CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ditumpas Myanmar 1-0, Harimau Malaysia Gagal Ke Separuh Akhir Piala AFF

27-11-2016 01:56 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 12976| Komen: 279

Description: Harimau Malaysia bukan sahaja tidak berjaya mendapatkan kemenangan yang dicari, malah tumpas 1-0 kepada Myanmar, sekali gus gagal melayakkan diri ke separuh akhir Piala AFF buat kali pertama dalam tem ...

Harimau Malaysia bukan sahaja tidak berjaya mendapatkan kemenangan yang dicari, malah tumpas 1-0 kepada Myanmar, sekali gus gagal melayakkan diri ke separuh akhir Piala AFF buat kali pertama dalam tempoh lapan tahun.


Memetik laporan Bernama, kekalahan itu tidak hanya mengecewakan penyokong Malaysia, malah pasti banyak mata yang hanya melihat kegagalan itu ke arah jurulatih Datuk Ong Kim Swee, tetapi mungkin beliau tidak boleh dipersalahkan sepenuhnya atas kegagalan itu. 

Pelbagai masalah yang diterima Kim Swee sejak memikul tugas secara rasmi pada Januari lalu termasuk kekurangan pemain yang benar-benar berkualiti dan ditambah pula dengan persaraan empat tonggak utama membuatkan Kim Swee berdepan tekanan.

Melihat kepada persembahan keseluruhan skuad itu sepanjang kempen Piala AFF Suzuki kali ini, semangat dan disiplin tinggi pemain ketika di atas padang seharusnya boleh dipuji. 
Namun, kelemahan utama yang mungkin dihadapi Harimau Malaysia ketika ini adalah kita masih kekurangan pemain yang memiliki kemahiran individu yang tinggi termasuk aspek kepantasan, keyakinan menggelecek dengan baik dan melakukan penyudah lebih tajam.


Sejurus tamat permainan, Kim Swee mengakui, beliau gagal memenuhi Indeks Prestasi Utama (KPI) yang ditetapkan FAM dan menyerahkan nasibnya kepada badan bola sepak itu.- CARI

sumber foto: AFF Suzuki Cup

sumber foto: http://www.fourfourtwo.com

13

Bagus
20

Marah
25

Terkejut
14

Sedih
25

Lawak
23

Bosan

Friends Rank (120 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lanesra 16-11-2016 05:28 PM
Edited by lanesra at 8-12-2016 07:05 PM

3 Dec 2016 - SABTU - SF1 Leg 1 INDONESIA (2) vs (1) VIETNAM
4 Dec 2016 - AHAD  -  SF2 Leg 1 MYANMAR (0) vs (2) THAILAND

7 Dec 2016 - RABU  -  SF1 Leg 2 VIETNAM (2) vs (2) INDONESIA
8 Dec 2016 - KHAMIS - SF2 Leg 2 THAILAND vs MYANMAR

14 Dec 2016 - RABU   -  Final Leg 1 Winner SF1 vs Winner SF2
17 Dec 2016 - SABTU -   Final Leg 2 Winner SF2 vs Winner SF1




Quote lanesra 16-11-2016 05:30 PM
Edited by lanesra at 26-11-2016 09:49 PM

Kumpulan A - Filipina, Thailand, Singapura, Indonesia

20 November
Thailand (4) lwn (2) Indonesia (4.30ptg)
Filipina (0) lwn (0) Singapura (8mlm)


22 November
Thailand (1) lwn (0) Singapura (4.30ptg)
Indonesia (2) lwn (2) Filipina (8malam)

25 November
Singapura (1) lwn (2) Indonesia (8mlm)
Filipina
(0) lwn (1) Indonesia (8mlm)



Kumpulan B - Myanmar, MALAYSIA, Vietnam, Kemboja

20 November

MALAYSIA (3) lwn (2) Kemboja (4.30ptg)
Myanmar (1) lwn (2) Vietnam (7.30mlm)


23 November
MALAYSIA (0) lwn (1) Vietnam (4.30ptg)
Kemboja (1) lwn (3) Myanmar (7.30mlm)

26 November
Vietnam (2) lwn (1) Kemboja (7.30 mlm)
Myanmar (1) lwn (0) MALAYSIA (7.30mlm)

Quote lkick2113 16-11-2016 05:32 PM
Gopi tak terpilih ka?
Quote lanesra 16-11-2016 05:48 PM

gopi tarak. rozaimi pun tarak terpilih.

Quote Nokiaman 16-11-2016 06:33 PM
Wakakakakak..Filipina ..rated lebih baik dari Malaysial...

Tak masuk semi final laaa tu...

Draw 1..kalah 2...tgklaa nanti...
OKS..letak jawatan jelaaa...
HAng tak boleh buat pape.....
Quote unhas 16-11-2016 06:51 PM
Aku peratikan player kita punya stamina agak kurang jika nak banding dengan team2 asean lain. Susah nak all out kalau stamina tak ok. Tapi harap2 dapat buat kejutan cam dulu la hendaknye. All the best la utk harimau malaya.
Quote akujerangkung 17-11-2016 05:33 PM
Go go Malaysia !!!!!!
Quote akujerangkung 17-11-2016 05:33 PM
Go go Malaysia !!!!!!
Quote lanesra 18-11-2016 11:12 AM
Dua perlawanan tanpa jersi hitam

Yangon: Penyokong Harimau Malaysia perlu menunggu lebih lama untuk melihat pemain beraksi dengan jersi baru selepas pengendali Datuk Ong Kim Swee berasakan jersi utama berwarna hitam itu tidak sesuai digunakan pada perlawanan sebelah petang dalam aksi Kumpulan B Piala AFF 2016 Yangon, Myanmar.

Jersi baru Harimau Malaysia sempena saingan Piala AFF dilancarkan pada Selasa lalu dengan mengubah tradisi jersi utama belang kuning hitam kepada hanya warna hitam.

Manakala jersi kedua yang sebelum ini berwarna biru kini ditukar kepada warna putih.

Bagaimanapun Kim Swee berkata, jersi berwarna hitam itu mungkin agak tidak sesuai digunakan khususnya pada dua perlawanan pertama kumpulan menentang Kemboja Ahad ini dan Vietnam pada 23 November yang berlangsung dalam cuaca panas jam 3 petang waktu tempatan (4.30 waktu Malaysia).

Satu lagi perlawanan menentang tuan rumah pula diadakan jam 6 petang waktu tempatan.

Jika jersi utama tidak digunakan dalam perlawanan peringkat kumpulan itu, anak buah Kim Swee boleh memakai jersi berwarna putih yang dilihat lebih sesuai dengan cuaca.

Skuad kebangsaan sudah berada di Yangon sejak semalam bagi persiapan terakhir aksi pembukaan Kumpulan B Piala AFF menentang Kemboja Ahad ini.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 17 November 2016 @ 6:34 PM
Quote lanesra 18-11-2016 11:12 AM
pakai la jersi warna apa-apapun janji menang.
Quote haruslah 18-11-2016 11:21 AM
lanesra replied at 16-11-2016 05:48 PM
gopi tarak. rozaimi pun tarak terpilih.

rozaimi dah fully recover ke?

Quote lanesra 18-11-2016 11:24 AM
haruslah replied at 18-11-2016 11:21 AM
rozaimi dah fully recover ke?

dah. dia dengan JDT II skrg ni.

Quote eizarz 18-11-2016 12:51 PM
memang kalah la malaysia..xyah nk berharap
Quote lanesra 19-11-2016 01:45 AM
hari ni dah start (19hb). ada LIVE di TV2 dan TVi

Quote HannahMontana 19-11-2016 01:54 AM
aku xde nak harapkan apa


pada pandangan aku , buat malu muka harimau ko label pasukan bolasepak  Malaysia dgn Harimau


kata harimau tp main mcm   biawak .
Quote lanesra 19-11-2016 04:12 PM
Starting lineups for Thailand vs Indonesia! #AFFSuzukiCup #THAvIND








Quote lanesra 19-11-2016 06:40 PM
Edited by lanesra at 19-11-2016 07:54 PM

result.



5' - Peerapat Notchaiya
36' - Terrasil Dangda
79' - Teerasil Dangda
90 + 4 - Teerasil Dangda

53' - Boas Solossa
56' - Lerby Eliandry

Quote lanesra 19-11-2016 07:54 PM
Starting lineups for Philippines vs Singapore! #AFFSuzukiCup #PHIvSIN




Quote kornea 19-11-2016 07:59 PM
Kali ini Harimau Malaya akan menang

Lihat semua komen(279)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 02:55 PM GMT+8 , Processed in 0.079154 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top