CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Mengapa Anda Harus Jadi Backpacker Berbanding Tourist?

5-12-2016 12:55 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4698| Komen: 11|Original author: Oleh: Maly Rosli

Description: Dalam zaman maju serba moden kini dilengkapi pelbagai kemudahan jaringan komunikasi tanpa batas menjadikan dunia lebih terbuka dan mudah dicapai.
Dalam zaman maju serba moden kini dilengkapi pelbagai kemudahan jaringan komunikasi tanpa batas menjadikan dunia lebih terbuka dan mudah dicapai. 

Ditambah pula dengan kos tiket penerbangan yang jauh lebih murah dengan pakej pelbagai tawaran pakej percutian, mengembara (backpacking) adalah cara paling menjimatkan untuk meneroka dunia.


Apa beza antara backpacker (pengembara) dan pelancong? 

Backpacker melawat ke tempat-tempat menarik untuk mendapatkan pengalaman baru dan mengenali lebih dekat budaya di sesebuah negara.

Manakala pelancong pula melawat ke tempat-tempat menarik untuk tujuan menenangkan fikiran dan berehat. 



1. Backpacker berkelana
Pelancong akan membuat rancangan atau jadual perjalanan terlebih dahulu apa yang akan dilakukan sebelum tiba ke destinasi. Melawat tempat menarik, bersejarah dan terkenal, kemudian merakam memori di sana adalah tujuan utama pelancongan mereka.

Manakala backpacker tidak merancang apa yang akan mereka lakukan keesokannya kerana mereka lebih suka menentukan sendiri jadual perjalanan dan aktiviti penjelajahan.


2. Bagasi dan barang keperluan
Backpacker hanya membawa barang yang diperlukan di dalam bag galas seperti dokumen perjalanan, pakaian, kasut, gajet, duit, kad kredit, buku panduan, ubat-ubatan, makanan dan minuman.

Berbeza dengan pelancong. Kalau boleh, satu almari dia nak bawa.


3. Bajet
Seorang backpacker akan melakukan apa sahaja untuk berjimat. Mereka akan memilih penginapan kos rendah supaya mereka dapat berjimat untuk menjelajah dalam tempoh panjang. Apa yang penting adalah kepuasan dan pengalaman, bukan keselesaan.

Pelancong pula kisah untuk mengeluarkan belanja lebih mengikut kemampuan masing-masing bagi menjamin keselesaan mereka sepanjang melancong.


4. Nilai sebuah pengembaraan
backpacker akan sentiasa bergerak, tidur di atas tren pada waktu malam dan mengembara pada siang hari. Mereka lebih selesa mendaki bukit dan menumpang kereta yang lalu lalang.


Sumber foto: Carian Internet

Manakala pelancong akan menetap di sebuah penginapan yang selesa buat suatu jangka masa, menggunakan pengangkutan awam atau bas pelancong.


5. Jumlah wang dibelanjakan
Tak dinafikan lagi, seorang backpacker jimat lebih banyak wang berbanding seorang pelancong yang menghabiskan wang untuk pengangkutan awam dan makan di restoran yang lebih mahal berbanding biasa.

Backpacker akan sedaya upaya berjimat dengan memilih makanan jalanan yang lebih murah dan menginap di motel murah.


Dengan serba sedikit maklumat yang diberikan, yang mana satu jadi pilihan anda? Percutian yang selesa dan santai di tempat-tempat menarik atau merantau dengan bajet yang terhad, tetapi peroleh banyak pengalaman? - CARI
14

Bagus
7

Marah
6

Terkejut
6

Sedih
7

Lawak
12

Bosan

Friends Rank (52 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote batman_2007 5-12-2016 01:47 PM
Dulu masa poket tak tebal selalu backpack. Seronok.
Tp skrg selesa mode pelancong asal selesa. Seronok jgk.

Quote d_anne04 5-12-2016 04:09 PM
dulu-dulu masa berdua blh la ala-ala backpacker..
carik hostel/bilik paling murah
makanan ada yang msk sendiri
bwk bekal roti, biskut dan megi
lebih byk jalan kaki dr naik public transport

thn depan x blh buat dh sbb ada ahli kecik yg baru...
brg2 si kecik pun dh brp kg...
Quote merrissa 5-12-2016 09:57 PM
erkkk bagi aku pelancong lagi best dri backpacker....xpernah lak aku jupe pelancong bawak satu almari...tapi che ta maybe....sekian
Quote missinpiece 6-12-2016 06:58 AM
Haha mmg rasa nk bwk satu almari pon. Time by time dah bjaya kurangkan habit tu. Melancong pon still boleh bjimat, xyah plan2 aktiviti dar pagi ke petang, bleh je mkn kt mana2 suka. Yg x bestnya bila g ngan yg pesen ada senarai panjang tempat yg perlu dilawati. Penat kaki bjalan selamba je me membuta instead of shopping. Tp telinga la x tahan mendengar bebelan "bayar memahal rugila kalau datang nak tdo..bla bla" .
Kau yg x menyempat beli tiket mahal aku pulak yg kau salahkan
Quote syue86 6-12-2016 09:14 AM
aku rasa aku tgh2..antara backpacker and tourist
sbb aku suke plan mn nk g
sbb xnak miss out tmpt2 best
kekdg tmpt aku nk g tourist xg pn
and tmpt tourist g, aku xpegi..kekekke

mcm brg2, dh belajar bwk light2
and tmpt tggl mmg go for murah2
sbb bbrpa jam je dlm bilik slebihnye bjalan
Quote syitaeyqa 6-12-2016 04:04 PM
As for me, I rasa I jenis backpackers, tp I juga suka rancang mana I nak pergi sbb I taknak I over limit bajet I agak tight, But yes sometimes tu ada laaa unexpected things happened that I need reschedule
Quote cik-jaja 6-12-2016 06:39 PM
mcm menarik je backpacking ni..pnt tapi berbaloi
Quote becir 7-12-2016 08:50 AM
Masa takde duit dulu, mmg la style berbackpack...cumanya tak tahan kete nak tumpang gi memana...

Sekarang ada duit sikit, apa salahnya nak dok hotel ngan cadar yg thread count dia berganda lebih dari kt rumah sendiri...
Quote midori888 7-12-2016 10:07 AM
Edited by midori888 at 7-12-2016 10:08 AM
becir replied at 7-12-2016 08:50 AM
Masa takde duit dulu, mmg la style berbackpack...cumanya tak tahan kete nak tumpang gi memana...

...


betul tu.....watper nak dok hostel jika mampu dok hotel yg lebih selesa...

Quote Peterpan17 7-12-2016 11:46 AM
becir replied at 7-12-2016 08:50 AM
Masa takde duit dulu, mmg la style berbackpack...cumanya tak tahan kete nak tumpang gi memana...

...

Benda ni sgt subjektif sebenarnya. Contoh, utk trip kami ke Europe awal thn depan, accommodation kami a mixture of hostel dan hotel. Psl apa, bila aku chk punya chk, ada setengah tmpt tu, hostel dan hotel beza rega tak byk. Setakat RM30-RM40. Eh!! Baik aku dok hotel klu beza sikit. Klu beza byk lainlah story. Nak tahan2 keta org tu aku mmg tak beranilah. Takut end up dgn psyho atau pembunuh bersiri. Nak lg korang org pompuan. Baik aku kuar duit sikit naik bus ke, train ke. Janji selamat smp tak kena bunuh atau di culik ke apa.

Bg aku backpackers yg aku pernah jumpa bukan semuanya tahan keta menumpang org. But still derang round the world back packing for 3-6 mths.
Quote puteri_lz 6-3-2017 01:44 PM
Thank you for info

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 12:11 AM GMT+8 , Processed in 0.327259 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top