airlines berlepas dari Lapangan Terbang New York menuju Miami, membawa 163 penumpang bersama 13 orang krew.

Pesawat jenis jet Tri-Star (Lockheed L-1011) itu baru empat bulan beroperasi. Dipandu oleh juruterbag berpengalaman, Kapten Robert Loft dibantu juruteranya, Donald Repo.

Tetapi, pesawat itu mengalami masalah apabila rodanya tidak berfungsi. Loft dan Repo bertungkus-lumus cuba membaiki kerosakan. Belum sempat diatasi, pesawat itu menjunam ke kawasan berpaya, tersasar lebih 30 kilometer dari landasan Miami.








Tragedi itu telah mengorbankan 101 nyawa. Kapten Loft dan juruteranya, Repo turut terkorban. Pesawat itu mengalami kerosakan teruk, namun tidak terbakar.

Setelah siasatan berkaitan insiden itu selesai, bahagian yang masih boleh dipakai daripada bangkai pesawat telah diambil, lalu dipasang ke dalam pesawat lain.

Dan di sinilah misteri bermula!

Sejak itu, para krew penerbangan mula melihat kelibat bayang-bayang roh Kapten Loft dan Repo dalam pesawat yang menggunakan komponen daripada bangkai pesawat 401 itu.

Bayangan kedua-dua mereka dikatakan dilihat jelas. Bahkan, bukan hanya krew tetapi para penumpang juga sering melihat kelibat mereka. Ramai krew penerbangan yang tidak perasan telah bercakap dengan Loft yang mereka sangka adalah juruterbang yang bertugas ketika itu.

Seorang juruterbang dan dua krew penerbangan bercerita, mereka bukan saja melihat, malah berbicara dengan Loft sebelum pesawat berlepas.

Di depan mata, mereka saksikan kelibat Loft tiba-tiba hilang menyebabkan mereka menggigil ketakutan sehingga penerbangan waktu itu terpaksa dibatalkan.

Pernah seorang penumpang wanita melihat seorang lelaki duduk di sebelahnya. Lelaki itu berpakaian seragam jurutera syarikat penerbangan yang sama. Wajahnya pucat dan sekadar diam membisu. Tiba-tiba, lelaki itu ghaib di depan mata menyebabkan wanita itu menjerit ketakutan.

Kepada krew bertugas, wanita itu menceritakan apa yang telah disaksikannya. Lalu mereka tunjukkan foto Repo kepada penumpang wanita itu. Dia mengakui, itulah lelaki yang dilihatnya ghaib secara tiba-tiba tadi.

Pada masa yang lain pula, sewaktu seorang jurutera sedang memeriksa pesawat sebelum berlepas, muncul kelibat Repo lantas berpesan: "Jangan risau. Aku sudah memeriksanya. Semuanya baik". Sejurus selepas itu, Repo hilang begitu saja.

Seorang krew juga pernah melihat kelibat Repo dengan seragam juruteranya sedang membetulkan peralatan ketuhar yang rosak dalam pesawat.

Di waktu lain, seorang jurutera yang turun ke bahagian bawah kokpit untuk memeriksa bunyi yang didengarinya tiba-tiba melihat Repo turut berada di situ.

Kisah lain, seorang krew melihat wajah Repo yang memandangnya pada kaca ketuhar di dapur pesawat. Lantas dia memanggil dua orang rakan. Salah seorang daripadanya adalah jurutera yang juga rakan kepada Repo untuk melihat sendiri bayangan pada ketuhar itu.

Jurutera itu mengakui, itu adalah wajah Repo. Malah, ketiga-tiga mereka sempat mendengar Repo menyuruh mereka meninggalkan kapal: "Hati-hati dengan api diatas pesawat ini".

Tidak lama kemudian, pesawat itu benar-benar menghadapi masalah enjin dan penerbangan terpaksa dibatalkan. Pesanan Repo telah menyelamatkan mereka.

Salah seorang lembaga pengarah syarikat penerbangan itu juga pernah melalui pengalaman sama. Di dalam pesawat bahagian kelas pertama, dia berbual dengan seorang lelaki berpakaian kapten. Namun, setelah dia menyedari itu adalah Kapten Loft, ia hilang begitu saja.

Dalam insiden lain pula, Repo muncul di depan kapten yang bertugas dan memberitahu: "Pesawat ini tidak akan terhempas. Kami tidak akan biarkan perkara itu berlaku!".

Satu demi satu peristiwa membabitkan kemunculan Kapten Loft dan Repo menyebabkan golongan paranormal dipanggil untuk membuat kajian namun tidak mendapat kebenaran daripada pihak syarikat penerbangan tersebut.

Beberapa buah buku dan filem pernah diterbitkan berjudul 'The Ghost of Flight 401' pada penghujung tahun 80an berkisar tentang tragedi penerbangan 401 dan misteri jelmaan kapten dan juruterbangnya yang telah terkorban.

Dikatakan, setelah pihak syarikat penerbangan mengarahkan komponen yang diambil daripada bangkai pesawat 401 dikeluarkan dari kapal terbang baru tersebut, sejak itu kelibat roh Loft dan Repo tidak pernah muncul lagi.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ainas 17-7-2013 04:35 PM
sedih dan menyeramkan cite ni...
Quote skystrike 17-7-2013 04:43 PM
cite pasal accident ni pernah keluar kat documentary "air crash investigation"....dlm siri tu ade cite gak pasal rumours hantu ni...
Quote cef_gango 17-7-2013 04:48 PM
skystrike posted on 17-7-2013 04:43 PM
cite pasal accident ni pernah keluar kat documentary "air crash investigation"....dlm siri tu ade ci ...

yup betul2
Quote PITTSBURGH 17-7-2013 05:31 PM
blum pnh dgr citer ni
tkde movie ke lagi
Quote Ferr_Remy 17-7-2013 08:04 PM
Baiknye antu ni... Siap tlg check kapal terbang gitu... Senang kje mekanik n krew kapal lain.. Kih3
Quote mamaezah 17-7-2013 10:18 PM
Best. Gud sharing Tt.
Quote honeybee1802 17-7-2013 10:29 PM
Ini mcm citer bus berhatu yg aku penah dgr
Quote Kim77 18-7-2013 09:15 AM
best ni kalau buat movie
Quote keiichiro 18-7-2013 11:03 AM
Kim77 posted on 18-7-2013 09:15 AM
best ni kalau buat movie

ada dah dulu wat movie...tv movie. Seram juga time hantu kapten tu menjelma. Kat youtube ada kot full movie dia

Quote Eva_yy_Ellin 18-7-2013 11:03 AM
Baik jugak hantu kapten dan jurutera ni
Quote Safiqiqhbal 18-7-2013 11:15 AM
honeybee1802 posted on 17-7-2013 10:29 PM
Ini mcm citer bus berhatu yg aku penah dgr

BAS BERHANTU? CECITE
Quote wajaman 18-7-2013 11:16 AM
macam amek dari mastika je nie...
Quote timahterung 18-7-2013 03:49 PM
itu musti iblis sebab ada ustaz penah cakap  roh manusia tak mungkin kembali balik jadik manusia. Bila manusia mati, roh akan pergi ke alam lain
Quote manehnya 18-7-2013 03:57 PM
penamapakan selalu time malam je kot?
Quote yenil95 18-7-2013 03:58 PM
good job antoos..
Quote honeybee1802 18-7-2013 09:50 PM
Safiqiqhbal posted on 18-7-2013 11:15 AM
BAS BERHANTU? CECITE

Lama dah.member aku citer.bas kb-kl tu penah accident n ad kematian ler.pehtu sama ler,depa repair2 then pakai balik.tgh2 mlm pintu dok bukak tttp sendiri.
Quote amirezu 19-7-2013 02:18 AM
hantu yang baik. tolong checkkan keselamatan kapal lagi
Quote drlinda08 19-7-2013 12:36 PM
pernah dgr kisah yg lebih kurang sama
kisah benar berlaku kat india
keretapi kemalangan terbabas dari landasan
ramai yg mati
then pengusaha ketapi tu repair2 bhgn yg rosak, cat2 bg nmpak elok
then guna balik

roh2 yg mati tu berkeliaranla dlm ketapi tu
abis sume penumpang kena ganggu..
Quote CikTomei 19-7-2013 01:22 PM
kisah yg menarik! 1st time dengar..

Lihat semua komen(35)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 04:40 PM GMT+8 , Processed in 0.075544 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top