CARI Malay Forums

 Forgot Pass?
 Register

Facebook Login

Login by Facebook

Forum : Gosip |  Hiburan |  Isu Semasa & Politik |  Peristiwa |  Lawak & Santai |  Sukan |  Informasi |  Kesihatan |  Soal Jawab Agama |  Negeri & Negara
Wanita & Lelaki |  Cinta & Perhubungan |  Belia & Pengetahuan |  Komputer & Internet |  Hobi |  Buku & Penulisan |  Koleksi Gambar
English Channel |  தமிழ் மக்கள் |  Jual/Beli |  Maklum Balas |  CARI Rasmi |  Cari Contest
CARI Malay Forums Main Wanita & Lelaki View content

Benarkah Lelaki Kacak Menakutkan Wanita?

13-8-2013 05:39 PM|Author: cef_gango|Views: 5805| Comments: 51

Summary: Benarkah lelaki kacak suka mempermainkan perasaan wanita? Benarkah mereka tidak setia? Benarkah mereka hanya tertarik dengan wanita seksi dan kaya? Benarkah? Contoh lelaki kacak Lelaki Kacak K ...

To get Malaysia's most comprehensive information, news, life sharing here!
Register as a CARI member NOW!

Register Login or Facebook Login

Benarkah lelaki kacak suka mempermainkan perasaan wanita? Benarkah mereka tidak setia? Benarkah mereka hanya tertarik dengan wanita seksi dan kaya? Benarkah?


Contoh lelaki kacak

Lelaki Kacak Kuat Perasan. Lelaki kacak hidup dengan rasa syukur dengan apa yang dimiliki tetapi ada yang terasa dirinya sudah bagus sehinggakan lupa diri aka berlagak. Contohnya ”Apabila berjalan terasa mata-mata memandang dan masa itu juga bahu akan diangkat setegap mungkin kasi ummpp!”. Setakat angkat bahu, itu sememangnya terlebih normal tapi tiba-tiba ada dua tiga orang menegur ”bang, zip seluar terbukalah” tapi dirinya terasa itu sekadar umpan mengurat, saya rasa sesiapa yang menegur pastinya mahu kasi pelempang 44 kali...

Lelaki Kacak Memilih Bulu. Tang memilih bulu ini saya pasti anda kaum perempuan sangat setuju bukan? Zaman sekarang kaum wanita sangat hebat dalam memilih pasangan tetapi malangnya sedar ataupun tidak, lelaki kacak pastinya tidak lagi mendapat tempat pertama dihati wanita. Seperti sudah dilekatkan dengan gam gajah persepsi ”jauhkan diri dari lelaki kacak” semakin sebati dengan jiwa wanita sekarang kerana mereka sudah maklum ”golongan kacak hanya memilih wanita yang hot, kaya dan juga menjadi rebutan lelaki lain”.

Lelaki Kacak Ikon Kasanova. Kasanova aka ramai spare part memang tak boleh lari dengan mereka yang kacak jadi malang sebentar buat jejaka ini kerana wanita sekarang semakin bijak (mungkinlah). Memiliki rupa pastinya akan dilabel Kasanova dan terimalah seadanya ye.. Mendapat label sebegini sememangnya indah tapi jangan lupa, anda kasanova pastinya pasangan anda bakal mengikuti jejak yang sama.

Lelaki Kacak Banyak Alasan. Kalau perempuan terkenal dengan bebelan manja, lelaki kacak pula tak kurang hebatnya memberi 1001 alasan. Alasan dicipta untuk melepaskan diri tetapi tatkala lelaki kacak mengeluarkan perkataan ajaib, perempuan boleh terlentok sehinggakan tak sedar air liur meleleh keluar tetapi yang peliknya perempuan masih lagi menerima alasan tanpa banyak persoalan.



View Comment Views: 5805   Comments: 51 Click To Reply

Share to:

Previous : Gangguan Emosi Punca Rambut Gugur

Next       : Andartu – Inilah Jalan Penyelesaian

Archiver|Mobile|CARI Malay Forums

GMT+8, 31-8-2014 10:15 AM , Processed in 0.188312 second(s), 15 queries , Gzip On.

Powered by Discuz!

© 2001-2012 Comsenz Inc.

Top