CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Taman Laut Pulau Redang Antara "Akuarium Semulajadi" Tercantik Di Asia

25-7-2016 11:01 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 7020| Komen: 16

Description: Bagi yang merancang percutian bersama keluarga di cuti hujung tahun ini..

Oleh : Dean BZ


Bagi yang merancang percutian bersama keluarga di cuti hujung tahun ini, kami syorkan anda berkunjung ke Taman Laut Pulau Redang yang terletak di Terengganu.


Taman Laut Pulau Redang merupakan antara "akuarium semulajadi" yang terpopular di Asia. Bukan sahaja dikenali oleh penduduk Asia, malah ramai pelancong asing dari Eropah turut menjadikan taman laut ini sebagai destinasi pilihan untuk aktiviti snoorkeling dan scuba diving.

Disamping dapat meluangkan masa bersama keluarga menikmati keindahan semulajadi Pulau Redang, anda sekeluarga juga berpeluang merasai dan melihat sendiri kehidupan laut yang sangat mengujakan. Berikut merupakan antara sebab kenapa anda perlu ke Taman Laut Pulau Redang.

Kenapa Taman Laut Pulau Redang menarik untuk anda dan keluarga ?

1 - Airnya jernih, dari pagi hingga ke petang jika cuaca baik, boleh nampak dasar laut, batu karang dan ikan.
2 - Taman laut ada jeti, anda boleh turun ke sisir pantai dan naik semula ke pantai (kalau penat).

3 - Main tepi-tepi pun dah banyak ikan, sesuai sgt bawa anak kecil.
4 - Pelbagai jenis ikan dan anda boleh beri makan dgn roti.
5 - Terdapat platform ditengah kawasan snorkeling, boleh berenang ke sana utk rehat seketika.
6 - Kalau bawa ahli keluarga yg tak mandi, tak ada masalah, boleh jalan-jalan sekitar pinggir batu dan kawasan Taman Laut.
7 - Kaki renang dan menyelam boleh free dive disini kerana setiap kali trip ianya dibawah pengawasan guide resort masing-masing.
8 - Antara best spot utk ambil gambar ikan-ikan dan hidupan laut khususnya utk orang yg pertama kali atau tak pandai berenang.

Selain itu, kemudahan bilik mandi, tandas, meja untuk berkelah, gerai minuman dan tempat barbeku turut disediakan di beberapa kawasan tertentu. - CARI.







Sumber - Amazing Terengganu
17

Bagus
8

Marah
9

Terkejut
10

Sedih
29

Lawak
12

Bosan

Friends Rank (85 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hayati_hassan 25-7-2016 12:04 PM
bestnya kalau ada rejeki dpt pegi redang
Quote Themilo 25-7-2016 02:22 PM
"Bagi yang merancang percutian bersama keluarga di cuti hujung tahun ini, kami syorkan anda berkunjung ke Taman Laut Pulau Redang yang terletak di Terengganu"

bimbonya kau dekkk.. hujung tahun kan monsoon pantai timur, mostly semua pulau kat Terengganu ditutup.. hibernate kekdahnya..  
Quote nut.legacy 25-7-2016 02:44 PM
salah satu tmpt yg belum berkesempatan nk g melancong...
Quote anona 26-7-2016 04:09 PM
yup betul....Pulau Redang akan start tutup bulan Oktober...itu yang diberitahu sepanjang 2 tahun berturut2 saya berkunjung ke Pulau Redang. Kebiasaanya akan ditutup dalam 15 Oktober gitu....
Quote LavaUollss 27-7-2016 10:49 PM
yang katanya pulau ada ramai foreigner berjemur bogel tu kat mana yerk??
Quote Lemon_juice 31-7-2016 09:06 PM
Bestnya.kalo nk p time cuti skola bln Mac atau Mei ok la kot
Quote AshkieLa 1-8-2016 03:10 PM
Lemon_juice replied at 31-7-2016 09:06 PM
Bestnya.kalo nk p time cuti skola bln Mac atau Mei ok la kot

Redang tutup start tgh2 Oktober sampai Feb...
Sekitar March akan bukak balik...
Tapi abang2 staff otai sana ckp.. March air tak cantik sgt. Masih keruh hasil dr monsoon tu.. tp boleh dtg la.
Tu pasal harga package early bird bulan March tu selalu nya murah...
Yang paling cantik air... bulan May...
kalau nak gi bulan May tahun depan, kena gi awal bulan la.. lepas tu dah masuk bulan Ramadhan lak...
Quote Lemon_juice 1-8-2016 03:31 PM
AshkieLa replied at 1-8-2016 03:10 PM
Redang tutup start tgh2 Oktober sampai Feb...
Sekitar March akan bukak balik...
Tapi abang2 staf ...

Tq awak utk info

So kalau Mei ok jugak tu.lebih kurang musim panas mcm aritu.dpt kna air laut sedap x hengat donia..hehe
Quote aurorayasmeen 11-9-2016 04:50 PM
cantiknye..xpnh smpi redang lg..soon insyaAllah
Quote ibu_haritz 20-9-2016 12:35 PM
teringin betul nak pegi redang...
sape2 ade pakej murah pm ye..
nk pegi thn dpn..inshaAllah
Quote Artemesiaa 20-9-2016 12:47 PM
Betul tu memang cantik sama seperti yang digambarkan
Quote puteri_lz 5-10-2016 11:26 AM
Thank you for the good info
Quote puteri_lz 5-10-2016 11:26 AM
Thank you for the good info
Quote puteri_lz 5-10-2016 11:27 AM
Thank you for the good info
Quote ena80 5-10-2016 04:42 PM
Redang mmg cantikk.. destinasi wajib tetiap tahun selain perhentian
Quote puteri_lz 6-3-2017 01:52 PM
Thank you for info

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 07:47 PM GMT+8 , Processed in 0.061700 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top