CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Dituduh Meniru! Zara: Tunjukkan Bukti..

25-7-2016 03:47 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 6401| Komen: 10

Description: Berdasarkan carta perbandingan yang ditunjuk oleh Tuesday Bassen, tidak kira lollipop yang berbentuk hati, pemadam getah atau buku, semua lukisan ilustrasi itu boleh dikatakan agak mirip dengan rekaan ...
TS LOO


sumber foto: laman instagram Tuesday Bassen



Jenama fesyen segera terkemuka Sepanyol, Zara dikatakan meniru seni kreatif pihak tertentu?

Seorang pelukis ilustrasi dari Los Angeles bernama Tuesday Bassen bukan sahaja mendakwa Zara meniru lukisan ilustrasinya dengan memaparkan carta perbandingan di laman twitter dan Instagramnya, malah membuat kenyataan dengan mengatakan, "Anda tahu tak? Perasaan sebagai seorang anak seni sememangnya teruk, ini kerana syarikat seperti Zara sering mengambil kesempatan, lepas tu pula menafikannya.  


Berdasarkan carta perbandingan yang ditunjuk oleh Tuesday Bassen, tidak kira lollipop yang berbentuk hati, pemadam getah atau buku, semua lukisan ilustrasi itu boleh dikatakan agak mirip dengan rekaan syarikat Zara, cuma sedikit berbeza dari segi warnanya. 



sumber foto: laman instagram Tuesday Bassen


Kemudian, Tuesday Bassen memperbaharui laman twitternya, memuat naik reaksi syarikat Zara berhubung dakwaannya.

Menurut Zara, rekaan Tuesday Bassen sangat "mudah", hanya merupakan" rekaan biasa sahaja" !

Wakil peguam syarikat Zara pula berkata, langsung tidak dapat memastikan sama ada rekaan tersebut betul atau tidak dihasilkan oleh Tuesday Bassen. 

Selar Tuesday Bassen dengan mengatakan, "sebenarnya syarikat berkenaan hanya nak tunjukan Zara adalah sebuah syarikat besar, dan saya hanya merupakan seorang pereka persendirian."

Walaupun perkara itu mengecewakan dirinya, tapi dia sedar sekiranya terus mengambil tindakan undang-undang dalam perihal ini memerlukan kos yang banyak untuk mendapatkan peguam dan syarikat Zara turut mengetahui dia memang tidak berkeupayaan. 


sumber foto: laman instagram Tuesday Bassen


Tuesday Bassen turut memaklumkan, sebanyak AS$2000 telah pun dibayar untuk kos upahan peguam untuk menulis surat guaman kepada Zara.


sumber foto: laman instagram Tuesday Bassen


Walau bagaimanapun, Tuesday Bassen menegaskan, dia tetap meneruskan dakwaan ke atas Zara berhubung penyalahgunaan hak harta intelek. 

Namun sebelum itu, dia akan membuat pendaftaran ke atas semua hasil karyanya yang ada sekarang di Pejabat Hak Cipta Amerika Syarikat. 


sumber foto: laman instagram Tuesday Bassen


Biarpun Zara tetap mendiamkan diri dalam isu peniruan kali ini, namun perbincangan di media sosial boleh dikatakan rata-rata mengecam Zara, termasuk ada juga yang menunjukkan bukti lain yang mengatakan syarikat tersebut telah dari dulu lagi telah pun banyak kali terlibat dalam kerja-kerja peniruan.- CARI
21

Bagus
21

Marah
13

Terkejut
17

Sedih
12

Lawak
20

Bosan

Friends Rank (104 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tompie 25-7-2016 05:29 PM
Macamana dia nak buktikan yang design tu originally mmg dia yang buat??
ade tm ke??
susah nak cerita
Quote babynina30 25-7-2016 11:45 PM
Yep dia kena tunjuk bukti designs tu originally dia punya. Sesape boleh claim mcm tu kan
Quote esbok 26-7-2016 08:33 AM
habis la designer zara
Quote fredza 26-7-2016 08:35 AM
zara mana ni..
Quote Andyscenes 26-7-2016 01:22 PM
if masuk mahkamah ni confirm amek masa sampai 4 tahun, nk kena panggil designer, nk saksi lagi, owner kena dtg. biasanya tgk pada tahun dorg daftar utk design tu n bentuk berapa panjang berapa pendek
Quote manjalara_01 26-7-2016 01:27 PM
setahu i la kan, x kira la artwork tu hasil mcm tuesday buat ni ke or gambar foto ke segala jenis mak nenek,
sebelum nak display utk public tgk kat media social etc kena gi daftar dulu as hak cipta sndiri...

kalau x bile  jadi mcm ni, senang2 org len ambik idea titik peluh u, pastu jual..die org yg dpt untung...

Quote Elle_mujigae 26-7-2016 03:59 PM

ZARA..kedai baju...


Quote Elle_mujigae 26-7-2016 04:04 PM
kalau copy satu design je boleh la cakap kebetulan..tapi kalau semua koleksi Summer 2016 ada design yg sama konsep, nampak sangat copy dari independent designer ni...

Quote animefan 27-7-2016 02:53 AM
fredza replied at 26-7-2016 08:35 AM
zara mana ni..

Zara zya      
Quote dewi 27-7-2016 10:10 AM
paten dik non paten .. haiya itu pun tarak tau ke

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 01:54 PM GMT+8 , Processed in 0.050132 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top