CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Terbayang Perompak Masuk Rumah, Ibu Tersalah Tikam Anak 28 Kali

18-1-2017 05:15 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 6090| Komen: 36

Description: Seorang ibu berusia 32 tahun tergamak menikam anaknya 28 kali sehingga mati, Ahad lalu.

Seorang ibu berusia 32 tahun tergamak menikam anaknya 28 kali sehingga mati, Ahad lalu.

Dalam kejadian di sebuah kediaman di Jalan Dahlia Ujung, Sumatera Utara, suspek, Pretty Juliana Ningsih Hasibuan berusia 32 tahun telah menikam badan anaknya, Mohamad Altahir sebanyak 28 kali dengan dua pisau dapur. 


Memetik laporan Tribun Medan, Pretty tinggal bersama abang kandungnya sejak 12 tahun lalu dan mengalami kemurungan kerana ditinggalkan suaminya. 

"Dia mengalami kemurungan sejak ditinggalkan suaminya dan tinggal bersama kami. Kami sudah selalu membawa dia berubat," kata Melisa, kakak ipar Pretty. 

Menurut Dewi iaitu jiran berdekatan, pada hari kejadian dia ternampak dua anak Melisa iaitu Jafa dan Radit berlari keluar dari rumah sambil menangis dan meminta tolong. 

Dewi segera bertanya apa yang berlaku. Namun kedua anak kecil itu kelihatan takut. 


Lantas Dewi bergegas masuk ke rumah terbabit untuk mengetahui apa telah terjadi.

“Bila saya masuk ke rumah, saya lihat mangsa sudah mati dengan ususnya terburai. Seluruh badan mangsa penuh dengan kesan tikaman dan paling banyak di bahagian perut selain ususnya terkeluar sepanjang satu meter.”

Sementara itu, penduduk setempat memaklumkan difahamkan si ibu itu bertindak sedemikian kerana menurut si ibu, dia melihat ada bayangan perompak yang masuk ke rumah abangnya sebelum menikam ‘perompak’ yang merupakan anaknya itu.

Bagaimanapun, dilaporkan suspek telah dibawa oleh pihak berkuasa ke hospital sakit jiwa untuk pemeriksaan lanjut.- CARI

sumber foto: http://www.thereporter.my/

25

Bagus
29

Marah
28

Terkejut
24

Sedih
24

Lawak
20

Bosan

Friends Rank (150 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ronapink 18-1-2017 05:19 PM
indon sewel..


hat sewel2 mcm ni hantar mari malaysia yang dok dera baby
Quote intan_smsb 18-1-2017 05:20 PM
mental disorders

bipolar disorder
Quote Greenbutterfly 18-1-2017 05:30 PM
Igtkan kat malaysia tadi..kesiannya lah
Quote idakamaruddin 18-1-2017 05:34 PM
makin ramai org gila skg ni

Quote slavehunter 18-1-2017 05:35 PM
Kat kampung2 indon memang banyak mental sebab xde access nak dapatkan ubat hosp....masalah wang lagi....mereka percaya dgn berubat kampung jer.....tu kat Bali dorang ikat, rantai macam anjing pesakit mental ni. Kat Channel Eve skang ada documentary.
Quote WhiskeyScotch 18-1-2017 05:37 PM
Tadi dekat Kalimantan orang kena penggal kepala ini dekat Sumatera pula kena tikam berkali-kali.  Adoyyy macam-macamlah. Kesihatan mental sangat penting ye. Sila periksa mental anda!
Quote prettyuglybabe 18-1-2017 05:44 PM
mengapa kamu pretty
Quote xy_daen 18-1-2017 06:12 PM
Kesiannyer...
Quote putehkundor 18-1-2017 06:14 PM
halusinasi ke dek?
Quote cknoriz 18-1-2017 06:52 PM
Allahuakhbar

kesian budak tu...

indon darul sewel
Quote huehue 18-1-2017 06:59 PM
Kesiannyaaaa

Kemurungan kena tinggal, dengan anak anak lagi sampai tak boleh beza realiti dgn khayalan dia. Kesian anak dia sampai 28 kali kena tikam terburai usus
Quote batmana 18-1-2017 07:03 PM
takziah...
Quote nut.legacy 18-1-2017 11:07 PM
Brape la umur anak dia tu.. sedihnya..
Quote MissNigga 18-1-2017 11:21 PM
umaigodddddd ... so pity ler the child
Quote LostStar 19-1-2017 12:17 AM
Cannot hadam la perkara gni. Adoiai.
Quote MissVixen 19-1-2017 12:54 AM
Anak ada. Suami pula tinggalkan. Terpaksa hidup menumpang. Kesian.
Banyak yg gila kena pasung dekat sana. Berak, kencing la dekat situ. Nak bawak hospital jauh. Duit takde. Kalau bawa, lepas hantar tinggalkan begitu saje. Hari2 tanya bila saudara dia nak ambik. Dah keluarkan, kena mengemis nak minta makan. Nak kerja, otak dah tak jalan. Nak balik kg sendiri, duit takde. Buatla kerja2 yang dapat duit siket ke dekat hospital sakit jiwa tu. Yang biasa tolong dokter untuk pesakit baru, tukang sapu, pengawal keselamatan ialah bekas2 pesakit juga.
Quote cHimo 19-1-2017 12:59 AM
Tak dapat bayangkan kesakitan budak tuh sebelum mati..
Quote buapakperut 19-1-2017 02:02 AM
Pretty oh pretty.... Yindun dgn perangai sewel berpisah tiada. Pretty mental
Quote Keledek.kepam 19-1-2017 02:49 AM
Mohon masyarakat sedar kesihatan mental ini penting, jgn dok pandang serong or label org yg sakit ni mcm2 panggilan sebaliknya tolonglah mereka. They need help !

Lihat semua komen(36)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 05:38 AM GMT+8 , Processed in 0.063235 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top