CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Lakukan 5 Aktiviti Menarik Ini Bersama Keluarga Di Hujung Minggu

5-8-2016 11:15 AM| Diterbitkan: CARI-IIN| Dilihat: 4560| Komen: 4

Description: Cuba penuhkan hujung minggu anda dengan aktiviti yang sihat
Oleh Izzah Abbasy

Tiba sahaja hujung minggu, ramai ibu bapa membawa anak-anak untuk 'window shopping'. Hakikatnya, bukanlah ingin berseronok atau menghabiskan masa emas bersama anak-anak, tetapi lebih kepada menunaikan nafsu si ibu untuk membeli-belah. Ala, tak mahulah begitu. Kesian anak-anak.

Jika anda menjalani rutin yang sama pula setiap minggu dengan hanya berehat di rumah sahaja, apa kata cuba penuhkan hujung minggu anda dengan aktiviti yang sihat.

Berikut ada beberapa aktiviti yang mungkin akan menceriakan hujung minggu anda sekeluarga, sudah pastinya baik untuk kesihatan daripada segi fizikal dan mental. Ia juga tak memerlukan belanja yang besar dan sangat menjimatkan!

1. Berjalan Di Tepi Pantai

Lakukan 5 Aktiviti Menarik Ini Bersama Keluarga Di Hujung Minggu


Luangkan masa anda untuk berjalan di tepi pantai, berjalan di tepi pantai secara zahirnya akan memberikan anda ketenang, boleh dikatakan ia adalah waktu rehat untuk otak anda.

Nikmati betapa indahnya pemandangan di tepi pantai. Kita memang beruntung kerana banyak pantai-pantai yang cantik ada di Malaysia.

2. Mendaki

Lakukan 5 Aktiviti Menarik Ini Bersama Keluarga Di Hujung Minggu


Anda yang minat dengan aktiviti yang lebih lasak boleh cuba isikan waktu anda dengan mendaki, kalau nak yang lebih ringan boleh cuba panjat gunung yang tinggi. Keluarkan sedikit peluh, boleh buang toksin-toksin dalam badan. Juga boleh kurus tau!

3. Berkayak

Lakukan 5 Aktiviti Menarik Ini Bersama Keluarga Di Hujung Minggu


Jarang kita lihat hari ini orang berkayak, mungkin sebab tempat berkayak di Malaysia ini terhad. Berkayak juga di antara aktiviti lasak dan menyeronokkan, bukan sahaja menyihatkan badan, tapi ia juga boleh mencabar keupayaan diri anda.

4. Berbasikal

Lakukan 5 Aktiviti Menarik Ini Bersama Keluarga Di Hujung Minggu


Berminat untuk aktiviti santai sambil melihat pemandangan sekeliling, berbasikal adalah pilihan yang paling tepat. Sekarang ini tak perlu bawa basikal sendiri pun tak apa, banyak taman rekreasi di Malaysia yang ada menyediakan perkhidmatan sewa basikal.

5. Berenang

Lakukan 5 Aktiviti Menarik Ini Bersama Keluarga Di Hujung Minggu


Aktiviti bermain air memang seronok, sesuai dengan musim panas di Malaysia. Selain boleh sejukkan badan, ia dapat mengawal keseimbangan badan anda. Aktiviti ini juga boleh menguruskan badan tau! Nak lagi seronok boleh pilih lokasi percutian seperti pulau-pulau, di tepi sungai ataupun air terjun. Berkelah sambil mandi-manda pun seronok juga.

20

Bagus
26

Marah
15

Terkejut
18

Sedih
25

Lawak
39

Bosan

Friends Rank (143 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote misscendol 5-8-2016 05:50 PM
Berkayak ni best. Tp kalau kat msia mau jd hitam klau berkayak lama sgt
Quote Papaglamz 6-8-2016 11:37 AM
Berenang best
Quote 513172 6-8-2016 01:14 PM
best..tp byk hujung minggu kene bekerja..
Quote ana 30-8-2016 09:26 AM
hujung minggu dpt jalan2 g taman dgn suami dan anak pon dh ckup happy

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 10:25 AM GMT+8 , Processed in 0.477531 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top