CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Terlihat Kanak-kanak Bersendirian, Apa Yang Anda Lakukan? Lihat Video Eksperimen Ini

30-6-2016 05:35 PM| Diterbitkan: CARI-IIN| Dilihat: 8051| Komen: 21

Description: Eksperimen sosial yang dilakukan oleh pihak Unicef untuk melihat adakah orang ramai akan melayan kanak-anak kecil itu
Oleh Izzah Abbasy

Seringkali kita lihat knak-kanak bersendirian dengan keadaan yang terurus dan comot di pasar malam, kaki lima, kedai makan dan sebagainya.

Adakah anda terfikir untuk membantu mereka atau menghalau?


Inilah persoalan bagi eksperimen sosial yang dilakukan oleh pihak Unicef untuk melihat adakah orang ramai akan melayan kanak-anak kecil itu berdasarkan pemakaiannya.

Unicef, ataupun United Nations Children's Fund, memuat naik satu video di laman Facebook mereka semalam (28hb) akhirnya membuahkan hasil yang sangat mengejutkan.

Video tersebut kini telah ditonton sebanyak 5.3 juta netizen semenjak ia dimuatnaikkan dan menerima sebanyak 2.5 ribu jumlah komen dari orang ramai serta 123 juta perkongsian.



Pada mulanya eksperimen itu, seorang kanak-kanak berusia enam tahun yang juga seorang pelakon bernama Anano dipakaikan dengan pakaian yang elok dan berdiri dikhalayak ramai. Eksperimen ini diadakan di Tbilisi, Ibu negara Georgia.

Tidak mengambil masa yang lama untuk orang ramai mula memberi perhatian dan mendekatinya bertanya adakah dia sesat.

Setelah itu, senario ditukar, kali ini Anano dipakaikan dengan pakaian seolah-olah dia adalah seorang kanak-kanak gelandangan dengan pakaian kotor, kesan-kesan kotor pada muka dan rambut.

Kali ini kita boleh melihat tiada seorang pun yang berhenti dan memberi perhatian walaupun dia berada di tempat yang sama pada senario sebelumnya.

Eksperimen diulangi lagi di sebuah restoran dan hasilnya tetap sama.

Orang ramai kelihatan mengalihkan beg mereka apabila "gelandangan" itu mendekati mereka seakan-akan dia seorang penyeluk saku.


Lebih teruk lagi, seorang lelaki dalam restoran tersebut memanggil pekerja retoran untuk menghalau dia keluar.


Tidak dapat menahan rasa sebak, sedih dan tertekan diperlakukan sebegitu, pelakon kanak-kanak itu secara emosi terus melulu keluar sambil menangis dari restoran berkenaan.

Mendengar kata-kata dari kanak-kanak itu walaupun dia hanya sekadar berlakon sebagai seorang budak gelandangan seakan-akan merasa dan mengerti apakan perasaan kanak-kanak gelandangan sebenar.

Bukannya rakyat kita hari ini tidak ingin membantu mereka, tetapi lambakan agen yang mengupah mereka untuk melakukan aktiviti tersebut membuatkan ramai yang tidak percaya dengan anak gendalangan ini. Mungkin pihak Kebajikan Masyarakat perlu membuat pantauan yang lebih dan mengesan anak-anak gendalangan ini dari mana datangnya mereka. Itu lebih banyak membantu. - CARI Infonet

36

Bagus
15

Marah
34

Terkejut
16

Sedih
21

Lawak
44

Bosan

Friends Rank (166 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Andyscenes 30-6-2016 09:41 PM
aku jumpa budak kat  masjid india, tnya nama sekor pun xjwb. x reti ckp melayu. kau rasa?
Quote kbyne 30-6-2016 10:30 PM
Dlm backpack readykan cokelat(e.g: hershey's kisses,tobleron mini)...jumpa budak yg mcm upset,kasi cokelat tu dua tiga ketoi...mesti diorang suka...
Quote Artemesiaa 30-6-2016 10:46 PM
Penampilan banyak mempengaruhi keadaan dan layanan yang diberikan tak kira dia seorang kanak2 atau orang dewasa.
Quote merrissa 1-7-2016 07:51 AM
Artemesiaa replied at 30-6-2016 10:46 PM
Penampilan banyak mempengaruhi keadaan dan layanan yang diberikan tak kira dia seorang kanak2 atau o ...

kan....kat sini pon sama jah....nampak selebet jah....ingat x mampu nak beli...

teringat blogger kak di....cter pasai beli lingerie mahal.....tengok muke sememeh x kose salesgirl tuh nak layan...sedangkan kak di tuh bos besar....bisnes sana sini......
Quote hest 1-7-2016 09:54 AM
Andyscenes replied at 30-6-2016 09:41 PM
aku jumpa budak kat  masjid india, tnya nama sekor pun xjwb. x reti ckp melayu. kau rasa?

masalah kat kl tu ramai yang rohingya..

aku kalau datang dorang nak duit. aku tanya mak ayah mana? adik beradik mana? duit tak de. nak makan akk beli kan.. kalau diia mengelak tahu lah dia tu bukan gelandangan.. gelandangan ni nak makan je.. kadang2 saje cakap.. akk orang JKM..
Quote shi_jewel 1-7-2016 10:34 AM
kalau iols...iols akan blnja diorang makan.

teringat 2/3 minggu lepas..uncle cina (rasanya dibuang keluarga kot) gelandangan. iols lebih rela bungkuskan mcd & bagi kat dia utk dia mkn. time bagi kat dia makanan tu, terus dia nangis2...  & bagitau hati kamu byk baik, tuhan akan tolong kamu nnti...

tak salah jika kita kongsi rezeki dgn orang yang susah. mungkin sebahagian dari rezeki kita adalah rezeki dia..

iols bukan setajah...harap maklum.
Quote krustykrab 1-7-2016 11:29 AM
shi_jewel replied at 1-7-2016 10:34 AM
kalau iols...iols akan blnja diorang makan.

teringat 2/3 minggu lepas..uncle cina (rasanya dibuan ...

iolls teringin nk buat camtu, tp kadang rasa cam malu takut org tu campak kat iolls balik ke

Quote shi_jewel 1-7-2016 11:42 AM
krustykrab replied at 1-7-2016 11:29 AM
iolls teringin nk buat camtu, tp kadang rasa cam malu takut org tu campak kat iolls balik ke

buat je sis...dijamin diorg tak campak & hati pun rasa tenang bila dh bagi org susah makan.
Quote katokcun 1-7-2016 12:04 PM
shi_jewel replied at 1-7-2016 10:34 AM
kalau iols...iols akan blnja diorang makan.

teringat 2/3 minggu lepas..uncle cina (rasanya dibuan ...

baik wat cmni dari bagi duit...terang2 kite nmpk dia mkn...
Quote Andyscenes 1-7-2016 04:35 PM
hest replied at 1-7-2016 09:54 AM
masalah kat kl tu ramai yang rohingya..

aku kalau datang dorang nak duit. aku tanya mak ayah m ...

apa kata kita buat NGO, buat kerjasama ngn JKM, sama2 selamatkn dorg. peminta sedekah ni, makin lama makin ramai. aku tgk govt pun xdpt buat pape
Quote jazaa100 1-7-2016 09:06 PM
shi_jewel replied at 1-7-2016 10:34 AM
kalau iols...iols akan blnja diorang makan.

teringat 2/3 minggu lepas..uncle cina (rasanya dibuan ...

Hati u manyak baikkk......

Pernah jumpa sorang lelaki cina dok belanja gelandangan india tua mkn kat restoran insaf jln TAR...

Dia tgu sampai org tu hbis mkn....sblm pergi...dia bg duit sikit....
Quote Nenasketum 2-7-2016 07:19 AM
Kat parking tesco Ampang, 2 beradik laki dan pompuan bangla dalam 9 tahun dok la kejar orang mintak duit. Yang budak pompuan asik la kejor lelaki muda. Tak kena kidnap pulak tu.... perlambakan pemintak sedekah millionaire di tanah air
Quote mizzmimi 2-7-2016 08:34 AM
kalau ko cantek.. jaga penampilan.. orang layan ko baik..
kalau selebet.. baju buruk.. comot tak mandi.. orang bolayan..

Quote clarizsa 2-7-2016 12:11 PM
oh dh tgk bideo ni...

xsama la dgn realiti kt msia..

msia lebih ramai org baik2 prihatin x kira cmna rupa budak tu...

kalau i, nampak budak sorg2 terus i tanya mak mana? sambil tengok sekeliling cari makpak dia.. dan tindakan selanjutnya bergantung pada keadaan.. samada jupa makpak atau klu xda bawa p balai la..

klu yg pengemis tu mmg ada la yg memerhati, yg kulikan budak2 tu suh mengemis.. yg tu nk lebih2 pun risau, hmmm..
Quote nonok22 15-7-2016 01:01 PM
Pandai belakon dik
Quote emma.giggs 16-7-2016 09:27 AM
Bukan ke pnh jd kes yg mana sorg budak gelandangan mtk mkn pstu ada satu org tu belanja mkn tetiba dia dituduh menculik bdk tu..mcm sendiket jgk
Quote AMDTurion 16-7-2016 10:41 AM
Andyscenes replied at 1-7-2016 04:35 PM
apa kata kita buat NGO, buat kerjasama ngn JKM, sama2 selamatkn dorg. peminta sedekah ni, makin la ...

JKM tu goverment punyalah tuh.....

alasan dr JKM mesti diorg nak tunggu laporan baru bertindak. sbb mereka bukan ngo. kdg2 lagi bagus ngo dr agensi kerajaan yg memantau gelandangan seperti ini. apa2 pun back to our leadership. sebenarnya apa yg dia mahu buat dgn duit cukai yg dipungut utk masalah gelandangan ni.

harus dingatkan ramai jugak yg bayar cukai lhdn. walaupun ade menteri sengal tu kata duit cukai tu duit kerjaan. kalolah semua pembayar cukai lhdn tu blah pi luar negara merajuk kerjaan punya income mesti kurangnyer lah.
Quote Andyscenes 16-7-2016 01:05 PM
AMDTurion replied at 16-7-2016 10:41 AM
JKM tu goverment punyalah tuh.....

alasan dr JKM mesti diorg nak tunggu laporan baru bertindak. ...

ada pemimpin yg nk buat keje n ada pemimpin yg nk duit je. masa nk nek jnj mcm2
Quote chazey 16-7-2016 08:45 PM
Ok tacing.

Tapi tetap tiada belas kasihan untuk anak2 gelandangan filipilak bagi akak.

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-5-2024 10:06 PM GMT+8 , Processed in 0.241421 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top