CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Badan Penuh Tahi Lalat Pelbagai Saiz, Wanita Jadi 'Popular' Di Media Sosial

20-7-2016 11:00 AM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 6832| Komen: 17

Description: Yulianna Yussef, seorang wanita berketurunan Ukraine- Lubnan yang berumur 26 tahun dan kini menetap di Warsaw, Porland difahamkan menghidap sejenis penyakit genetik yang jarang berlaku iaitu Congenita ...
Oleh : TS LOO



Yulianna Yussef, seorang wanita berketurunan Ukraine- Lubnan yang berumur 26 tahun dan kini menetap di Warsaw, Porland difahamkan menghidap sejenis penyakit genetik yang jarang berlaku iaitu Congenital Melanocytic Nevus. 

Dalam erti kata lain, penyakit tersebut mengakibatkan seluruh badannya dipenuhi tompokan hitam seperti tahi lalat dalam bentuk pelbagai saiz. 

Walaupun sejak zaman kanak-kanak sering dibuli dan digelar sebagai 'Dalmatians' atau sejenis anjing yang juga seluruh badan dipenuhi tompokan hitam, tetapi dia berfikiran positif dan beranggapan penyakit yang berlaku ke atas dirinya itu satu kelainan dan keunikan berbanding dengan orang lain yang normal. 


Setiap hari dia memuat naik gambar dirinya, dan menerusi paparan tubuh badannya yang penuh keyakinan itu sehingga menjadi individu yang popular di media sosial serta berjaya memberi semangat yakin diri kepada ramai orang. 

Difahamkan penyakit Congenital Melanocytic Nevus ini merupakan penyakit yang jarang berlaku,  hanya kurang daripada satu peratus orang terpengarauh sahaja dengan penyakit berkenaan.

Apabila dilahirkan, kulit Yulianna memang kelihatan lain daripada yang lain. Sepanjang tempoh tumbesaran, walaupun kawan-kawan di sekolah pernah memberi pelbagai gelaran kepadanya, seperti Dalmations, lembu, rusa dan sebagainya. tapi ia langsung tidak dikecewakan oleh ejekan itu, malah sering tunjukan gambar yang memaparkan badannya yang unik dengan penuh keyakinan. Sikapnya yang optimis dan positif terhadap kehidupannya telah merangsangkan ramai netizen. 

Terdapat netizen mengongsi pengalaman dirinya dengan menyatakan anak perempuannya ketika dilahirkan juga memiliki tanda lahir yang besar, terima kasih Yulianna kerana memberi semangat yang positif.


" Anak perempuan saya yang berumur 5 bulan itu ketika dilahirkan turut memilki tanda lahir atau 'birthmark', malah tanda lahir yang bersaiz kecil juga kelihatan dari masa ke semasa. Sebelum ini, saya amat sedih. Kegigihan anda melegakan saya, terima kasih pengongsian anda, Cik Yulianna."- CARI




3

Bagus
3

Marah
2

Terkejut
1

Sedih
2

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (14 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Zamzam2013

  • kacangbadam


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mdhelmi 20-7-2016 01:41 PM
kalola mampu bg cadangan kat akak tu
cuba makan habbatus sauda
Quote asher 20-7-2016 01:46 PM
unik sungguh..
Quote ms.mango 20-7-2016 01:48 PM
bagusnya xpatah semangat..
Quote me12345 20-7-2016 02:23 PM
Sungguh gigih beliau
Quote JpA0606 20-7-2016 02:39 PM
Bagus... !!
Quote kulatsawit 20-7-2016 02:56 PM
aneh + unik
Quote Artemesiaa 20-7-2016 03:48 PM
Confidence level dia tinggi kalau orang lain mau nak tutup-tutup lagi
Quote Loloq89 20-7-2016 04:26 PM
byk sgt xlawa pulak kan

seketul dua sweet lak
Quote CrowneGlory 20-7-2016 04:52 PM
bagusla she take it positively
Quote misscendol 20-7-2016 11:38 PM
love ur body conceptnyerrr
Quote HazeLJoseph 21-7-2016 12:26 AM
Positif itu yang mencantikkan sisi dia
Quote missyL 22-7-2016 11:52 AM
lawa n very self confident, tu yg nmpk lgi lawa
Quote che_kembang 23-7-2016 12:23 AM
bagus lah die positip..mungkin aku pn x setabah beliau
Quote MamaMima711 23-7-2016 07:32 AM
Dia sgt positif dan konfiden.hebat
Quote SuteraPurple 23-7-2016 12:28 PM
yg penting yakin diri.
Quote haryatie 1-8-2016 02:06 PM
kat luar negara ok le kut rupa pelik2
kalau kat sini mau stress org duk kutuk2 bagai..
tau je la org malaysia ni macam mana..
mau makan hati se umur hidup
Quote micaeyda 5-8-2016 12:53 PM
self confident die tinggi.. baguss

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 01:24 AM GMT+8 , Processed in 0.178482 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top