CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Tak Seindah Drama, Wanita Ini Dedahkan Realiti Sebenar Kehidupan Di Korea

7-12-2016 02:12 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 15727| Komen: 43|Original author: Oleh : Dean BZ

Description: Peminat-peminat drama Korea atau juga Kpopers pasti sangat...

Peminat-peminat drama Korea atau juga Kpopers pasti sangat teruja dengan kehidupan di Korea.

Selain meminati selebriti-selebriti Korea yang sememangnya kacak dan cantik, percintaan romantis yang digambarkan di dalam drama-drama Korea pasti membuatkan ramai yang teringin berkunjung ke negara itu mungkin untuk mencari "jodoh"?.


Namun persoalannya, adakah benar kehidupan di Korea Selatan seindah seperti yang digambarkan di dalam drama-drama Korea di kaca televisyen?


Seorang wanita bernama Sakinah Omar berkongsi pengalaman mengenai kehidupannya semasa menetap di Korea selama tiga tahun. Katanya, kehidupan di Korea sangat berbeza kerana realiti kehidupan sebenar disana tidak seindah seperti yang digambarkan dalam drama-drama Korea.



Selama hampir 3 tahun menetap di Korea, di sini Kina list kan beberapa perbezaan antara drama korea dan realiti yang sebenar:-



Dalam drama Korea:
Anda dari kelas dan nak balik ke rumah tapi di luar hujan dan anda tak ada payung nak balik rumah, tiba2 ada oppa datang payungkan anda dan dia tolong hantar anda sampai ke rumah.

Dalam realiti:
Tunggu lah sampai ke malam pun takda orang nak datang payungkan. Balik la redah hujan tu sendiri, basah kuyup pun takda orang nak payungkan kau.

Dalam drama Korea:
Anda penat balik kerja dan terpaksa berdiri dalam train, tiba2 ada oppa bangun untuk bagi seat kat anda. Anda pun duduk sambil tersenyum2 gembira

Dalam realiti:
Berdiri lah selama mana pun, selagi takda seat kosong selagi tu lah kena berdiri. Kalau ada seat kosong pun berebut lah dengan orang2 lain siapa dapat dulu dia la yang dapat duduk


Dalam drama Korea:
Anda tengah jalan2 di bandar tiba2 terlanggar bahu seseorang, mata bertentang mata.. terus masing2 jatuh cinta

Dalam realiti:
Tengah jalan2 tiba2 terlanggar bahu orang, sikit lagi nak tersungkur. Orang tu terus berlalu pergi tanpa pandang kau pun. Sorry pun takda.

Dalam drama Korea:
Anda tengah berdiri di dalam bas tunggu untuk turun di next stop. Tiba2 bas break mengejut dan anda nak terjatuh. Tiba2 seseorang sambut anda dari terjatuh.. mata bertentang mata, jatuh cinta lagi..

Dalam realiti:
Anda tengah berdiri dalam bas dan driver bas yang bawa mcm orang gila tu tiba2 break mengejut. Anda jatuh tersembam ke lantai bas dan barang2 shopping beg2 anda berterabur, takda siapa tolong kau bangun. Semua tolong tengok je.. kau bangun lah sendiri.


Dalam drama Korea:
Semua orang cantik2, kulit halus mulus, badan slim tinggi, dan yang lelaki pun cantik2 macam perempuan.

Dalam realiti:
Indah khabar dari rupa. Semuanya pakai makeup tebal, yang lelaki ada siap pakai BB Cream & lipstick.

P/s Semua cerita 'dalam realiti' di atas adalah diadaptasi dari kisah benar yang saya sendiri alami bukan sekali, tapi dah beratus kali. Pengalaman melancong 'seminggu ke korea' dan pengalaman 'tinggal bertahun2 di Korea' adalah dua perkara yang berbeza. Bila melancong memang semua orang layan baik, tapi bila dah jadi part of the community tu anda akan nampak the true colour of the people. Sekian..


Nama pun drama kan pastilah sudah ditambah "perisa" untuk menyedapkan cerita! Jadi buat pengkritik-pengkritik drama tempatan, janganlah terlalu "taksub" dengan kehidupan di Korea serta mengutuk drama tempatan kerana kononnya drama tempatan tidak mengambarkan kehidupan sebenar. Sebenarnya, rakyat Malaysia pun ramai yang romantik, cantik serta kacak (ori). Paling ketara adalah kebanyakan rakyat Malaysia memang sangat prihatin dan suka tolong orang.

Bak kata pepatah Melayu, Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik negeri sendiri. - CARI


24

Bagus
23

Marah
23

Terkejut
17

Sedih
17

Lawak
18

Bosan

Friends Rank (122 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cknoriz 7-12-2016 02:20 PM
muahaha kena block kt ci up kt sini plak yer? ke tt yg lain..

but anywy nama pun drama alahaiii...sedangkan rancangan realiti pun fake edit nk up gak rating...
Quote MsKathryn 7-12-2016 02:34 PM
Brpe banyak thread daa
Quote syitaeyqa 7-12-2016 02:47 PM
Actually Kina ni nak bandingkan sebagai parodi. Tapi netizen take too serious laa pulak
Quote JpA0606 7-12-2016 03:04 PM
nak banding dgn drama ape hal?? Kan drama..            
Quote jajahoney 7-12-2016 03:31 PM

ini boleh menaikkan kemarahan pengkpop neh
Quote Artemesiaa 7-12-2016 03:32 PM
Hidup biar dalam reality bukan dalam mimpi.  Mana2 drama walau kat maka drama tu diterbirkan hanyalah rekaan semata yang gi berangan kot2 jadi betul tu sapa suruh.
Quote Super-M 7-12-2016 03:44 PM
ntah,tak pernah terpikir nak berangan hidup dalam drama gitu.tapi masa kat japan dalam jangka masa agak lama.aku dihimpit orang2 yang sangat mesra.awal2 rasa benci.dah nekad japan antara negara yg aku xnak pergi lagi.

tp dalam public transport siap diberikan tempat duduk,bila angkat barang berat ditolong,nak masuk sesuatu tempat org2 yg xkenal ni bukakan pintu.padahal dia pelanggan jua.ada sekali nak bayar tak reti sgt nak kira duit yen,lelaki hensem belakang aku siap amik duit kat tangan aku tlg kirakan.ada kat kedai tak da duit kecik 200yen,mamat belakang ni bayarkan 200 yen,walau dia gemuk pipi macam anpanman tapi baik.lagi satu antara tempat aku nak pergi lagi kedah,ntah lah..aku bercuti sana pergi kawasan pedalaman..lepastu pergi kedai runcit lah,pakcik2 situ layan baik.bukan layanan gatal ke apa tau,tp budi bahasa tu dgn org lain.
Quote ciwi1166 7-12-2016 03:55 PM
tapi gegurls kat malaysia ni kompom dah berair time tngk drama korea.
Quote rastaf 7-12-2016 04:01 PM
ciwi1166 replied at 7-12-2016 03:55 PM
tapi gegurls kat malaysia ni kompom dah berair time tngk drama korea.



mana tak berair. berangan jadi heroin dlm drama. realitinya... lu pikir la sendiri


Quote Nt-ViruS 7-12-2016 06:01 PM
lahh bangangnyer, itu semua tempat pun sama.

aku ingat realiti hidup, rupanya realiti cintan cantun sweet kejadah.
buang masa betul.
Quote cikkittydiva 7-12-2016 06:26 PM
Edited by cikkittydiva at 7-12-2016 06:32 PM
Super-M replied at 7-12-2016 03:44 PM
ntah,tak pernah terpikir nak berangan hidup dalam drama gitu.tapi masa kat japan dalam jangka masa a ...


apa kau komen tu betul..aku duduk tak lama gak.. tp aku sangat terjatuh cinta duduk sana la plak ...aku hampir termalu sendiri bila 1st time duduk jepun.. budi bahasa adab diorg mmg x ada kat orang kite sini.. lg2 bab kt jalan raya hampir tak penah dgr ada berita eksiden ke, orang rompak bank ke,samun rumah orang ke,yang ada dgr berita orang bunuh diri, gempa bumi tu jahh... tu yang bila balik sini aku mcm rasa kejutan budaya lak balik Malaysia semula.. huhuhihi.     
Quote green~tea 7-12-2016 06:39 PM
Dah nama pun drama... kat malaysia, dalam drama keje operator kilang pun mampu duk rumah teres 2 tengkat siap rumah ada deco ID lagi location tengah2 bandor KL hahhhh...
Quote b!natang 7-12-2016 06:44 PM
Itu macam ka
Quote merrissa 7-12-2016 07:11 PM
Super-M replied at 7-12-2016 03:44 PM
ntah,tak pernah terpikir nak berangan hidup dalam drama gitu.tapi masa kat japan dalam jangka masa a ...

kahkahkah....

kat korea ritu pon ader je org korea tolong angkat beg sebab dia tgk kitaorg sesat...xde minta apo

tapi dia kinah kan kata jangan bandingkan datang seminggu dua....kene duk setahun 3 thun macam dia...
Quote merrissa 7-12-2016 07:13 PM
biler citerrr jatuh bas tuh....aku pon pernah jatuh bas sebab bas tetibe brek dan aku tergelincir....cume sib bek barang x berterabur...

tapi acik2 tengok aku dengan pandangan, clumsy gilo minah nihhh..takde sekor tanya aku are u alright dear?

T_T
Quote cknoriz 7-12-2016 08:52 PM
motif sbnrnya nak kabo iols duk kuria dh bertahun ko hado katanya...lepas tu wajib up pic byk2 haha
Quote Super-M 7-12-2016 09:48 PM
merrissa replied at 7-12-2016 07:11 PM
kahkahkah....

kat korea ritu pon ader je org korea tolong angkat beg sebab dia tgk kitaorg sesa ...

alah..org tu kalau nak buat baik bukan dia tahu kita duduk sana bermastautin lama ke,pelancong ke apa.
setiap negara mmg sama,ada baik dan tak baik.yang tak jumpa yg baik tu nasib ko lah nak.
lagi tak leh hadam yang rasa apa dalam filem tu realiti
Quote eenhemo2 7-12-2016 10:12 PM
Mana2 drama pun macam tu.. tak semestinya drama korea aje.. amek contoh drama kat mesia ni.. majoriti cerita anak2 orang kaya.. tak termasuk lagi anak orang kaya tu jatuh cinta ngan rakyat marhaen.
Quote jetonkepoh 7-12-2016 11:31 PM
Pity on u gurl... Even duduk 3 tahun pun, u dosnt realize drama is drama, reality is reality. Pls jgn rasa bongkak n mngata negara org lain.

Lihat semua komen(43)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 12:34 AM GMT+8 , Processed in 0.107569 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top