CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Graduan Tak Rasa Malu Jual Nasi Lemak Sementara Cari Kerja, Kini Gerainya Jadi Viral

30-8-2016 05:26 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 13590| Komen: 38|Original author: oleh: Adib Za

Description: Siapa sangka, kurang dari seminggu membuka gerai nasi lemak, gadis ini telah pun menjadi viral dan diperkatakan ramai orang.

Siapa sangka, kurang dari seminggu membuka gerai nasi lemak, gadis ini telah pun menjadi viral dan diperkatakan ramai orang. 

Gerai yang diberi nama Nasi Lemak Anak Dara ini, terletak di Seksyen 7 Shah Alam diusahakan oleh seorang graduan yang sedang mencari pekerjaan di sekitar Lembah Klang. 

Siti Hajjar, 24 merupakan lepasan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia baru sahaja menjejakkan kaki ke Shah Alam selama 3 minggu. 

Satu sahaja tujuannya iaitu ingin mencari pekerjaan yang nyata memiliki peluang lebih cerah di sekitar Shah Alam dan juga Kuala Lumpur. Namun, sementara itu dia tidak mahu membazirkan masa dengan perkara tidak berfaedah. 




"Saya sebenarnya langsung tak rancang nak niaga. Tetiba ilham datang untuk buka gerai nasi lemak. Lagipun hobi saya memasak jadi baik saya guna kelebihan itu.."

Nyata sekali, dengan semangat tak gentar dengan pandangan orang lain, gadis ini berjaya menarik perhatian dengan jualan nasi lemaknya. 

Terbaru, dia memberitahu menerusi status di Facebook miliknya, dia telah pun mendapat tawaran pekerjaan di Subang Jaya dan bakal bermula pada September ini. 

Meskipun nampak ringkas sahaja perjalanan yang dilaluinya, namun sebenarnya kemahuan dan semangat yang ada pada dirinya telah membuatkan ramai yang terinspirasi.

Yalah, sikap 'apedehal' dengan menjual nasi lemak walaupun ada segulung ijazah dalam genggaman, wajar dicontohi. Kalau orang lain, belum tentu sanggup turun padang seperti gadis ini. Apa kata anda? - CARI






5

Bagus
16

Marah
13

Terkejut
15

Sedih
12

Lawak
19

Bosan

Friends Rank (80 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote holothurian 30-8-2016 06:18 PM
tahniah la dik non..
Quote kiambang 30-8-2016 07:24 PM
Janji halal dik...
Quote mishungu 30-8-2016 07:28 PM
Untung la time aku tanam anggur few years back buat car boot food guna viva je dgn kwn aku rasa nye time tu mcm x ramai lg org buat cmtu xde sape nk viral sbb bkn zaman viral lg kot 2013/2014..slalu kena puji dgn chinese good idea and support lg..malay kalau pandang sinis je..
Quote imransulaiman 30-8-2016 08:01 PM
Suka tengok orang yang suka meniaga....

Meniaga ni seronok
Quote aurorae 30-8-2016 08:08 PM
masa belajar kat kolej dulu, ada gerai air tebu sorang abang ni kat tepi jalan.  Gerai bersih, peniaga sopan, meja mesin tebu pun berlapik kain putih.   Tak lama lepas tu kami dapat lecturer baru, si peniaga air tebu rupanya.
Quote DeeHanania 30-8-2016 10:19 PM
Tahniah Dik...
Quote Cloudfly 30-8-2016 10:28 PM
Apa nk di malu kn rezeki halal..kwn meols yg graduate BBA pn da yg bniaga kt tepi jln n umh mcm ni..payah nk dpt kje..so bniaga la kecilan pn..
Quote FARRAZOOL 30-8-2016 11:19 PM
Saute la..terbaik
Quote chazey 30-8-2016 11:21 PM
aurorae replied at 30-8-2016 08:08 PM
masa belajar kat kolej dulu, ada gerai air tebu sorang abang ni kat tepi jalan.  Gerai bersih, penia ...

Epiknya kisah uol. Mesti terpisat2 uol tengok abang tebu tu depan kelas.
Quote melinda_kerr 31-8-2016 12:01 AM
good job dik. ada budak2 muda sanggup jadi call girl nk hidup senang. kau pulak pagi2 subuh dah memasak cari rezeki halal. moga murah rezeki.
Quote exclusive_vvip 31-8-2016 07:08 AM
mishungu replied at 30-8-2016 07:28 PM
Untung la time aku tanam anggur few years back buat car boot food guna viva je dgn kwn aku rasa nye  ...

dah tu, takde langsung ke malay yg membeli dari korang?...i bukan apa, dah selalu sgt dok dengar ayat camni...baru kene puji dgn sorang dua cina...terus kutuk bangsa sendiri..tak support la,pandang sinis la,apa la...padahal ada ja malay yg dok gi membeli.
Quote aurorae 31-8-2016 08:01 AM
chazey replied at 30-8-2016 11:21 PM
Epiknya kisah uol. Mesti terpisat2 uol tengok abang tebu tu depan kelas.

masa dia bersopan santun jual air tebu pun dah rasa nak jatuh cinta.  Bila dah jadi lecturer, uhh terus malu2 gitu.
Quote xtravaganza 31-8-2016 08:46 AM
Bagusnya.. Suke aku tgk bdk2 mcmni..
Quote mishungu 31-8-2016 10:59 AM
exclusive_vvip replied at 31-8-2016 07:08 AM
dah tu, takde langsung ke malay yg membeli dari korang?...i bukan apa, dah selalu sgt dok dengar a ...

Ada je tp area tu mmg chinese area..terpulang la u nk ckp apa bkn nk kutuk bangsa i sndri tp mmg melayu kalau bdk meniaga cmtu tepi longkang pulak tu mesti ada pandangan sinis cuma skrng alhamdulillah org kita da ramai blh terima bdk muda meniaga kecik2 ni..time aku dlu dtg beli lps tu dok tnye knp x keje bla bla..ada yg persoal harga dgn sombong nye lps tu termalu terus blah..
Quote mommymonster82 31-8-2016 12:02 PM
2 perkara yg me nampak agak pelikla dalam masyarakat melayu..n memundurkan
1 bila ada yg cuba berniagamesti kena kutuk..
2 kalu ada yg belajar ckp english..slah cakap mesti kena kutuk kaw2..konon poyo dah xreti tu xyahla cakap...

Quote cmf_premierleag 31-8-2016 12:43 PM
Bagus dik
Teruskan usaha utk cari rezeki yg halal
Jgn kawen dgn biawak hidup spt acik2 kepam diluar sana sbb adik sgt pandai berdikari dan cari duit sendiri
Kalo akak duk shah alam mesti akak beli nasi lemak adik..nak sapot budak2 melayu berniaga dgn jujur
Quote dubuk 31-8-2016 03:26 PM
dubuk buta shah alam

last dubuk pergi shah alam masa rombongan sekolah rendah hmmmmmmmmmmm
Quote sofiazara 31-8-2016 08:14 PM
dubuk replied at 31-8-2016 07:26 AM
dubuk buta shah alam

last dubuk pergi shah alam masa rombongan sekolah rendah hmmmmmmmmmmm

biasa rombongan sek ren org pegi zoo negara muzium penang terengganu melaka. x pnh dgr g shah alam. rare
Quote dubuk 31-8-2016 08:19 PM
sofiazara replied at 31-8-2016 08:14 PM
biasa rombongan sek ren org pegi zoo negara muzium penang terengganu melaka. x pnh dgr g shah alam ...

cikgu bawa melawat masjid shah alam..

Lihat semua komen(38)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 03:52 PM GMT+8 , Processed in 0.056014 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top