CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Ibu Malas Biar Anak Dalam Troli, Ini Akibatnya

25-10-2016 03:08 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7523| Komen: 17|Original author: Oleh: Myra Rozi

Description: Sering kali kita dapat melihat yang banyak ibu bapa akan meletakkan anak-anak dan bayi mereka di dalam troli ketika membeli-belah di pasar raya. Alasannya kerana malas nak dukung, sakit tangan dan seb ...
Sumber Foto: Shareably.net


Sering kali kita dapat melihat yang banyak ibu bapa akan meletakkan anak-anak dan bayi mereka di dalam troli ketika membeli-belah di pasar raya. Alasannya kerana malas nak dukung, sakit tangan dan sebagainya.

Tanpa disedari sebenarnya perkara ini sangat berbahaya dan membawa mudarat terhadap si kecil seperti apa yang berlaku  di Australia.

Seorang bayi, Logan yang berusia 10 bulan demam teruk sehari selepas pulang dari pasar raya dengan suhu mencapai 39 
darjah celcius dan terpaksa dikejarkan ke hospital.



Ibu kepada bayi tersebut, Vivienne Wardrop mengatakan yang anaknya muntah-muntah, demam panas serta cirit birit dan doktor mengesahkan yang bayi tersebut diserang meningitis, disyaki akibat bakteria yang ada di dalam troli tersebut.

Menurut Shareably, mangsa juga tidak menunjukkan tanda-tanda untuk sembuh sehingga keeesokan harinya serta mengalami dehidrasi. Berikutan itu, dia terpaksa ditahan selama 10 hari di hospital (8 hari dalam ICU).

Bukan itu sahaja, doktor mendapati bayi malang itu dijangkiti adenovirus, rotavirus, dan salmonella.

Disebabkan kejadian malang itu, Vivienne mengambil inisiatif dan merasakan dirinya bertanggungjawab untuk menerapkan kesedaran dan peringatan kepada ibu bapa di luar sana supaya kejadian yang sama tidak berulang kepada sesiapa pun lagi.


Pastikan sebelum meletak kanak-kanak dalam troli, bersihkan dahulu tempat di sekelilingnya dan kawasan yang mampu disentuh mereka.

Gunakan tisu antibakteria untuk mengelapnya atau yang paling baik dan jika larat, dukung sahajalah anak itu. 

Apalah sangat dengan sedikit keletihan jika hendak dibandingkan dengan kesihatan anak-anak kita kan? Jangan sudah terkena, baru nak menyesal. -CARI

14

Bagus
21

Marah
9

Terkejut
21

Sedih
13

Lawak
14

Bosan

Friends Rank (92 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote senduhazab 25-10-2016 03:24 PM
ala pakai carrier je senang....bonding dengan baby, selamat & bila2 baby ngantuk boleh tidur dengan aman
Quote manehnya 25-10-2016 04:05 PM
troli mmg bahaya... anak aku penah kena hmfd skli

huhu

tapi tu lah kalu x letak dlm troli kang lari2 hilang pulak, anak ramai plk tu

mebi pas ni kena bawak tisu dettol byk2 diinfection duluk troli ltu klu nk guna jugak
Quote azimodin 25-10-2016 04:11 PM
Aku kdg2 letak jugak kat troli bila dah penak kendong.. tapi xde la lama2. Anak aku pon x suka sgt duduk dalam troli. Yang penting lepas balik dari keluar jalan2, mmg aku sental anak aku tu... buka OCD ke hapa, sbb skrg ni macam2 penyakit. dia pon setahun 2-3 kali warded.
Quote nononcrux 25-10-2016 04:54 PM
ala siannye baby ..
Quote Artemesiaa 25-10-2016 05:00 PM
Memang amat diragui tahap kebersihannya tapi nampak cam ramai ibubapa tak ambil peduli je
Quote LautBiru52 25-10-2016 05:31 PM
Tak sangka bahaya smpai tahap cmni ek..kdg mmg letak kejap anak dlm troli sbb ank xsuke pn duduk situ..die nk jalan sndiri
Quote mdhelmi 25-10-2016 05:32 PM
jgn kata troli
boleh dapat virus dari ape yg dia kutip atas lantai
so rumah kene sentiasa divakum
Quote missDollie 25-10-2016 06:37 PM
Poor baby..shian nye...cedih je muka..
Quote chacon 25-10-2016 06:43 PM

pakai beg ni lebih rasa kasih sayang dan anak lebih terjamin selamt  

Quote ronapink 25-10-2016 07:39 PM
ciannya aby
Quote aleesyasofia 25-10-2016 08:12 PM
smga baby nie smbuh
Quote GigaMom 26-10-2016 02:13 AM
Bayi kecil begini letak dlm troli??
Kesengalan apakah ini
Quote Sekut_pepero 26-10-2016 10:31 AM
banyak je aku jumpe stok gini.. ade tu siap bawak bantal tilam baby letak dalam troli lagi bagi anak tido dalam troli... ade pulak tu kadang2 jumpe satu troli untuk barang, satu troli khas utk anak2..
Quote aTiKah_aYuNi 26-10-2016 01:26 PM
siannye baby
Quote pearl.silver 26-10-2016 01:39 PM
Tgk majalah3 baru ni...
Kanak2 ceria berubah sekelip mata sbb kecuaian pengasuh..bdk tu jatuh kolam, lemas..
Menyebabkan otak dia rosak...
Sedih gilaa tgk..
Quote sepertiitu 30-10-2016 03:14 PM
siannya baby.. tapi dekat mesia ni rileks je mak pak letak anak dalam troli..
Quote sayang_pjan 31-10-2016 09:36 AM
Edited by sayang_pjan at 31-10-2016 09:40 AM

suke troli tesco yg sblm ni..ade tmpt letak utk baby..mcm baring..
sblm letak mmg akn lap pakai wet tissue
now dh xde dh troli cmtu...
http://h7.alamy.com/comp/D3PG9Y/tescos-shopping-trolleys-one-with-baby-seat-attached-montrose-scotland-D3PG9Y.jpg now anak dh dua..dh pndai berlari dgn ligat..cmno nk lepaskn je..mmg kna agkut jgk letak dlm troli..
just kena standby wet tisu n antibacterial spray jelah..sblm letak bg spray satu troli..

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 03:01 PM GMT+8 , Processed in 0.301838 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top