CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Miss Selangor Earth 2016 : Dari Gadis Gempal Jadi Ratu Cantik

27-7-2016 02:48 PM| Diterbitkan: CARI-IIN| Dilihat: 10975| Komen: 23

Description: Joanna Joseph membuktikan bahawa setiap wanita boleh menjadi ratu cantik
Oleh Izzah Abbasy

Ramai yang menganggap untuk menjadi ratu cantik, perlu mempunyai penampilan yang menarik, cantik dan sudah menjadi pujaan sejak di bangku sekolah.

Tetapi, apa yang menjadi inspirasi adalah seorang gadis yang dahulunya gempal kini menjadi ratu cantik dan telahpun dinobat sebagai Miss Selangor Earth 2016.


Joanna Joseph membuktikan bahawa setiap wanita boleh menjadi ratu cantik jika berusaha untuk mencapai impian tersebut.

Pada Ahad lalu, Joanna dari Klang berjaya meraih gelaran itu pada acara kemuncak Miss Selangor Earth 2016 yang diadakan di SACC Mall, Shah Alam.

Susulan itu, laman Facebook Miss Selangor Earth 2016 mengambil peluang berkongsi kisah motivasi bagaimana Joanna yang berbadan besar kini menjadi langsing bahkan seorang model.

Menurut Joanna yang berusia 19 tahun, sejak dari bangku sekolah lagi, dia sering mejadi mangsa buli kerana memiliki tubuh badan yang ‘gemuk’ dan tidak secantik gadis lain.

Tambah Joanna yang kini melanjutkan Diploma di Management Science University (MSU), dia terpaksa mengorbankan banyak perkara untuk memiliki apa yang dimilikinya sekarang.

Dia berjaya menurunkan berat badan dengan cara pemakanan yang baik, dan tidak pernah bergantung kepada sebarang pil penurun berat badan. Dia turut mengucapkan terima kasih kepada ayahnya atas sokongan yang diberikan sepanjang masa ini.

Kenyataan itu kini viral di media sosial sehingga dikongsi lebih dari 4,000 perkongsian.

Menurut seorang jurucakap Miss Selangor Earth 2016 kepada Astro AWANI, Joanna merupakan ratu cantik yang pertama untuk mewakili Selangor dalam pertandingan Miss Malaysia Earth 2016. Joanna akan bertanding dalam Miss Malaysia Earth 2016 pada 7 Ogos ini di Ipoh. Syabas Joanna!








Sumber : FB Miss Earth Selangor 2016 & Astro Awani



Bagus
1

Marah
1

Terkejut
4

Sedih

Lawak
9

Bosan

Friends Rank (15 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • kacangbadam


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chinta89 27-7-2016 02:59 PM
jantann yg mengejek dia dulu, melopong la tgk joana skg neh..
Quote me.me 27-7-2016 03:38 PM
features muka dia cantik.
Quote aliaa 27-7-2016 03:42 PM
gigih nya dia...
Quote Emperor95 27-7-2016 03:50 PM
mukanya memang cantik
Quote whadda 27-7-2016 04:54 PM
putihnye skarang..
Quote dubuk 27-7-2016 05:16 PM
wowwwwwww raut muka dia lawa
Quote farhana008 27-7-2016 06:35 PM
Mmg gojes lps kurus!!
Quote LavaUollss 27-7-2016 06:43 PM
harap-harap tak jadi gemuk balik macam ratu cantik malysia yg dulu ni... Apa ke nama dia tak ingat la
Quote fazamania 27-7-2016 09:33 PM
Lobai PAS takde boikot da. solat luar dewan ni ka?
Quote merrissa 28-7-2016 01:44 AM
fazamania replied at 27-7-2016 09:33 PM
Lobai PAS takde boikot da. solat luar dewan ni ka?

kahkahkah.......kannnnn.... patot deme wat solat hajat untuk semua...bukan takat retis barat yg dtg buat konsert kt msia je....


Quote merrissa 28-7-2016 01:44 AM
siyes kurus gilerrr
Quote kiambang 28-7-2016 07:47 AM
Flawless kulit dia.. teknik mekap ke?
Quote Loloq89 28-7-2016 08:48 AM
cun pulak
Quote Samm_BM 28-7-2016 11:52 AM
Boleh masuk iklan fair and lovely
Quote JpA0606 28-7-2016 12:36 PM
lawa...   
Quote kimchipedas 28-7-2016 09:48 PM
Cantik senyuman dia
Quote alieyrina 28-7-2016 10:39 PM
Mcm heroin boliwud dah ku tengok...

kalau opismet aku tebalik..dulu masa remaja ratu kebaya..la ni jadi ratu jumbo pulak..
Quote green~tea 29-7-2016 04:46 PM
wow... this proves to me that there's no such this as ugly person, only lazy ones..
Quote BuBuComey 30-7-2016 04:53 PM
U go girl!

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 11:43 AM GMT+8 , Processed in 0.059606 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top