CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Infozon Lihat artikel

ShopBack sertai MDEC #MYCYBERSALE sebagai rakan rasmi Cashback

26-9-2016 11:54 AM| Diterbitkan: jafKERJA| Dilihat: 1839| Komen: 1

Description: ShopBack Malaysia, platform pulangan tunai (Cashback) paling popular dalam negara, hari ini mengumumkan penyertaannya ke dalam acara #MYCYBERSALE...
ShopBack Malaysia, platform pulangan tunai (Cashback) paling popular dalam negara, hari ini mengumumkan penyertaannya ke dalam acara #MYCYBERSALE yang dinanti ramai, sebagai rakan Cashback dengan memberikan wang tunai sebenar kepada pembeli online.

 
Dianjurkan oleh Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC), #MYCYBERSALE, acara jualan online tahunan terbesar, akan diadakan dari 26-30 September tahun ini. Acara seluruh negara selama 5-hari ini akan menyaksikan laman e-dagang seperti Hermo, Lazada, Zalora, Qoo10, Photobook Malaysia, dan banyak lagi akan bersama-sama merancang produk dan servis bagi memberi kejutan kepada pembeli, dengan tawaran nilai terbaik serta diskaun sehingga 90%.
 
Wee Huay Neo, Pengarah MDEC untuk e-dagang berkata, "#MYCYBERSALE adalah tentang mempertingkatkan perkhidmatan dengan nilai tambah bagi pembeli online dan dengan adanya ShopBack sebagai rakan kami, ia akan memberi lebih manfaat dan penjimatan kepada pembeli di mana jua."

Add Image Caption Here

Sharmen Looi, Ketua Pegawai Operasi ShopBack Malaysia menyatakan, "Adalah menjadi kebanggaan kami untuk terlibat sebagai sebahagian dari #MYCYBERSALE tahun ini. Sebagai peneraju platform Cashback dalam negara, ShopBack bekerjasama dengan pekedai e-dagang untuk memberikan sehingga 50% Cashback di atas tawaran yang mereka sediakan.”
 
ShopBack membawakan model Cashback tiga-penjuru yang memberi manfaat kepada semua pihak - pembeli, e-dagang dan penyedia Cashback - ke Malaysia pada 
Februari 2015. Ia telah membolehkan pembeli di Malaysia untuk menerima wang tunai sebanyak RM5.4 juta sehingga kini, di mana seorang pembeli tertinggi telah menerima lebih dari RM17,000 di dalam akaunnya.
 
"Cashback boleh diperoleh setiap kali pembeli menekan menerusi ShopBack dan membuat pembelian di lebih dari 500 laman online, kemudiannya memindahkan penjimatan yang terkumpul ke akaun bank mereka. Kami percaya melalui pendekatan praktikal ini, bilangan pembeli online akan meningkat dan membawa kepada perkembangan ekonomi digital yang mampan di sini," tambah Looi.
 
Syarikat tersebut mengambil inisiatif sebagai menaikkan tawaran Cashback sejak awal tahun ini untuk membantu rakyat Malaysia menerima lebih penjimatan dalam pembelian seharian, di mana lebih kurang 300,000 pembeli telah menerima insentif Cashback dari ShopBack pada setiap bulan. Untuk maklumat lanjut, layari laman ShopBack di https://www.shopback.my atau Facebook page https://www.facebook.com/ShopBackMalaysia.

Add Image Caption Here

42

Bagus
37

Marah
46

Terkejut
40

Sedih
34

Lawak
30

Bosan

Friends Rank (229 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini

Komen Terbaru

Quote -electrifying- 26-9-2016 04:51 PM
masih xphm lgi konsepnya

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 02:20 PM GMT+8 , Processed in 0.041344 second(s), 22 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top