CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Kes Pertama Di Malaysia : Wanita Di Klang Sah Dijangkiti Virus Zika

1-9-2016 11:59 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 10901| Komen: 76

Description: Virus Zika adalah sejenis virus yang disebarkan oleh nyamuk...

Oleh : Dean BZ

Virus Zika adalah sejenis virus yang disebarkan oleh nyamuk Aedes yang merupakan vektor yang sama untuk penyakit demam denggi dan chikungunya. Ianya boleh menyebabkan bayi baru lahir mengalami sindrom otak kecil atau 'mikrosefali' sekiranya dijangkiti. 


Virus ini ditemui di hutan Zika di Uganda pada tahun 1947 dan ianya merupakan bukan penyakit baru bagi negara seperti Afrika. Wabak Zika mula merebak secara meluas di Hemisfera Barat sejak bulan Mei 2015 dimana ianya bermula di Brazil. 


Negara jiran, Singapora turut dilanda virus berbahaya ini hingga mencatat sebanyak 115 kes melibatkan virus Zika setakat ini.

Apa yang mengejutkan hari ini, Kementerian Kesihatan Malaysia baru sahaja mengesahkan seorang wanita berusia 58 tahun di Klang, Selangor sebagai mangsa pertama dijangkiti virus Zika di Malaysia.


Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata wanita berkenaan telah mengunjungi anak perempuannya di Singapura pada 19 Ogos dan pulang ke tanah air dua hari kemudian.

Bercakap pada satu sidang media di sini, beliau berkata selepas seminggu, wanita berkenaan dilaporkan mulai demam dan dirujuk ke Hospital Sungai Buloh untuk pemeriksaan.

Menurutnya, ujian air kencing yang dijalankan ke atasnya mengesahkan dia dijangkiti virus tersebut.

Bagaimanapun, ujian ke atas suaminya yang turut sama ke Singapura didapati negatif.

Katanya, anak wanita berkenaan di Singapura disahkan dijangkiti virus Zika pada 30 Ogos lalu oleh pihak berkuasa kesihatan Singapura.

Katanya lagi, kementerian akan melaksanakan kawalan vektor nyamuk Aedes di kawasan perumahan wanita itu di Taman Botanik, Klang. 



Simptom & Tanda-Tanda Demam Zika
- Sakit kepala
- Ruam pada kulit
- Sakit sendi
- Mata kemerahan

Jika anda atau ahli keluarga ada simptom-simptom diatas, segeralah ke klinik atau hospital untuk pemeriksaan lanjut. - CARI


11

Bagus
13

Marah
12

Terkejut
9

Sedih
6

Lawak
11

Bosan

Friends Rank (62 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Lina66 1-9-2016 12:25 PM
pregnant woman kene more hati2...
sekeliling rumah tu kalo ade air bertakung, sampah sarap cepat2 la kasi clear..

Quote Lina66 1-9-2016 12:27 PM
STONER replied at 1-9-2016 02:25 PM
zika serang ibu mengandung je kan dik? boleh bawa mati ke atau anak jadi cacat je


bukan takat ibu mengandung je dgn abg stoner skali bleh kene serang..
Quote insulin 1-9-2016 12:31 PM
Alamak. Sudah sampai ke Malaysia ke? Risaunya...
Quote zulka 1-9-2016 12:46 PM
alamak....
Quote mokcikKSKB 1-9-2016 12:50 PM
Edited by mokcikKSKB at 2-9-2016 10:29 AM

Mohon jgn amik ringan..kalau denggi bolehlah jugak nk gagah diri sampai sihat betul. Kalau zika siap buat permanent damage kat baby lagik...kesianlah kat anak memasing. Keraplah pakai mosquito repellant kalau hampa mengandung.kurangkan keluar memalam sbb aedes active subuh dan manghrib..
Quote arffa 1-9-2016 12:50 PM
takutnya. baru gi GM semalam
Quote mesmerize 1-9-2016 12:51 PM
ai rasa bukan setakat ibu mengandung aje. semua orang bole kena. dan simptom serta gejalanya serupa kena denggi. takde ubat pulak tu. sama ada gol atau sembuh ikut pada ketahanan badan masing2.
Quote cikyahvogue 1-9-2016 01:12 PM
Iols balik kg ni kek klang. Dahle tgh preggy 7 bln. Laki iols suruh duk tumah jr diam sapu ubt nyamuk. Baru nak pg ngukur shopping mall
Quote lurve82 1-9-2016 01:16 PM
jgn la terpregnant plak...
Quote aTiKah_aYuNi 1-9-2016 01:16 PM
Risaunya...dh la ramai warga malaysia yg keje kat seberang tambak......

harap2 xde la nyamuk yg tumpang @ pekerja2 ni bawak virus masuk sini...
Quote MissMamamia75 1-9-2016 01:29 PM
aTiKah_aYuNi replied at 1-9-2016 01:16 PM
Risaunya...dh la ramai warga malaysia yg keje kat seberang tambak......

harap2 xde la nyamuk yg  ...



bos akak singaporean..tiap2 minggu ulang alik sana...huhu..

smoga kita smua dijauhkn dr virus2 yg membunuh ni..

https://www.facebook.com/dr.syamirul?fref=nf
kat FB doktor ni ada byk info pasal Zika..
Quote gula_tebu 1-9-2016 01:31 PM
aiyooo, ni buat rasa seram nk masuk singapore next week ni
Quote Lina66 1-9-2016 01:35 PM
gula_tebu replied at 1-9-2016 03:31 PM
aiyooo, ni buat rasa seram nk masuk singapore next week ni


tak perlu seram kak.. akak kalo seram lagi nyamok suke
akak nak g area mane kat Spore?
Quote huehue 1-9-2016 01:36 PM
Scarynya bila dengar dah sampai Malaysia
Quote gula_tebu 1-9-2016 01:38 PM
Lina66 replied at 1-9-2016 01:35 PM
tak perlu seram kak.. akak kalo seram lagi nyamok suke
akak nak g area mane kat Spore?

ahahaha i dari rumah nak straight away sampai airport lepas tu balik. tak yah singgah memana nak elakkan nyamok.

boleh gitu? hahaha
Quote monreyes 1-9-2016 01:41 PM
Sup ketam pun x jalan ke...
Quote prettyuglybabe 1-9-2016 02:00 PM
denggi pn risau klu kena.. ni kan pulak zika..
Quote paz 1-9-2016 02:01 PM
Alamak nak kena pakai mosquito repellent lah ni...
Quote hatikudus 1-9-2016 02:02 PM
Ada yg bgtau aku, virus zika ni boleh jugak tersebar melalui udara oleh si  pembawa virus yg batuk or bersin.  Betul ke? Kena study jugaklah sikit2 pasal zika ni

Lihat semua komen(76)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 08:47 PM GMT+8 , Processed in 0.069771 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top