CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dua Anggota Polis Cedera Parah Di Tetak Penagih Dadah

30-4-2016 11:44 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 10597| Komen: 84

Description: KUALA LUMPUR: Dua anggota polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN)..

Oleh : Dean BZ

Sumber foto : Berita Harian


KUALA LUMPUR: Dua anggota polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) cedera parah akibat ditetak dua lelaki dipercayai penagih dadah ketika menjalankan operasi di sebuah rumah kosong di Kampung Tangki Air, Cheras, lewat petang semalam.


Anggota yang tercedera adalah Koperal Muztaza Nizan Minhaj dan Konstabel Danny Sia Siaw Kian dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras.


Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Zainuddin Ahmad, pasukan polis melakukan pemeriksaan di lokasi berkenaan yang disyaki menjadi tempat kumpulan penagih dadah melepaskan gian selain dipercayai menjadi tempat pengedaran dadah, katanya dalam kenyataan kepada media.


"Polis mengarahkan dua suspek di dalam rumah berkenaan supaya keluar namun kedua-duanya secara tiba-tiba meluru keluar melalui pintu hadapan rumah itu yang berkunci dan bertindak melibaskan parang yang terkena kepala kedua-dua anggota polis itu.


"Kedua-dua suspek kemudian melarikan diri ke belukar berhampiran," katanya.


Kedua-dua anggota polis itu dibawa ke Hospital Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) untuk rawatan.


Katanya, Sia menerima 14 jahitan akibat kecederaan itu manakala Muztaza masih dirawat di wad kecemasan hospital berkenaan. Kedua-dua anggota dilaporkan dalam keadaan stabil.- CARI Infonet



Sumber - BeritaHarian/AstroAwani


12

Bagus
11

Marah
6

Terkejut
16

Sedih
16

Lawak
8

Bosan

Friends Rank (69 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tongkatwaran75 30-4-2016 05:15 AM
Edited by tongkatwaran75 at 30-4-2016 05:17 AM

Sabtu, 30 April 2016 @ 12:19 AM

Kuala Lumpur : Dua anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Cheras cedera di kepala selepas ditetak pengedar dadah ketika menyerbu stor di Jalan Kuari, Cheras, kira-kira 6 petang tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Ahmad berkata, dua anggota itu masing-masing berpangkat koperal dan konstabel bersama sepasukan anggota polis membuat serbuan ke atas stor di lokasi kejadian.

Menurutnya, serbuan itu dijalankan selepas mendapat maklumat ia menjadi kawasan menghisap dan menjual dadah.

"Selepas sampai di lokasi kejadian, pintu stor itu berkunci dari luar tetapi ada dua lelaki tempatan bersembunyi di dalam stor berkenaan.

"Apabila pegawai operasi meminta suspek membuka pintu, mereka enggan bagaimanapun dengan tiba-tiba kedua-dua suspek berlari keluar dari stor berkenaan sambil melibas parang, " katanya ketika dihubungi, malam tadi.

Katanya, dua anggota berkenaan yang berada di hadapan pintu terkena libasan parang suspek.

"Koperal Muztaza Nizan Minhaj mengalami kecederaan di kepala dan masih di unit kecemasan Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) manakala Konstabel Danny Sia Siaw Kian menerima 14 jahitan di kepala dan sudah dibenarkan keluar dari wad, " katanya.

Menurutnya,kedua-dua suspek sudah melarikan diri ke hutan berhampiran dan operasi mengesan mereka sedang dijalankan.

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/134328#sthash.FdYBBM0R.dpuf


p/s sokong klu tembak dulu sblm cakap klu deal dgn pengedar/penagih dadah...mereka ini dah mcm pengganas ada bom, pistol bagai...klu bom tempat dorang pun sokong jugak...
Quote turboturtle 30-4-2016 07:37 AM
Kadang2 sebelum serbu diorg dh tau ada operasi....yg penagih je tinggal tgh syok hilang gian..
Quote 1Apr16 30-4-2016 09:12 AM
Dah terang terang guna parang masih tak ditembak. Apa lah nak jadi dengan malaysiaku
Quote mak_wa95 30-4-2016 09:18 AM
kalu nk c4 kena panggil ahkakrossy, dia pakar...
Quote mak_wa95 30-4-2016 09:19 AM
ehh boleh ke jadi polis pakai spek
Quote CrowneGlory 30-4-2016 09:39 AM
Tetiba polis terbengap pulak... Patut dah terancam tu tembak je la
Quote kambeng_masam 30-4-2016 10:11 AM
kata ambush...bawak gari saja kaa?
Quote qronaldo7 30-4-2016 10:24 AM
Masuk trap penjahat
Quote MissNigga 30-4-2016 10:36 AM
polis lengchai .. manyak malu ... angkat sikit muka... mau tengok itu muka banyak jambo woo....
Quote zhatul 30-4-2016 10:38 AM
sian polis tu  .... lain kali prepare la betul2

x de terjadi insiden yg sama lagi
Quote mak_wa95 30-4-2016 10:50 AM
dengan bdk umur 15 berani lawan..

dengan sama sebaya..tergamam,jari pun xleh gerak nak tarik picu
Quote kukukatablog 30-4-2016 12:17 PM
kesiannya dah kena tetak, pastu dikutuk pulak...
Quote tongkatwaran75 30-4-2016 12:30 PM
kukukatablog replied at 30-4-2016 12:17 PM
kesiannya dah kena tetak, pastu dikutuk pulak...

yg kutuk abam polis tu...gebang jer lebeh...
klu letak mereka di situasi polis masa tu...
ntah-ntah dh basah suar dah...
bkn kencing tapi terberak terus...
Quote CiliPadiSedap 30-4-2016 12:52 PM
Hrp polis ada insurans cover..
Quote AdamCopeland 30-4-2016 01:03 PM
tongkatwaran75 replied at 30-4-2016 12:30 PM
yg kutuk abam polis tu...gebang jer lebeh...
klu letak mereka di situasi polis masa tu...
ntah-n ...

kalau org putih ckp keyboard warrior
Quote shamsadis 30-4-2016 01:18 PM
DAP pembela penjenayah akan membela si penetak
Quote clarizsa 30-4-2016 01:23 PM
Kesiannyaa.... hmmm
Quote kemaruk 30-4-2016 02:19 PM
turboturtle replied at 30-4-2016 07:37 AM
Kadang2 sebelum serbu diorg dh tau ada operasi....yg penagih je tinggal tgh syok hilang gian..

Cerita filem mana ni bro?

Wahhhh penagih layan barang dalam stor simpan dadah ye..
Quote bunnyhoney 30-4-2016 03:05 PM
Tembak karang naik turun mahkamah pulak...serba xkena polis ni dibuatnya...

Padahal bertarung nyawa dorg ni...

Lihat semua komen(84)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 03:55 PM GMT+8 , Processed in 0.051374 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top