CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Harta Berunsur Rasuah Akan Dibeku, Disita & Dilucut- SPRM

15-8-2016 09:30 AM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 4166| Komen: 15

Description: Dalam usaha menangani gejala rasuah di negara ini, tindakan tegas termasuk membeku, menyita atau melucutkan hak harta yang diperoleh melalui perbuatan rasuah dan salah guna kuasa akan dilaksanakan sec ...
Oleh : TS LOO



Harta Berunsur Rasuah Akan Dibeku, Disita & Dilucut- SPRM



Dalam usaha menangani gejala rasuah dengan lebih berkesan di negara kita, tindakan tegas termasuk membeku, menyita atau melucutkan hak harta yang diperoleh melalui perbuatan rasuah dan salah guna kuasa akan dilaksanakan secara lebih agresif.

Kenyataan tersebut disuarakan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu, Datuk Dzulkifli Ahmad dalam temu bual eksklusif dengan Bernama Sabtu lalu.

“Antaranya tindakan demikian boleh diambil melalui peruntukan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009; Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLA).” 


“Pada hemat saya, faktor utama yang mendorong gejala ra-suah semakin berleluasa adalah kerana sikap tamak golongan yang mempunyai kuasa dan kedudukan sama ada dalam kalangan mereka yang berjawatan tinggi mahupun rendah."

Tambah beliau, bagi memastikan tindakan itu lebih berkesan, pembekuan harta boleh di-buat walaupun seseorang itu baru menjadi suspek dan kesnya masih dalam siasatan.

Jelasnya, berdasarkan peruntukan di bawah Akta SPRM, harta seseorang suspek boleh dibekukan sehingga 90 hari dan jika ada alasan munasabah boleh dilanjutkan sehingga sembilan bulan lagi.

Di bawah AMLA pula harta yang dipercayai diperoleh secara rasuah dan salah guna kuasa boleh dibekukan sehingga 18 bulan.

Tindakan pembekuan harta tidak terhad kepada harta yang dimiliki pelaku rasuah, tetapi boleh diambil terhadap harta yang telah dipindah milik kepada anggota keluarga pelaku, sekiranya ia dipercayai diperoleh melalui perbuatan rasuah dan salah guna kuasa.

Pada masa yang sama, katanya, mereka yang membenarkan nama digunakan untuk pesalah menyembunyikan aset yang diperoleh secara rasuah dan salah guna kuasa juga tidak akan terlepas daripada dikenakan tindakan.- CARI




sumber berita : Bernama
13

Bagus
8

Marah
5

Terkejut
17

Sedih
10

Lawak
12

Bosan

Friends Rank (65 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kentel 15-8-2016 09:52 AM
kah kah kah
Quote sarahmirza 15-8-2016 09:54 AM
Drama ke ni?
Quote dizzzek 15-8-2016 09:55 AM
kalau derma, it is ok
Quote tagas 15-8-2016 09:59 AM
Ni ditujukan utk ikan2 bilis jer

jerung2 dikecualikan
Quote AbukRokok 15-8-2016 10:52 AM
saya tak rasuah
dia derma pada saya
dan saya pun menderma pada dia
Quote kaseh80 15-8-2016 10:53 AM
Walk the talk
Quote dubuk 15-8-2016 10:54 AM
tagas replied at 15-8-2016 09:59 AM
Ni ditujukan utk ikan2 bilis jer

jerung2 dikecualikan

jerung mulut besar, kaut semua sekali harung

bilis mulut kecil..  tak payah la harta banyak.. perut pun kecil..
Quote bangcak 15-8-2016 11:00 AM

ketok the bewok

Quote NAT_11 15-8-2016 11:21 AM
KIHKIHKIH...............................
Quote zulka 15-8-2016 11:25 AM
ok...
Quote oppol 15-8-2016 12:47 PM
Harap pembesar ex pembesar Negara/Negeri dan keluarga di raja terkecuali..
Quote hayati_hassan 15-8-2016 12:50 PM
cakap tak serupa bikin
Quote PongKang 15-8-2016 01:16 PM
betul ke or cakap saje
Quote namirulmukminin 15-8-2016 04:24 PM
Muka tengok macam Jebon... Agresif konon..
Quote Johnyblaze87 15-8-2016 05:32 PM
Wayang je laaa

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 05:39 AM GMT+8 , Processed in 0.191445 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top