CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

[Edisi Sesat]: Rakaman CCTV Wanita Guna 'Ilmu Sihir' Jadi Viral

3-5-2016 10:29 AM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 12661| Komen: 33

Description: Walaupun zaman kian moden namun amalan khurafat atau sihir yang menyalahi agama untuk mendapatkan sesuatu yang dihajati atas alasan dendam atau hasad dengki individu tertentu masih menjadi pilihan ora ...

Oleh : TS LOO

sumber foto: sedutan video di Facebook Kelab Penjejak Alam Mistik/Ghaib



Walaupun zaman kian moden namun amalan khurafat atau sihir yang menyalahi agama untuk mendapatkan sesuatu yang dihajati atas alasan dendam atau hasad dengki individu tertentu masih menjadi pilihan orang ramai.


Filem seram arahan pemenang Pengarah Terbaik FFM 23 , Syamsul Yusof yang turut mengangkat tema kekufuran masyarakat yang sanggup meminta bantuan jin dan syaitan dengan berjudul Khurafat: Perjanjian Syaitan (atau Khurafat) jelas mendapat sambutan hebat di kalangan masyarakat ketika tayangannya bulan lalu.



Filem yang dibintangi oleh Syamsul Yusof, Liyana Jasmay dan Sabrina Ali ini merupakan filem pertama arahan Syamsul Yusof, mengisahkan perjanjian terlarang dan salah satu bentuk penyelewengan dalam aqidah Islam diantara manusia dan syaitan, sesuatu yang amat ditegah dalam agama suci kita. 


Tetapi, manusia tanpa mengira akibat membelakangkan Allah, disokong dengan nafsu dendam serakah akhirnya hanyut dengan bisikan syaitan.


Terbaru, paparan sebuah video pendek hasil rakaman kamera litar tutup atau CCTV yang dimuatnaik di Facebook Kelab Penjejak Alam Mistik/Ghaib menunjukan seorang wanita separuh usia dalam rakaman berkenaan didakwa sedang melakukan perkara mistik terhadap sebuah premis perniagaan.


Jelas kelihatan wanita itu duduk di kaki lima depan sebuah kedai lalu terkumat kamit membaca sesuatu selepas mendapat barang yang dihulurkan tangan seseorang.


Seterusnya dia mula menabur objek kurang jelas di sepanjang pintu masuk kedai sebelum beredar dengan tergesa-gesa.


Jika diperhatikan betul-betul menerusi paparan video, wanita itu bukan sahaja menabur sesuatu malah ada bayang hitam yang ditinggalkannya di situ.



Jom saksikan rakaman video tersebut :





Dapatkah anda kenal pasti bayang hitam dimaksudkan?


Apa-apa pun jika benar makcik dalam rakaman video ini melakukan perkara yang menyalahi agama, semoga dia sempat bertaubat dan kembali ke pangkuan jalan yang benar.


Berikut adalah beberapa kesan khurafat terhadap umat Islam :
1. MEROSAKKAN AKIDAH
2. MENAMBAHKAN AMALAN BID'AH
3. HILANG KEPERCAYAAN?KEPADA QADA DAN QADAR
4. HILANG SIKAP BERUSAHA
5. MUDAH BERPUTUS ASA


Ingat, meminta bantuan jin atau syaitan sekaligus menyekutukan Tuhan Maha Esa adalah antara dosa besar yang tak akan diampunkan jika tidak bertaubat nasuha. - CARI Infonet


18

Bagus
22

Marah
13

Terkejut
19

Sedih
10

Lawak
9

Bosan

Friends Rank (91 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote aTiKah_aYuNi 3-5-2016 10:44 AM
teruk nyer kau perangai kau makcik...

hitam sgt hati tu...
Quote chinta89 3-5-2016 10:49 AM
ni nk suh kedai pesaing bengkerup ke haper nih???
Quote AisyDani13 3-5-2016 11:04 AM
kan... dengki ja kojenyaaa
Quote prettyuglybabe 3-5-2016 11:07 AM
kalau betul makcik ni berniat khianat, semoga mampus digelek lori..
Quote blackwidowbae 3-5-2016 11:26 AM
Syirikk horkeh!

kawan lerr dengan setann, nanti ko pun sama jadik setann!!
Quote Artemesiaa 3-5-2016 11:42 AM
Akhirnya kantoi juga dek cctv
Quote CrowneGlory 3-5-2016 11:49 AM
kalau niat jahat mohon cabut je la tudung tu unless nk cover uban atau kepala botak...xde makna
Quote batmana 3-5-2016 12:06 PM
klu tabur smpai jelas gitu, ilmu hitam ker?
cm tabur belerang aja.

nk elak ular masuk gamaknye..

bersangka baik ajala..
Quote Nham22 3-5-2016 12:55 PM
kalau tabur blerang jadahnye tertinjau2 orang... mcm nak buat sesuatu...  nak buat2 buat jugak tu..takut2 gak mak cik tu..takut kantoi la tu... die tak tau ade cctv...
Quote fly_in_d_sky 3-5-2016 01:01 PM
kat mana tak nampak? minit keberapa?
Quote AbukRokok 3-5-2016 01:06 PM
mataku tertutup hijab
Quote CiliPadiSedap 3-5-2016 01:44 PM
batmana replied at 3-5-2016 12:06 PM
klu tabur smpai jelas gitu, ilmu hitam ker?
cm tabur belerang aja.


Biasa orang tabur sihir waktu malam sebab tak nak ada saksi nampak
Quote 1Apr16 3-5-2016 01:45 PM
Bayang hitam ? Mana ?
Quote CiliPadiSedap 3-5-2016 01:46 PM
Kalau kt premis perniagaan akak galakkan beli cctv infra red yang boleh kesan pergerakan. Contoh ada orang lalu depan kedai cctv tu akan zoom automatik.. cctv ini kalau tak de orang lalu tapi ada zoom berhati hatilah.. bukan sebab rosak tapi ada mahluk lain yang mata tak nampak tapi ia wujud ...
Quote gerbera.memopad 3-5-2016 02:00 PM
Ada tak eye level hidden cctv/camera? Kalau ada boleh consider pasang as extra precaution. At least tinggi sikit peluang nak tangkap penjenayah celaka ni kalau nampak muka.
Quote Ferr_Remy 3-5-2016 02:56 PM
Bayang hitam tu kat pintu. Die membentuk 4 segi empat mcm keranda. Aq sorg je ke yg nmpak
Quote Apai86 3-5-2016 02:57 PM
Tegak buluroma ku...
Quote ratna 3-5-2016 03:26 PM
tabur belerang..elak ulor masuk kedai kot

wat kije x elok..di siang hari..pelik la plok

ke cahaya lampu
Quote siape_aku 3-5-2016 04:56 PM
bayang hitam tu yg mane??? kata bawah pintu tu ke??? lepas die tabor jadik kaler hitam tu???  rase die tabor cam garam kot.... n tgk design...mcm restaurant je tu..... hmmmm org melayu dgn sifat PHD mmg takkan abis,,,,,

Lihat semua komen(33)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 07:19 PM GMT+8 , Processed in 0.167260 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top