CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Rupanya Wanita Juga Perlu Keluarkan Zakat Tapi Kenapa?

2-9-2016 10:50 AM| Diterbitkan: CARI-IIN| Dilihat: 1769| Komen: 3

Description: Ada beberapa jenis zakat yang perlu dilunaskan golongan wanita kerana kaum hawa hari ini
Oleh Izzah Abbasy

Wanita perlu bayar zakat? Pasti anda keliru kan? Ramai wanita mengambil mudah tentang keperluan berzakat kerana sering melabelkan zakat itu adalah zakat fitrah semata-mata serta menyerahkan urusan pembayaran zakat tersebut kepada bapa (bagi wanita yang belum berkahwin) atau suami.

Ada beberapa jenis zakat yang perlu dilunaskan golongan wanita kerana kaum hawa hari ini mempunyai karier malah pendapatan tinggi.

Ini kerana dalam syarat wajib zakat tidak ada dinyatakan gender mahupun had umur untuk melengkapkan Rukun Islam yang ketiga itu. Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Dirikanlah solat (wahai wanita), tunaikan zakat (wahai wanita) dan taatilah Allah dan RasulNya (wahai wanita).” (surah Al-Ahzab : 33)

Foto : www.orori.com


Zakat Yang Perlu Dilunaskan Kaum Wanita

1) Wanita berkerjaya selain perlu mengeluarkan zakat ke atas pendapatan yang diterima mereka juga perlu peka beberapa jenis zakat lain yang sering kali terlepas pandang.

2) Perlu diingatkan bahawa wang simpanan anak-anak juga merupakan harta terkumpul yang wajib dikeluarkan zakat jika wang ini cukup nisab dan haul (tempoh setahun).
 
3) Nafkah zahir yang diberi oleh suami setiap bulan jika melebihi nisab dan haul turut wajib dikeluarkan zakat.

4) Begitu juga dengan emas yang digunakan untuk perhiasan diri wanita sama ada digunakan sekali-sekali atau berterusan. Emas perhiasan  wajib dizakat apabila jumlah beratnya melebihi ‘uruf (adat kebiasaan).

5) Perkara yang sama jika seseorang wanita itu menerima wang hasil caruman dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) selepas mencapai umur persaraan.

6) Bagi wanita yang terlibat dalam bidang perniagaan termasuklah jenis online, mereka juga sebenarnya tidak terlepas daripada dikenakan zakat perniagaan sama seperti usahawan dari golongan lelaki.


Terdapat dua kategori qada zakat yang ditetapkan iaitu:

1.Qada’ Fauran (wajib pada waktu tersebut)
Sekiranya terlupa mengeluarkan zakat fitrah dalam tempoh yang ditetapkan wajib membayar kadar zakat tersebut secepat mungkin.

2.Qada’ Muta’akhor (boleh diganti berperingkat-peringkat atau beransur-ansur)
Sementara qada zakat harta boleh dilakukan secara sekali gus atau boleh dilakukan secara berperingkat-peringkat atau pemotongan bulanan mengikut kemampuan.

Untuk info lebih lanjut tentang zakat dan cara pembayaran boleh layari laman web http://www.zakat.com.my

Sumber : Nona

 
12

Bagus
10

Marah
15

Terkejut
10

Sedih
14

Lawak
14

Bosan

Friends Rank (75 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini

Komen Terbaru

Quote Qnqn 4-2-2017 12:12 PM
Tegur
Quote Qnqn 4-2-2017 12:12 PM
Yeeee i tahun lepas pun lupa nak bayar zakat and thats my first year kerja pastu ayah i yang tegir kena bayar zakat
Quote hareeeesah 16-9-2016 07:46 PM
Very good info. Thank you, selalu alpa.

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 10:52 PM GMT+8 , Processed in 0.039478 second(s), 22 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top