CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Rumah Bagai Disimbah Minyak Atar, Wanita Itu Pula Terkumat-Kamit Tak Tahu Apa Yang Dibacanya

28-11-2016 07:25 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 8730| Komen: 22|Original author: Oleh: Adib Za

Description: Kes pukau yang melibatkan wang lesap sehingga beribu-ribu nampaknya memasuki fasa baharu bila seorang netizen

Kes pukau yang melibatkan wang lesap sehingga beribu-ribu nampaknya memasuki fasa baharu bila seorang netizen baru-baru ini berkongsi kisah bagaimana keluarganya hampir menjadi mangsa pukau.'


Modus operandi yang digunakan termasuklah memakai pakaian serba lengkap persis seorang wanita muslimah alim warak. 

Lengkap dengan tudung labuh dan juga niqab yang menutup wajahnya. Yang pasti ia dilakukan untuk mengelak identiti diketahui orang, selain memperguna imej muslimah sejati untuk mengelirukan pandangan orang lain. 

Kisah yang dikongsikan oleh netizen ini sememangnya sangat berbahaya kerana si penjenayah begitu berani datang ke rumah lalu memukau keseluruhan ahli keluarga.

Keadaan lebih mengharukan kerana anak-anak sedang tidur di ruang tamu, manakala tiada ahli keluarga lelaki yang ada ketika itu. 


"Dia datang depan grill tiba-tiba tanya dalam rumah ini ada kayu jati tak? Saya terus cari mak kat dapur minta tolong tutup pintu. 

"Saya takut mereka tuju anak-anak, baby..duit hilang boleh cari balik, syukur Allah lindung."

"Satu rumah macam kena simbah minyak atar bau dia..mulut kumat kamit dengar macam di baca jampi.."

Begitulah antara perkongsian yang diberikan oleh netizen ini. Katanya, dia cuba untuk bersangka baik namun dengan apa yang berlaku, banyak perkara pelik terjadi.

"Apa tujuan datang rumah tanya kayu jati? kenapa rumah tiba-tiba bau minyak yang pelik sampai kami naik khayal? Kenapa sanggup berdiri lama depan tu?

"Kenapa waktu kami tak buka pintu grill dengar suara baca-baca entah apa-apa?" persoalan yang diutarakan oleh netizen ini. 

Namun, netizen ini bersyukur kerana tiada apa yang berlaku kepada keluarganya. Katanya lagi, siapa sangka hal yang sama telah berlaku hari sebelumnya di kawasan sekitar.

Mangsa dikatakan kerugian sehingga RM6,000, melalui kehadiran dan soalan yang sama iaitu tentang kayu jati. 


Kesimpulannya, jangan sesekali biarkan orang yang tidak dikenali berada di kediaman anda lebih-lebih jika tiada kaum keluarga lelaki di sisi. Mereka ini boleh lakukan pelbagai jenis jenayah terhadap keluarga anda walau hanya dengan sekelip mata. - CARI 
21

Bagus
19

Marah
15

Terkejut
18

Sedih
15

Lawak
9

Bosan

Friends Rank (97 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ajinomotonosuga 28-11-2016 08:14 PM
Gantung ikan.puyu kat pintu tu, bukan ikan paus tauuu
Quote kornea 28-11-2016 08:21 PM
Niqab = sesat

Waspada lah
Quote ronapink 28-11-2016 08:26 PM
ni indon punya keja lagi

@jazaa100
Quote jazaa100 28-11-2016 08:30 PM
ronapink replied at 28-11-2016 08:26 PM
ni indon punya keja lagi

@jazaa100

Memang keja indon le ni.....

Hish....bila lah nk pupus bangsa ni.... :
Quote ronapink 28-11-2016 08:36 PM
jazaa100 replied at 28-11-2016 08:30 PM
Memang keja indon le ni.....

Hish....bila lah nk pupus bangsa ni.... :

datang malaysia untuk mengancam keamanan..
jenayah sana sini..
ni nakmerampok duit orang..
yang merampas laki orang pun satu hal..
Quote FARRAZOOL 28-11-2016 10:59 PM
Mcm2 kes...
Quote ronapink 29-11-2016 12:22 AM

indon punya keje la ni..
pukau memaukau..

jaga diri baik2..jangan layan indon..
kang tersangkut dengan indon, ko jadi zul pulak..

eh awak laki ke pompuan
Quote FARRAZOOL 29-11-2016 12:27 AM
ronapink replied at 29-11-2016 12:22 AM
indon punya keje la ni..
pukau memaukau..


X ada maknanya nk usha @ brnapsu dgn yindon...Thanks for the reminder

Jantina iolss..is....   
Quote cknoriz 29-11-2016 12:55 AM
perghhh hebat hope depa pi pukau semah xyah susah2 sekali je sure kaya 7 keturunan
Quote ronapink 29-11-2016 01:01 AM
FARRAZOOL replied at 29-11-2016 12:27 AM
X ada maknanya nk usha @ brnapsu dgn yindon...Thanks for the reminder

Jantina iolss..is.... :fu ...

kut yindon bernapsu dengan u lari xcukup tanah wehhh...


Quote labubabi 29-11-2016 01:07 AM
Quote jazaa100 29-11-2016 07:27 AM
Edited by jazaa100 at 29-11-2016 07:30 AM
ronapink replied at 29-11-2016 12:22 AM
indon punya keje la ni..
pukau memaukau..



Memang tak terpikir nk usha indon...tapi klu dah kena hembus tu..kau akn lupa yg dia tu indon.  Masa tu kau akn kata, apa salahnya...dia pun org gak, islam, ok je....lelaki melayu malas lah...blablabla...


Aku selalu tgok lelaki indon ni dorang muka memang hodoh...memula tu rasa nk lempang je...tapi bila kita bercakap dgn dorang, dlm 2-3 mint pastu kita akn rasa dorang manis, menarik & baik....masa tu kau cepat-cepat lah baca ayat kursi ke...doa syaidina Umar ke...alif ba ta ke...apa-apa ayat lah yg kau ingt...


Aku klu berckp dgn indon tak kira lelaki ke pompuan, bila aku rasa tak sedap hati je...aku cecepat baca ayat kursi dlm hati....


**Laaa...aku nk reply komen farra...blh trjadi balas komen kau le pulak....




Quote jiji85 29-11-2016 08:24 AM
risau la pulak dgr mcm2 kes ni..hari tu mak aku cerita ada jiran aku tetiba d datangi couple ni meminta air..out of no where tetiba je dtg rmh org minta air..nsb jiran aku x layan buka gate dan grill..gigih ok perempuan tu bdiri tgh panas..yg x logiknya dtg berkereta pg je la kedai beli air mineral..kalau pun dh haus sangat belkng rmh jiran aku tu surau boleh accesss pegi la sana ambil air..mak aku pulak bising2 cakap jiran aku jenis x reti nak kesian kan org..aku cakap skrg mana dpt nak kesiankan org sangat..org gila yg x nampak gla dh terlalu byk..skrg ni dekat taman aku ada org promote mesin air..jenuh aku pesan mak aku jgn layan.susah juga kalah overfriendly
Quote umbut 29-11-2016 12:39 PM
Aku yg dok umah ni, macam2 org dtg menjual , minta derma kat pagar. Takdanya buka.. ngendap kat tingkap jer.. pernah dulu terkena dgn gores dan menang. Nasib tak beli.. kena dgn india suruh beli tar buat dpn rumah. Sejak tu, kau menjerit lah don pagar. Takda aku layan.. choiiiii
Quote mehmet 29-11-2016 04:14 PM
ajinomotonosuga replied at 28-11-2016 08:14 PM
Gantung ikan.puyu kat pintu tu, bukan ikan paus tauuu

Gantung Ikan Puyu hidup atau Mati ? Nak gantung di mana ?
Quote ajinomotonosuga 29-11-2016 04:31 PM
mehmet replied at 29-11-2016 04:14 PM
Gantung Ikan Puyu hidup atau Mati ? Nak gantung di mana ?

Ermm lupa lak tanya rekruit IS tu

Dengor nya ikan puyu kering, gantung di pintu tu

Tp cam rasa ikan.puyu.idup pun btui gak , kat pintu tu

Pukau ni ko tokleh tgk mata oang tu, depa bionic eyes haaaa zusssssss zussssss gitu ko.leh terpukau

Ato ade yg pukau pakai gg palsu emas haaaa, ko tengok dia, dia terseringai je nmpak 2 ketui gg emas dia cam.m daud kilau, berrrkilauan gitu, ko.pasti kne hypnotised aaaa

Sib baik dia tak gelek teruihh Ooooooohhoiiii
Quote Nenasketum 30-11-2016 01:51 PM
Terlampau banyak sangat kes macam ni. Dah tak boleh nak over friendly zaman ni. Semua kena buat dari jauh. Jangan biarkan orang yang tak dikenali menyentuh anda atau datang terlalu dekat
Quote eyansss 1-12-2016 02:02 PM
ajinomotonosuga replied at 28-11-2016 08:14 PM
Gantung ikan.puyu kat pintu tu, bukan ikan paus tauuu

betul ke petua kata bela ikan puyu untuk elak pukau kat rumah...
Quote Genkidesuka 3-12-2016 10:35 PM
Amalkan 10 ayat Al Baqarah setiap pg dan ptg.  https://chromosome.wordpress.com ... an-siang-dan-malam/

Hishhh, yg memukau tu tk takut balasan Allah. Harap2 org2 tu sempatlah bertaubat.  

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 02:46 AM GMT+8 , Processed in 0.056463 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top