CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Anda Sangka Hirisan Lemon Itu Menyihatkan, Rupanya Terdapat Banyak Bakteria?

8-9-2016 03:29 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 8973| Komen: 30

Description: Hirisan lemon dalam teh o ais atau minuman sejuk lain, pasti menambahkan sensasi rasa yang sangat enak dan menyegarkan.
oleh Adib Za

Hirisan lemon dalam teh o ais atau minuman sejuk lain, pasti menambahkan sensasi rasa yang sangat enak dan menyegarkan.

Tambahan pula, ia dikatakan mengandungi banyak khasiat untuk kesihatan. Namun, bagaimana jika dikatakan setiap hiris lemon itu sebenarnya berbahaya?

Pasti mengejutkan, bukan? Memetik laman Express.co.uk, dalam satu hirisan lemon terdapat banyak bakteria yang berpotensi menyebabkan penyakit merebak.

Malah, dikatakan menjilat hirisan lemon dinaggap sama kotornya seperti menjilat tandas! Yucks!




Ada sebuah kajian yang diterbitkan dalam Journal of Environmental Health pada 2007 menunjukkan bahawa hampir 70 peratus hirisan lemon yang digunakan di 21 restoran yang berbeza, mengandungi 25 mikroba yang berbeza. 

Bayangkan sahaja lemon itu sendiri telah dipegang, dibelek, dipotong kemudian dimasukkan ke dalam gelas. Pastinya kuman mudah sahaja merebak melalui aktiviti tersebut. 

Oleh itu, elakkan memasukkan hirisan lemon ke dalam minuman anda. Ingin sihat, hanya ambil jusnya dan bukannya hirisan lemon yang telah dipegang-pegang dan disentuh-sentuh! - CARI


Foto: Carian google

2

Bagus
5

Marah
5

Terkejut
15

Sedih
4

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (32 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Vellfire 8-9-2016 04:30 PM
kalo sendiri potong takperkan?
ni minuman pebret aku... tiap2 hari buat
biasa lepas potong aku cuci baru letak dlm jug/gelas
Quote Artemesiaa 8-9-2016 05:08 PM
Kalau buat sendiri OK rasanya sebab kita akan pastikan akan kebersihannya.  Masaalahnya kalau yg kat kedai makan ni ia dah dipotong siap2 untuk memudahkan mereka sewaktu menyediakan minuman dan cepat dapat menghidangkanya.  Sebab tu apa2 yg dah disiapkan awal2 sebelum digunakan agak diragukan tahap kebersihannya
Quote seramado 8-9-2016 05:21 PM
rasanya sendiri ok kan...yg kat kedai tu...even limau sirau pun rasa geli la diorang pegang2 limau tu pastu masuk dlm air yekkkk
Quote madknownz 8-9-2016 05:24 PM
ingatkan citrus tu punca bakteria....

rupanya sebab pegang...
Quote ezir 8-9-2016 05:26 PM
nasib xmnum lemon kat kedai
Quote sayabencitau 8-9-2016 05:43 PM
perumpamaan terus tandas. Umpama mejilat tandas.seram
Quote che_kembang 8-9-2016 08:08 PM
sib baik bukan sbb kesan buruk lain..fuh legaaa..tapi kalau ada sesapa tau keburukan air lemon harap dpt maklumkan..lemon water is my fav
Quote mujer_in_espejo 8-9-2016 08:59 PM
kisar halia dan perah lemon jadikan jus.. minuman detox semulajdi
Quote KendallJenner 8-9-2016 09:04 PM
Perumpamaan yang kejam
Lepas ni tak nak minum ice lemon tea dekat kedai lg
Quote Joannalee 8-9-2016 09:20 PM
X tpike plak mcmni...
Quote mirandanicky1 8-9-2016 10:20 PM
Kalau nk order ice lemon tea minta lemon asing perah sendiri lemon tu dlm air kita..
Quote vender 8-9-2016 10:27 PM
biasa beli teh o limau kat mamak. bagitau mamak, limau kasi asing jgn letak dlm air. settle.
kengkadang diorg ada yg paham, ada yg tak paham...siap pi perah limau tu dlm gelas kosong lagi.

eh ni thread lemon kan? ala lebih kurang la tu ngan limau nipis.
Quote makkawhijo 9-9-2016 11:30 AM
kita selalu buat sbb nak kurus hehehehe
Quote krustykrab 9-9-2016 12:32 PM
lahaiiii....abis tu yg org buat kek fondant tu lagi la geli....gelek tonyoh cucuk....lagi la byk kuman tu kat kek...
Quote ~boolean 9-9-2016 02:15 PM
Kuih muih melayu dan roti2 mamak pun aku jarang2 makan bila terbayangkan tangan pembuatnya..itu belum lagi dengan bersin, batuk, air liur yang jatuh bila uli tepung..

Walaupun digoreng tetap aku rasa gelinya..

Masak saja dirumah walau hanya mampu maggi saja
Quote DeeHanania 9-9-2016 04:27 PM
Buat sndiri ok laa,feveret nie
Quote Inezkhalidi 9-9-2016 04:34 PM
Bila basuh lemon atau buah-buahan yang permukaannya tak rata kena berus sedikit untuk bagi betul2 bersih dan bukan sekadar lalukan dengan air. Ni tips dari rancangan Dr Oz.
Quote jazaa100 9-9-2016 04:53 PM
Inezkhalidi replied at 9-9-2016 04:34 PM
Bila basuh lemon atau buah-buahan yang permukaannya tak rata kena berus sedikit untuk bagi betul2 be ...

Iya...
Aku cuci mcm cuci pinggan....baru potong...
Quote Inezkhalidi 9-9-2016 05:16 PM
@jazaa100 Dalam program tu siap tunjuk proses lemon tu dari ladang sampai ke display untuk dijual. Berapa banyak tangan yang dok pegang lemon tu. Terkesan sungguh aku, insaf terus bab basuh2 barang makan ni.

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 08:28 PM GMT+8 , Processed in 0.128471 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top